𝑆𝑤𝑒𝑒𝑡𝑖𝑒♡'1

74 2 0
                                    


MEMANDANGKAN hari ini hari pertama Izz bekerja, terpaksa lah dia bangun lebih awal dari kebiasaan untuk siapkan diri dan buatkan sarapan untuk penghuni rumah.

Setelah selesai bersiap langkah dibawa menuju ke lantai bawah yang terletak ruang tamu.

"Mama baba, Ryn pergi kerja dulu" tangan Puan Adliana dan Tuan Hafzan di salam terlebih dahulu sebelum berlalu pergi. Tidak lupa juga ciuman kasih sayang seperti selalu di pipi Mama dan Baba nya.

"𝑡𝑎𝑘𝑒 𝑐𝑎𝑟𝑒" Pesan Puan Adliana kepada anak daranya yang sudah berada di atas motosikal Y15.

Sampai saja di tempat kerja Izz terus ke arah belakang cafe untuk meletak motosikal. Dari awal lagi sudah dimaklumkan disitu tempat menyimpan motosikal pekerja.

"Hai awek, nama apa?" belum sempat Izz melangkah masuk seorang lelaki sebaya dengannya sungguh ramah menegur.

Tangan di hulurkan tanda ingin bersalaman.

Izz memandang sepi huluran salam lelaki itu.

Bukan sombong tapi menjaga batas.

Bukan mahram.

Dosa

Tidak lama selepas itu Hanizz Adriana menunduk kepala tanda hormat sebagai ganti salam.

"opss sorry.. terlebih excited " pantas lelaki itu memahami Izz lalu lelaki itu tersengih menahan malu bila huluran tangan nya tidak disambut.

'interesting' getus hatinya bila perilaku gadis itu menarik perhatiannya.

Limited.

Kerana zaman sekarang sudah jarang sekali dia jumpa gadis yang menjaga batas seperti itu.

Selalu yang dia jumpa persis ulat bulu

Terlebih berbulu

"Izz" singkat Izz perkenalkan diri bila lelaki itu seakan ingin bertanya. Sudah faham sangat gerak geri lelaki itu.

"Izz?" soal lelaki itu.

"Izz Adriana" sambung Izz.

Kenapa Izz Adriana? kenapa bukan Hanizz Adriana? kerana itulah identity yang dia perlu guna ketika diluar. Kehidupannya tidak seperti orang lain, kewujudannya masih perlu dirahsiakan, jadi dia perlu lebih berhati-hati.

Perkenalan dirinya sebagai Hanizz Adriana hanya untuk orang tertentu.

"Daniel Haziq, boleh panggil Haz" giliran Daniel pula memperkenalkan dirinya tanpa Izz bertanya.

Izz mengangguk sebagai balasan. Rasa tidak selesa bila Daniel tidak berkedip memandang nya.

'ada yang tak kena ka dengan muka aku?'

"nama indah macam tuan dia" puji Daniel perlahan tapi masih boleh didengari oleh Izz. Dia tidak dapat nafikan gadis dihadapannya ini sempurna dari segi rupa dan tingkah laku.

Tersenyum malu Izz dibuatnya.

Langkah dibawa kedalam cafe. Sengaja hendak melarikan diri. Bukannya dia tidak perasan Daniel dari tadi memperhatikan nya.

"tak pernah nampak pun sebelum ni. Pekerja baru ka?" Soal Daniel. Itulah yang dia ingin soal sejak tadi sebab setahunya pekerja di cafe ini semua lelaki.

"Ya. Baru harini saya mula bekerja" Izz berlalu kearah loker pekerja untuk menyimpan barangnya.

Buka saja loker, ada sehelai baju barista berwarna koko hitam terlipat rapi menarik perhatian nya, tangan naik mencapai baju dari loker.

 HQQ: It's Mine SweetieWhere stories live. Discover now