Zyan Rafael turun dari tingkat atas dengan pakaian kerja yang tersarung kemas di tubuh tegapnya.Dia menuju kemeja makan.
"Alya!!!" Jeritnya apabila kelibat isterinya tidak kelihatan.
"Ya tuan,maaf saya pergi siram pokok dekat luar tadi."Jawab Alya dengan nada lembut.
"Habistu kau tunggu apa lagi,ambilkan makanan aku!"
"Baik tuan."
Alya terus mencedok nasi goreng buatannya dan di beri kepada suaminya yang sedang memandangnya dengan tatapan tajam.Tidak lupa juga dengan air kopi yang sudah siap tersedia di dalam gelas.
"Ni tuan."
Zyan Rafael mula makan tanpa menghiraukan isterinya.Alya pula masih berdiri di samping suaminya.
"Kau tunggu apalagi dekat sini?kan aku dah kata kau tak boleh makan makanan aku.Tak faham lagi ke!"Ujar Zyan Rafael setelah melihat isterinya masih tidak berganjak dari tempatnya.
"Tak tuan,saya err...saya sebenarnya nak minta izin tuan,saya nak keluar sekejap."Balas Alya.
"Keluar? Pergi mana?jumpa jantan?"
"Tak tuan,saya nak beli barang.Sekejap pun jadilah."
"Kau dengar sini,kau nak keluar ke nak mati ke aku kesah apa.Tak payah kau nak minta izin sangatlah.Tapi kalau aku dapat tahu kau keluar jumpa jantan,siaplah kau."
"Kalau macam tu saya pergi dulu tuan,nanti kalau tuan dah siap makan,tuan biar je nanti saya balik saya kemas."
Zyan Rafael hanya diam tiada niat mahu menjawab.
Alya yang melihat reaksi suaminya hanya tersenyum nipis sebelum beredar pergi.
Kini dia sudah berada di luar pagar rumah suaminya melihat kiri kanan memastikan tiada kenderaan yang lalu.Setelah memastikan tiada kenderaan yang lalu dia terus berjalan menuju kekedai dengan hanya berjalan kaki walaupun jarak kedai dan rumah suaminya agak jauh,dia tetap berjalan kaki.Mahu tumpang suaminya takut kena marah.Mahu tidak mahu dia tetap pergi kekedai untuk membeli makanan serta barang keperluannya.
Sampai di kedai dia terus mengambil beberapa barang penting utuk keperluan hariannya.Tidak lupa juga makanan kering,kini tangannya bergerak kearah makanan basah yang menempatkan segala jenis lauk.Dia melihat ayam serta ikan yang sedang tersusun elok itu.Dia mahu mengambil tetapi dia teringat akan kata-kata suaminya.
"𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘯𝘵𝘶𝘩 𝘣𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘬𝘶 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘪𝘻𝘪𝘯 𝘢𝘬𝘶.𝘒𝘢𝘶 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘨𝘶𝘯𝘢 𝘥𝘢𝘱𝘶𝘳 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘬𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶 𝘫𝘦!"
Itu bermakna dia tidak boleh menyentuh harta benda suaminya.Dan bermakna dia tidak boleh membeli barang basah kerana dia tiada tempat simpanan.
"Herm takpelah perut,kita makan meggi jelah senang."Ujar Alya sebelum bergerak kearah kaunter.
Usai membayar dia begerak pulang kerumah suaminya,dia sempat membeli nasi lemak sebelum pulang.Dia bejalan dengan sedikit laju kerana matahari semakin tinggi.Dia harus cepat sebelum hari semakin panas.
Dalam dia berjalan dia di kejutkan dengan kereta yang berhenti tepat di sampingnya.Alya melihat siapa pemilik kereta itu.Ternyata adik iparnya.
"Liya dari mana jalan kaki ni?"Soal Zafran Rafiqie setelah turun dari kereta.
"Saya pergi kedai tadi beli barang."Jawab Alya.
"Barang apa ? barang dapur ke ? kenapa tak tunggu Pael?"Ujar Zafran lagi sambil melihat barang yang di pegang kakak iparnya.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romantik🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...