SUASANA di butik Bunga Indah seperti hari biasa . Dipenuhi dengan baju-baju pengantin yang ditempah oleh pelanggan -pelanggan .
"Syamila ,hari ni Kak Arisa nak pergi kenduri rumah jiran ,Kamu jaga kedai dengan Fiffy ye "Ucap Arisa .
Arisa adalah pemilik butik Bunga Indah .Dia seorang sangat meminati bunga-bungaan.Setiap gaun pengantin yang dijahit pasti ada motif bunga-bungaan yang boleh menggoda mata yang memandang.
"Baik Kak Arisa.Saya menurut perintah."
"Fiffy tolong susun barang dekat stor tu . Jangan duduk jari kau je "Arisa sudah pening dengan perangai Si Fiffy ini .Kerja warna kuku dia .Semalam warna purple hari ini warna apa pun dia tak tahu ?.
"Baiklah Madam .Fiffy tak warna kuku hari ni . Jadi bolehlah angkat barang "
Syamila mula geli hati dengan tingkah laku rakan sekerja Fiffy .Fiffy adalah seorang lelaki lembut yang suka warna kuku, setiap hari .
Syamila mula mengambil kad dan menyusun kad-kad khawin milik pelanggannya ke dalam satu kotak mengikut tarikh yang ditetapkan.
Mengikut senarai di dalam buku rekod pelanggan.Hari ini Encik Fardhad akan mengambil kad khawin .
Tetapi batang hidup jejaka itu langsung tidak nampak.Mungkin sahaja lupa .Pasti banyak kerja untuk menujuk hari bahagia.
"Assalamualaikum cik .Saya nak ambil kad kahwin atas nama Fardhad ."
"Encik Fardhad ke ?Nak kad kahwin Encik.Selamat pengantin baru ".Syamila mengambil beg dan meletakkan 1000 kad ke dalam beg tersebut.
"Eh cik bukan saya khawin "Jejaka itu mula bersuara . Tidak mahu gadis salah faham .
Tetapi tidak dihirau oleh Syamila yang sibuk menyusun barang-barang untuk diletakkan di stor .
"Encik ada apa lagi ke ?.Kalau tak ada apa encik boleh balik ye .Saya ada kerja ni ."Syamila mengangkat kotak berisi benang-benang kain .
Razak Adli hanya menggeleng kepala dan mula berjalan pergi dari butik itu .
5 minit kemudian.....
Syamila membuka telefon pintar dan pergi ke aplikasi WhatsApp.Ada whatsapp dari grup sekolah.
Jemputan ke majlis perkahwinan Alfina dan Fardhad.
Kenapa design kad dia macam yang butik tempat aku kerja .Anggap sahaja ini hanya kebetulan sama .
YOU ARE READING
CINTA KE BUKAN NI ?
RomanceSYAMILA SALIHAH seorang gadis yang datang dari kampung berkerja sebagai pembantu di sebuah pengantin. RAZAK ADLI jejaka malaya yang diminati oleh para-para pekerja di syarikat FARID Holding Mereka bertemu secara tidak sengaja hanya disebabkan Razak...