PENGUIN yang sedang berjalan dalam satu barisan panjang itu, Seroja rakam. Terlompat-lompat dia mahu melihat dengan jelas. Kenapalah dia harus pendek begini? Susah mahu merakamnya. Afif yang melihat Seroja seperti sedang bersusah payah untuk melihat, menawarkan pertolongan.
"Nak aku angkat tak?" soal Afif.
Seroja terkejut. Tak akanlah dia mahu Afif mendukungnya di kalangan orang ramai ini. Buat malu saja. "Tak naklah. Tapi, tolong jap rakam penguin tu berenang."
"Betul ni, tak nak? Aku offer sekali je tau," usik Afif.
"Betul. Nah, tolong rakam. 30 saat je. Tak boleh lama-lama, nanti penuh telefon ni." Telefon Samsonnya diberikan kepada Afif. Seroja hanya dapat melihat kepala-kepala orang dihadapannya sahaja. Itulah, kecil-kecil tak nak minum susu banyak-banyak. Bila dah besar, menyusahkan orang pula.
Siap merakam telatah penguin, Afif menarik Seroja ke kawasan akuarium yang melengkung di atas pula. Mereka berdua menangkap gambar pelbagai jenis haiwan akuatik dan gambar mereka bersama untuk dikenang sehingga hari tua. Kalau ada rezeki, boleh mereka bertemu dengan makhluk-makhluk ini lagi suatu hari nanti.
Setelah keluar daripada Underwater World, Seroja dan Afif mendekati kaunter tiket untuk menaiki jet ski dan parasailing. Jaket keselamatan diberikan kepada mereka. Afif memanjat ski jet terlebih dahulu dan menolong Seroja menaikinya.
Enjin dimulakan sebelum memulas pemegangnya. Ski jet itu meluncur laju membelah ombak. Seroja menjerit suka. Sebelah tangannya didepakan, sebelah lagi kuat memeluk pinggang Afif. Takut terpelanting masuk ke dalam air.
15 minit mereka meluncur, giliran Seroja pula untuk membawa jet itu. Afif memeluk Seroja dengan kedua-dua tangan. Isterinya itu lagi ganas. Dia yang di belakang pula yang menjadi kecut dengan gaya Seroja memandunya.
Seterusnya, mereka akan melakukan aktiviti parasailing sebelum pulang ke hotel. Payung terjun berwarna-warni dapat dilihat berterbangan di langit. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling popular ketika musim cuti sekolah.
Mereka berdua mengambil pakej yang naik dan turun di bot. Dalam satu bot ini terdapat lapan orang pelancong. Seroja dan Afif menjadi orang pertama yang menaiki parasailing tersebut. Apabila berada di atas, pelbagai perasaan bercampur-baur. Ada rasa takut, gayat dan juga rasa tenang kerana terasa seperti sedang terbang. Tangan kanan kuat memegang tali, tangan kirinya pula erat dipegang Afif.
Mereka melihat matahari terbenam dari atas. Subhanallah! Sungguh cantik. Percutian ini memberikan pengalaman baru yang cukup bermakna buat mereka berdua.
Lesung pipit Afif memunculkan dirinya. Bibirnya tersenyum lebar memandang Seroja. Gadis itu sedang cuak, dia tahu. Tangannya pun sudah beku seperti mayat.
"Jangan takut, kita turun sama-sama." Afif mengusap kekura tangan Seroja. Sudah 15 minit di atas udara, mereka berdua harus turun untuk memberi laluan kepada orang lain menaikinya. Pak cik yang menjaga mereka semua menarik tali payung terjun tersebut kea rah bot. Kaki mereka berdua terkena air laut.
Seroja terjerit kecil. Dia gabra. Tapi, tenang saja Afif mengawal dirinya. Afif menarik tangan Seroja merapat dengannya sebelum mereka turun di bot dengan selamat.
Seroja menarik nafas lega. Seronok tapi kalau mahu mencuba sekali lagi mungkin dia akan berfikir beratus kali.
Afif mengusap kepalanya. Seroja membalas dengan senyuman lemah. Penat pula bermain dengan air harini. Berjalan pun seperti sudah tidak mampu.
"Nak aku angkat tak?" Soalan pagi tadi diutarakan semula oleh Afif. Lagi beberapa minit saja lagi mereka sudah mahu tiba di hotel penginapan mereka.
Seroja tidak menolak. Dia betul-betul kepenatan. Penat menjerit seharian kerana takut. Tapi dia seronok dan bahagia, boleh meluangkan masa bersama yang tercinta.
YOU ARE READING
SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
Acción"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya itu. Bukan sekali, tapi banyak kali! Namun, Arif tetap maafkan dia. Makin lama dia mengenali lelaki i...