BANG! BANG!
Dua das tembakan kedengaran. Jantung Aireen berdegup laju. Dia berpaling melihat rumah banglo lama di belakangnya. Dia kembali mengatur langkah untuk masuk ke dalam tetapi Zayyan sempat menghalang.
"Zayyan, Dean masih ada kat dalam. I nak pastikan dia selamat."
"Tak boleh, Aireen. Bahaya!"
"Please...bagi I masuk. I risau jadi apa-apa pada dia." Air mata Aireen sudah merembes keluar. Dia meronta-ronta agar Zayyan melepaskan pergelangannya.
"No! Stay here. Polis akan settlekan semua."
"Tapi bunyi tu... you dengar kan tadi?"
"Relaks okey... kalau you risaukan dia sekalipun you kena fikirkan keselamatan baby dalam kandungan you."
"Okey..." Aireen mengangguk perlahan. Dia terpaksa akur.
Tak berapa lama kemudian, pihak polis mula membawa keluar lima orang penculik yang terlibat. Tangan mereka digari. Kemudian, keluar pula mangsa tembakan yang telah ditutupi dengan plastik hitam dan diusung oleh beberapa orang anggota polis.
"Dean..." Aireen masih pegun berdiri di sisi Zayyan. Lengan Zayyan dipaut agar dia tidak terus jatuh pengsan di situ.
"Itu bukan Dean. Tapi Dato' Mustafa,"kata Zayyan.
Aireen yang tadinya lembik seakan ingin pengsan, kembali berdiri tegak.
Kemudian, kelihatan Dean yang keluar bersama Mike dan Nick. Bahu kiri Dean cedera akibat terkena tembakan Dato' Mustafa. Mujur tak kena pada bahagian jantungnya.
"Errggh..." Dean mengerang sakit.
"Sayang!" Aireen menghampiri Dean dengan wajah panik.
"I okey. Jangan risau."
"Okey apa macam ni. You buat I risau. I dah hampir pengsan tadi tau. I ingatkan you akan tinggalkan I lagi." Aireen menangis teresak-esak sambil mengusap pipi Dean. Dia hampir kehilangan suaminya. Mujur suaminya masih selamat.
"Sshh...Don't cry. I'll never leave you, darling." Dean mendakap Aireen dengan sebelah tangannya. Tangisan Aireen semakin menjadi-jadi.
"Syukur kau selamat, Dean." Zayyan datang menerpa ke arah Dean.
"Eh, kau pun ada? Macam mana kau tahu yang..."
"Aku tahu dari anak kau. Tengok lah dia tengah buat apa kat sana."
Kelihatan Alina sedang rancak membuat live. Sejak tadi dia lupa untuk tamatkan siaran live di telefon bimbitnya. Hampir 80 ribu penonton yang menonton live Alina. Semua penonton rasa berdebar melihat situasi mereka diculik.
"Aku nampak live Nana di tiktok. Aku terkejut bila dapat tahu dia orang kena culik. Jadi aku call Aireen. Mujur Aireen sempat beritahu lokasi kau orang. So aku yang call polis,"beritahu Zayyan.
"Thanks bro, tolong kita orang."ucap Dean.
"Omegod...papa kita cakit guys..." Alina menghalakan kamera telefonnya ke arah Dean.
"Nana! End live tu...mari sini handphone tu kat mommy." Aireen merampas iphone yang tergantung di leher anaknya sejak tadi. Tak sangka pula handphone itu merakam setiap detik kejadian penculikan tadi. Tak pasal-pasal nanti mereka viral di media sosial.
.
Aireen membelek perutnya yang semakin memboyot di dalam cermin. Pipinya juga sudah semakin tembam dan badannya semakin berisi.
YOU ARE READING
My Chub (COMPLETE)
RomancePuteri Aireen Tasneem mampu memiliki segala yang dia inginkan kecuali satu perkara iaitu cinta seorang lelaki. Start: 17 sept 2023 End: 20 feb 2024