BAB 1

776 36 1
                                    

"Riyy!!"aku pandang kearah punca suara lunak itu

"Kak Fiy.Kenapa akak panggil Riy?"

"Kenapa aku panggil kau tanya?! Asal kau tak basuh baju aku!" tekingan itu menyentak aku.Orang disekeliling sudah memandang kearah kami. Aku hanya menutup mata sahaja apabila menerima tengkingan itu

"Maaf,Riy dah lambat sangat tadi.Tak sempat nak basuh baju akak" permohonan maaf aku berikan kepada dia namun yang dia balas hanya jelingan maut kepada aku

"Maaf,maaf.Bukan tu je tahu tak.Kau tak gosok baju aku,kau tak kemas bilik aku dan! kau tak kejut aku bangun sekali!! Kau tahu tak,aku lambat pergi kerja" aku sudah biasa menerima tengkingan kakak aku ini.Aku tiada hak untuk membalas balik.oleh kerana kakak aku ialah anak kesayangan papa dan mama

"Riy minta maaf" sayu sahaja aku mengeluarkan perkataan maaf itu

"Kau tahu tak yang kau tu menyusahkan,dahlah bodoh benak pulak tu.HAISHHH!! Kau tunggulah balik nanti" selepas saja dia mengeluarkan ayat makian dia kepada aku terus dia beredar dari situ.Aku pula masih kaku disitu.Air mata sudah bertakung tapi aku tahan supaya tidak jatuh

Kaki aku angkat untuk beredar dari universiti ini.Tidak tahan lagi mahu berada di dalam bangunan besar ini

Keluar saja aku dari bangunan ini,tiba-tiba ada satu kereta berhenti betul betul disebelah aku.Hampir saja dia langgar aku

"PONNNN!!" aku pandang kearah kereta itu.Tidak dapat aku lihat tuan punya kereta ini,oleh kerana cermin keretanya yang terlalu gelap

Tiba-tiba pintu kereta itu di buka dari dalam.Muncullah susuk tubuh yang tegap kemas berbaju kerja.Terpukau aku apabila melihat dia,dengan wajahnya yang kacak,rambutnya yang kemas senang cerita.Sempurna.

"Awak,awak tak apa-apa" dia melambai tangannya dihadapan wajah aku.Mahu menyedarkan aku.Namun aku masih terpukau dengan wajahnya yang kacak itu

"Awak.Awak!" tersentak aku apabila terdengar suaranya yang kuat dia tepi telinga aku.Aku lihat wajahnya yang sedang tersenyum kepada aku

Cair terus aku kalau gini.Terus hilang rasa sedih aku barusan tadi.Mood aku memang senang berubah

"Saya tanya ni awak ok tak.Nasib baik saya sempat berhenti tadi kalau tidak" dia menunjuk kaki aku

"Terpaksalah awak
pakai kerusi roda kalau nak bergerak nanti" gurau dia,namun ditelinga aku itu bukan gurauan.Itu macam nak menakutkan aku je

"Auh,maaf saya tak sedar awak lalu tadi.Maafkan saya ye" haih pagi ni dah masuk keberapa kali aku minta maaf pada orang.Banyak betul kesalahan aku

"Tak apa,lain kali awak hati-hati ye" aku hanya membalasnya dengan senyuman kekok

Dup dap dup dap

Aku melihat dia yang berjalan kearah keretanya dengan jantung yang berdebar

Haihh jantungg,kenapa dengan kau ye?




"eh,ada budak lemahlah dekat sini" dapat aku dengar suara sinis dari perempuan dibelakang aku ini.Dia dan kawan-kawannya mendekati aku

"Belajar ke tu" aku hanya diam sahaja malas mahu bertengkar.Aku ini bukan jenis orang yang suka bertengkar dan berbalas mulut

"Woi" terangkat bahu aku apabila menerima jeritan dan hentakan dari gadis dihadapan aku ini

"Kau tak dengar ke aku panggil kau.Oh,ke,kau dah pekak.Yelah kau kan kena tengking dengan kakak kau tadi,manalah tahu telinga kau bernanah ke,pecah ke" perli dia sambil tersenyum sinis kepada aku

"Aku tengah belajar.Tolong jangan kacau" aku cuba memberanikan diri,untuk membalas ayatnya yang menyakitkan hati itu

"Wahh!!" dia tepuk tangan

DIA ATAU AKU?Where stories live. Discover now