𝕭𝖆𝖇 1

331 14 0
                                    

SATU PERSATU helaian baju yang tersusun rapi di dalam almari mewah diperhatikan dengan teliti oleh Sumayyah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SATU PERSATU helaian baju yang tersusun rapi di dalam almari mewah diperhatikan dengan teliti oleh Sumayyah. Tangannya menyentuh kain-kain lembut, namun pandangannya tertumpu pada satu helai jubah berwarna krim polos yang bergantung di sudut. Tanpa ragu, dia mencapainya dengan pantas, seolah-olah tahu itulah pilihan yang tepat untuk hari ini.

Senyuman lembut terukir di bibirnya yang merah jambu saat matanya bertemu dengan jubah itu. Pada pandangan orang lain, mungkin hanya sehelai pakaian sederhana. Tetapi bagi Sumayyah, jubah itu lebih dari sekadar kain. La dipenuhi dengan kenangan manis, kasih sayang, dan kehangatan yang tak terucapkan. Jubah ini adalah hadiah dari ibunya, diberikan pada ulang tahun kelahirannya yang ke-22. tahun. Jubah ini seolah-olah setiap jahitan pada kain itu mengandung kasih sayang ibunya.

Dengan penuh rasa sayang, Sumayyah memeluk jubah itu erat, menikmati kehangatan yang terpancar hanya dari sentuhan kain. Seolah-olah dalam pelukan itu, dia merasakan kedekatan ibunya. Selepas seketika, dia melangkah menuju bilik persalinan, membawa bersamanya cinta dan kenangan yang tersimpan dalam sehelai jubah yang tampak sederhana, tetapi penuh makna.

Selepas selesai mengenakan jubah. Sumayyah melangkah perlahan menuju ke meja solek. Sentuhannya lembut ketika mengambil foundasi dan compact powder berjenama, hanya menggunakan sedikit sekadar untuk memberi sentuhan segar pada wajah tanpa berlebihan. Kulitnya yang mulus tampak lebih sempurna, walau dia lebih suka kekal sederhana.

Tatapan mata birunya yang berkilauan terus ralit memandang refleksi di dalam cermin. Mata itu, seperti dua kristal yang jernih, seolah-olah menyimpan rahsia alam semesta, unik dan jarang ditemukan. Menjadi ciri paling istimewa pada wajahnya yang manis, sentiasa membuat sesiapa yang menatapnya terhenti seketika. Bayangan wajahnya di cermin terpancar dengan kejelasan, menampakkan kecantikan semula jadi yang tidak memerlukan banyak hiasan.

Senyuman ringan terbit di bibir merah jambunya, menyempurnakan penampilannya yang penuh dengan aura keindahan sederhana tetapi memukau. Dia tahu, kekuatan sebenarnya terletak pada keaslian dirinya, bukan pada kepura-puraan atau solekan tebal. Pagi itu, dia memulakan hari dengan senyuman dan keyakinan, membawa keindahan yang memancar dari dalam dirinya.

Mulutnya perlahan terkumat-kamit membaca membaca doa yang diajari oleh ibunya. "Allahumma kama hassanta kholqi fahassin khuluqi, aamin." Bibir Sumayyah bergerak lembut membaca doa Nabi Muhammad SAW. Doa yang sering diulang oleh ibunya setiap kali memandang cermin, kini menjadi kebiasaan bagi dirinya juga. Sejak kecil, dia sering melihat ibunya menuturkan doa ini setiap kali bersiap atau mencerminkan diri, dan doa itu tidak pernah lekang dari bibir wanita yang paling dia hormati itu.

Dia pernah bertanya-tanya, apakah doa ini begitu penting bagi ibunya? Jika ditanya, ibunya akan tersenyum penuh kelembutan, lalu menjawab dengan kata-kata yang sarat hikmah, " Sayang, doa ini bukan hanya untuk kecantikan zahir semata, tetapi juga untuk memperbaiki akhlak dan hati. Setiap kali kita membaca doa ini, kita berharap agar Allah SWT bukan sahaja memperindah penciptaannya, tetapi juga menyempurnakan akhlaknya, seiring dengan keindahan luaran. Kecantikkan yang hakiki bukanlah terletak pada wajah semata-mata, tetapi pada keindahan budi pekerti"


Mendengar itu, Sumayyah semakin mengangguk perlahan. Kecantikan yang sebenar bukan hanya apa yang dilihat dengan mata, tetapi pada kebaikan yang memancar dari dalam. Tidak hairanlah, walau usia ibunya sudah mencecah 40-an, wajahnya tetap berseri dengan nur keimanan. Kerana kecantikan sejati itu terpancar dari hati yang dipenuhi dengan ketaatan kepada Allah dan akhlak yang mulia.

Dengan perasaan tenang, Sumayyah terus memandang bayangan dirinya di cermin. Doa itu bukan sekadar kata-kata, tetapi satu pengharapan agar dirinya dapat menjadi insan yang lebih baik, dalam dan luar. Dia sedar bahawa kecantikan yang sebenar lahir daripada keimanan dan akhlak yang baik, bukan semata-mata daripada wajah yang elok dipandang.


Sumayyah teringat lagi satu pesanan pendek yang ibunya sering ulang, penuh kelembutan namun tegas. "Jangan pernah sesekali berkata buruk tentang diri sendiri atau orang lain, Sayang. Rasulullah SAW pernah bersabda, 'Jangan doakan perkara buruk terhadap diri sendiri mahupun keluarga sehingga malaikat mengaminkannya.'" Kata-kata itu begitu terkesan di hatinya, walaupun sudah sekian lama berlalu, masih segar dalam ingatannya.

Setiap kali Sumayyah berdiri di hadapan cermin, pesan itu terngiang-ngiang di telinganya. Sama seperti ibunya, dia juga tidak pernah melupakan doa dan pesanan itu. Kini, doa itu seolah-olah menjadi salah satu amalan penting yang bukan sahaja memperindahkan luarannya, tetapi juga menjaga hatinya daripada perasaan negatif. Tanpa dia sedari, doa itu telah menjadi "skincare" rohani yang utama dalam hidupnya, mengindahkan bukan sahaja wajah, tetapi juga jiwa.

Shawl dan purdah disarung rapi, menutupi mahkotanya dengan anggun. Dalam hati, dia membisikkan doa agar Allah SWT mengekalkan pakaian suci ini tanpa membolak-balikkan hatinya di kemudian hari. "MasyaAllah! Cantiknya, anak siapa ni?" Dia memuji diri sendiri sambil tersenyum lebar, seolah-olah dia baru sahaja memenangi pertandingan ratu cantik.

"Oh, ini kalau ada pertandingan 'Miss Self-Praise', sudah pasti aku yang menang!" bisiknya sambil ketawa kecil.

Amboi angkat bakul sendiri nampaknya? Memang tabiat dia jika usai menyiapkan diri dia akan memuji diri terlebih dahulu kerana dia memengang pada prinsip yang pernah ibu katakan. "Jika ingin memulakan memulakan hari dengan keadaan positif, kita perlu memuji atau mengatakan hal yang baik kepada diri kita sendiri terlebih dahulu kerana dengan pujian itu juga akan memberi kesan positif kepada diri dan minda kita".

Bibir merahnya tidak jemu mengukir senyuman lebar bila teringat akan pesanan ibunya. Sejenak itu dia mula termangu, dirinya terbang ke dunia lain. Apalah yang di angankan itu? Tanpa sedar sudah hampir sepuluh minit dia hanya milirik bayangan dirinya di dalam cermin.

"Sumayyah, sudah la bersiap tu. Mari turun makan, nanti makanan sejuk pula!" seru Datin Zalikha yang setia menunggu di ruang makan bersama suami tercinta. Mahu menunggu anak daranya bersiap sampai ke sudah, makanan ini sudah pasti tidak terusik. Lama sangat!

Suara panggilan ibu itu menarik Sumayyah kembali ke dunia nyata. Dia terpinga-pinga mendengar suara laungan ibu. Pagi-pagi sudah disajikan dengan suara laungan ibu. "Potong line, betul ibu ni! Baru je nak berangan," keluhnya dalam hati sambil tersenyum sendiri. Dengan satu nafas, dia menghimpun semangat sebelum menyahut panggilan ibunya itu.

"Ya ibu, May turun". Sahut Sumayyah. Usai membelek-belek pakaian yang di kenakan, segera dia mencapai handbag berjenama Gucci yang terletak elok di storage bag. Terdapat pelbagai jenis handbag branded lain. Sesetengah handbag yang tersusun rapi di dalam rak ini semamangnya bukan dibeli olehnya. Malah, hampir keseluruhan handbag yang terkumpul semua berasal dari pemberian atau hadiah daripada rakan dan sedara- mara.

Dia ingin membeli-belah? Memang tidak la, kerana dia bukan jenis yang suka membeli-belah apatah lagi tentang aksesori. Jika perlu sahaja baru dia mengeluarkan duit untuk membeli barangan seperti itu. Katanya tidak mahu membazir.

Handbag diambilnya, lalu dia mengatur langkah turun ke ruang makan sambil tangannya sibuk memegang heels YSL yang sederhana tinggi. Setiap langkahnya memancarkan aura gadis yang mahal penampilannya yang anggun dan berkelas menggambarkan keperibadiannya yang penuh cita rasa.  yang menawan! Aura gadis mahal memang begini gayanya. Full of expensive things!

Thank you for reading ≧▽≦
"Btw jangan lupa vote tau •̀ᴗ- 🤍"

T

hank you for reading(⁠^⁠^⁠)

Kerana Dia Jiwaku (OG)Where stories live. Discover now