DISEBABKAN ketinggian rak yang melebihi had ketinggian seorang HANIZZ ADRIANA menyusahkan kerja menyusunnya.
Otak ligat memikirkan nasib menjadi seorang insan yang pendek apabila bila dapat kerja yang memerlukan ketinggian.
tapi sependek pendek dia ada juga orang puji comel.
Sebab itulah dia tidak kesah dikatakan tidak cukup ketinggian biarlah pendek asalkan comel
Sebagai hamba perlu bersyukur apa diberikan tanpa menyoal itu dan ini.
'Haishh' Izz mengeluh bila lihat al-quran yang berselerak bukannya malas tapi dia memikirkan cara bagaimana hendak menyusun al-quran itu.
Tak pasal al-quran jatuh menghempas kepala.
Kerusi? mata liar memandang sekeliling mana tahu dalam surau ini ada kerusi.
Nampak saja stor terus Izz melangkah kesana.
Ada juga akhirnya
Tangan licah menyusun al-quran mengikut warna dan saiz maklumla dia ini seorang yang teliti.
Bukan hendak puji tapi itu hakikatnya.
Tengah elok-elok menyusun entah dimana salahnya sebuah al-quran kecil jatuh kebawah.
Dengan tangkas Izz turun dari kerusi, mata tertumpu pada al-quran yang terbuka luas,ada sebaris nama yang ditulis dalam bahasa jawi.
Yang pasti sebaris nama seorang jejaka. Bagaimana dia tahu? sudah semestinya nya nama itu berbin kan seseorang.
Mestila lelaki kan?
tak akan la pondan.
Belum sempat Izz tunduk mencapai al-quran untuk melihat lebih jelas nama itu.
Niatnya terhenti setengah jalan.
Tanpa Izz sedar ada mata yang tidak berpuas hati dengan hasil kerjanya. memandangkan tajam
"kau ni pandai buat kerja ke tidak!! mak tak ajar?", kuat pemilik suara itu menengking Izz sehingga semua pelajar yang berada disitu memandang ke arahnya.
Izz dapat rasakan siapa pemilik suara itu.
Perlahan-lahan Izz beralih ke arah datangnya suara itu. Betul tekaannya Eyra Anila memandang tepat kearahnya.
Tangan Izz sudah menggigil ketika anak mata bertembung dengan anak mata hitam milik Eyra.
Benci berada dalam situasi begini, automatik menggelabah tidak tahu hendak buat apa
"kau ni kenapa ha?!! tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba jerkah orang! mak tak ajar?"bukan dari Izz tapi dari sahabatnya. Wildad pula yang meninggikan suara menyindir kembali.
Izz pula hanya diam tidak berani melawan.
Tangan?
jangan ditanya masih hebat menggigil.
"setahuku orang sakit otak saja yang suka marah orang tanpa alasan, ouhh i see i see, kau mesti termasuk dalam kalangan orang sakit otak kan?" kali ini Anisya pula yang mencelah.
Cukup sinis ayatnya dengan sekali menyindir pedih sehingga wajah Eyra kelihatan merah menahan marah.
Mungkin tidak berpuas hati untuk memalukan Izz lagi memandangkan sahabat Izz melawan mulut dengannya.
Masing-masing tidak mahu kalah.
"yang korang sibuk kenapa? dia buat salah aku tegur la tapi betul apa aku cakap, mak tak ajar kan?, sebab tu la tak reti buat kerja maklum la anak manja kan" Eyra manayang riak berpuas hati apabila dapat peluang menghina Izz lagi.
YOU ARE READING
HQQ: It's Mine Sweetie
Romance"Only mine and forever mine" ~HAN QALEEF QAYDAR '𝑚𝑒𝑛𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎𝑖 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑚𝑒𝑠𝑡𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑚𝑖𝑙𝑖𝑘𝑖' •𝐻𝐴𝑁 𝑄𝐴𝐿𝐸𝐸𝐹 𝑄𝐴𝑌𝐷𝐴𝑅• •𝐻𝐴𝑁𝐼𝑍𝑍 𝐴𝐷𝑅𝐼𝐴𝑁𝐴• "siapa sebenarnya awak sweetie?" -𝐻𝑎𝑛 𝑞𝑎𝑙...