Bab 11 (Hujan)

1.2K 34 8
                                    

"No, you are not just my rival. You're traitor." Lufias berjalan perlahan mengelillingi Ryan yang kelihatan seperti sedang bingung. Matanya tajam merenung orang yang disangka kawan, tapi kini menjadi lawannya.

"What do you mean?" Ryan memberanikan diri untuk bersuara walaupun kedengaran agak gugup.

"Jangan nak berlakon baik depan aku. Aku tau laa kau baru break dengan laki kau, tapi taktau pulak kau nie desperate sangat, gatal lubang sebab takde laki." sinis Lufias menuturkannya tanpa rasa bersalah.

"That's too much Fias. Daa kenapa tiba-tiba kau nak cakap camtu kat aku?" Ryan melangkah perlahan mendekati sahabatnya itu. Tangannya dikepal geram.

"Patutnya aku yang tanya kau nie kenapa!" Bahu Ryan ditolak kasar. "Kau ingat aku tak nampak apa yang kau buat dengan Danny semalam!" Pedih Lufias menuturkan kata-kata itu, sama seperti pedih hatinya semalam melihat aksi Ryan dan Danny.

Ryan yang sudah dapat mengagak isu ini akan dibangkitkan terus mempertahankan dirinya "No, nie semua salah faham. Aku tak buat apa-apa pon dengan Danny semalam. You should ask your boyfriend." Dia memandang ke arah Danny "Danny, explain the truth now!"

Tetapi tidak ada tanda-tanda Danny ingin bersuara. Dia kekal membisu sambil membuat riak muka tidak bersalah. Panas hati Ryan melihatnya "Danny explain!"

"Enough!" Lantang suara Lufias kedengaran, renungan penuh amarah dihadiahkan kepada Ryan "I don't wanna hear any shit from your mouth! Besok aku tak nak tengok muka kau lagi kat rumah nie. Pack all your garbage and leave!"

Usai menuturkan kata-kata tersebut, Lufias terus bergerak keluar dari rumah itu meninggalkan Ryan yang terpaku disitu. Danny sempat menghadiahkan tatapan kasihan kepada Ryan. Memang lah salah dia tapi takkan dia nak mengaku pula dekat boyfriendnya itu. Cari penyakit namanya tuu.

"Danny let's go, takyah nak kesian sangat dekat penyangak tuu."

Zapp! Kata-kata Lufias itu menghiris hati Ryan. Matanya berkaca, sejijik itu maruahnya dipandang serong oleh rakannya sendiri. Dia benar-benar terluka. Tiada langsung kepercayaan yang timbul dalam hati sahabatnya itu.

Melihat Danny masih termangu disitu, Ryan menghadiahkan jelingan maut. Terus dia meluru naik ke atas menuju ke biliknya. Baik dia cepat-cepat kemas semua barangnya dan tinggalkan rumah itu. Untuk apa dia berada disitu kalau sahabatnya sendiri sudah membencinya.

Dan sekarang dia juga sedang berfikir, di mana dirinya ingin berteduh selepas ini. Di Kuala Lipis ini, hanya Lufias sahaja kawan baiknya. Dia tinggal di sini pun dahulu kerana mengikut si Amir untuk tinggal sekali. Mustahil dia ingin pulang ke rumah orang tuanya di Raub. Takkan nak berulang-alik dari sana ke sini. Bagaimana dengan tugasnya sebagai seorang guru?

Argh, asal laa hidup aku suck sangat lately nie?

=

Sudah setengah jam dia memerhati tali lehernya itu. Tali leher yang telah Ryan tuliskan nombor telefonnya. Talha tersengih kecil keseorangan, seperti orang yang sedang angau. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh terfikir untuk meminta nombor guru anaknya itu.

"Haih, nak call ke tak ekk? Hmm..." bebel Talha sendirian. Kedengaran guruh berdentum diluar menandakan hujan akan turun tidak lama lagi. Ape laa yang si cikgu tuu tengah buat.

Eh, kejap. Yang aku mengeletis macam orang jatuh cinta nie daa kenape? Takkan aku daa jadi...

Eish! Talha mengaru kepalanya yang tidak gatal itu dengan keras. Teruk sangat daa nie dilema dia menjadi duda. Dengan lelaki pon dia boleh angau. Parah, dia bukan gay!

Sedikit demi sedikit kedengaran bunyi titisan air hujan. Semakin lama semakin lebat ia turun. Masa terbaik untuk tidur nie, confirm lena tak ingat dunia. Baik aku tido jelaa, omel Talha lagi lalu tangannya terus melempar tali leher itu ke bakul baju kotor. Tubuhnya dibaringkan di atas tilam.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DUDA (Gay Story) Where stories live. Discover now