"Assalamualaikum ni abang Lais kan? Saya Moon, roommate Fiyah." Tergesa-gesa suara Munirah di corong telefon.
"Waalaikumussalam ya saya. Mana dapat nombor saya ya? Dan ada apa?" Lais sedikit tersentak namun cuba untuk berlagak tenang.
"Fiyah memang ada bagi saya simpan nombor abang. Saya nak cakap berita buruk ni, Fiyah...hilang." Takut-takut Munirah cuba ingin menyampaikan berita itu. Sejujurnya Munirah juga masih terkejut dengan perkara yang sedang berlaku ini.
Petang tadi elok sahaja dia dan Lutfiyah bergerak pulang ke bilik mereka setelah hampir setengah hari meluangkan masa di perpustakaan. Apa yang terjadi ialah semasa di perpustakaan tadi di mana Lutfiyah dihempap dengan rak buku secara tiba-tiba. Kemudian dibantu oleh beberapa orang pelajar lain dan pembantu perpustakaan iaitu Cik Alisa.
Tetapi semasa berjalan pulang tadi Lutfiyah sudah memesan kepada Munirah untuk menyimpan nombor telefon Lais dan menelefon suaminya jika ada apa-apa yang berlaku.
Tidak sangka pula apa yang dipesan Lutfiyah menjadi kenyataan.
Elok sahaja Munirah baru balik daripada melepak dengan kawan di bilik lain dan menyedari pintu bilik mereka terbuka luas dan Lutfiyah telah pun tiada. Kesan darah bertompok banyak di atas katil milik Lutfiyah dan semua barang berselerak termasuk barang Munirah seperti berlaku pergelutan.
Lais terkedu seketika.
Dada berombak laju.
Fikiran bercelaru."Saya datang sana sekarang." Telefon secara automatik terus dimatikan oleh Lais.
Lais segera bangun daripada baringnya. Jam telah menunjukkan 11 tengah malam. Dia baru sahaja selesai meneliti dan membaca fail kes yang bakal dibicarakan esok pagi. Tetapi, dapat pula panggilan daripada Munirah.
Hoodie hitam dan topi hitam dicapai lalu elok disarungkan ke badan dan kepala. Kunci kereta di ambil. Langkah panjang diambil dan kereta mula dipandu keluar daripada perkarangan rumah.
"Asal kereta ni follow aku dari tadi?. Haish!" Lais menghentak kuat stereng kereta. Terdapat sebuah kereta hitam yang mengikutinya dari kawasan perumahan tadi.
Telefon pintar terus dicapai Lais menggunakan tangan kirinya. Tangan kanan fokus memandu. Nombor Emir didail.
"Ahh Helo? Apa benda telefon aku malam-malam ni?" Serak-serak basah dan malas suara Emir menjawab. Sudah nyenyak tidur mungkin.
"Mir, kau kena tolong aku. Bini aku hilang dekat universiti dia. Roommate dia telefon aku tadi. Sekarang ni aku dah gerak nak ke universiti Fiyah.Tapi ada satu kereta hitam follow aku dari rumah tadi." Lais terus menerus menceritakan semua yang sedang berlaku kepada Emir.
"Kau seorang lah ni jadinya? Kau jangan cakap benda ni ada kaitan dengan apa yang jadi 2 hari lepas."
"Aduh aku malas lah nak ambil tahu tentang tu. Sekarang ni jarak dari rumah ke universiti jauh. Aku risau ni. Hati aku tak sedap." Boleh kedengaran keluhan berat daripada Lais. Pertama, kehilangan Lutfiyah. Kedua, sekarang dia dalam bahaya kerana sedang diikuti oleh kereta yang tidak dikenali siapa. Dan yang terakhir, Lais takut jika semua yang terjadi ini disebabkan kejadian tempoh hari lepas.
"Aduh sorry, sorry sangat. I tak sengaja."
Habis terjatuh telefon Lais apabila dirinya yang elok sedang berjalan dilanggar oleh seorang wanita.
"Okay tak apa." Lais sedikit pun tidak memandang ke arah wanita tersebut. Tubuh dibongkokkan sedikit ke bawah lalu telefonnya diambil.
"Eh Izz?!." Wanita itu sengaja buat-buat teruja sedangkan dia sendiri yang merancang untuk melanggar Lais. Tujuannya supaya dapat menarik perhatian lelaki itu.
"Oh Alisa. You buat apa dekat sini?." Berbasi-basi Lais bertanya. Kalau boleh dia malas mahu bertembung muka atau bercakap dengan wanita di hadapannya ini.
Dia masih simpan perasaan marah dengan wanita ini. Perasaan ini muncul apabila dirinya diperangkap oleh Alisa sewaktu zaman persekolahan. Alisa yang pada waktu itu merancang untuk mengunci diri mereka berdua di dalam bilik stor sukan sehingga hampir ditangkap berkhalwat oleh pengawal keselamatan sekolah. Nasib sahaja kamera keselamatan sekolah itu berfungsi dengan baik sebagai bahan bukti.
Bukan itu sahaja, malahan Alisa juga pernah menghantar banyak hadiah dan surat-surat cinta kepada Lais walaupun sudah banyak kali diberi amaran. Hampir sahaja Lais menerima surat amaran daripada guru disiplin pada masa itu kerana dituduh bercinta. Hal itu juga telah menjatuhkan reputasi pembelajaran Lais.
Hanya mengenai pemberian hadiah dan surat cinta sahaja yang telah diceritakan Lais kepada Lutfiyah. Tentang isu lagi satu itu belum diceritakan lagi. Lais mahu menjaga hati dan perasaan Lutfiyah. Sampai suatu masa yang tepat pasti Lutfiyah sendiri akan tahu juga.
"Err...I saja-saja je jalan kawasan sini." Lambat-lambat Alisa cuba untuk membalas pertanyaan lelaki itu. Sebenarnya dia yang mengikuti Lais sejak dari rumah lelaki itu tadi. Dulu mungkin dia tidak tahu di mana lelaki itu menetap tetapi kini dia sudah tahu.
"Ini mahkamah. You jalan-jalan dekat mahkamah saja-saja atau you sendiri ada kes dekat sini?" Sengaja Lais bertanya. Alis keningnya diangkat sekali. Senyuman sinis diberikan kepada Alisa.
"Eh why not? Ada jelah orang pergi mahkamah sebab nak tengok-tengok je." Alisa cuba mencari idea untuk pertanyaan tersebut.
"Apa you ingat orang baik macam I ni ada kes sampai mahkamah ke? Haish tak adalah. I tak adalah jahat mana sampai nak buat kes berat-berat." Tambah lagi Alisa cuba untuk membela diri.
"Oh then okaylah. I kena pergi sekarang. Bye." Tanpa menunggu balasan daripada Alisa, Lais terlebih dahulu mengangkat kaki.
"Eh Izz wait!" Alisa cuba mengejar langkah besar Lais yang sudah berada jarak 2 meter ke hadapan.
Lais berhenti berjalan. Tubuh dipusingkan ke belakang. Terdengar dengusan halus.
"Apa?"
"You dengan yang girl tu. Siapa nama dia? Oh! Lutfiyah Dalila. Dia tunang you ke?" Selamba sahaja si Alisa ni meneka.
"Like i said before. Dia kesayangan I. So?" Soalan dibalas soalan.
"So? Tunang or isteri you?" Boleh pula si Alisa meneka. Macam jawab kuiz pula.
"Fikir sendiri." Sengaja Lais tidak menjawab pertanyaan itu. Rasanya Alisa sendiri boleh melihat bagaimana jurang hubungannya dengan Lutfiyah semasa di universiti. Kalau dah berpegang siap peluk-peluk tu mestilah sudah berkahwin.
Lais terus berpusing semula.
"If dia just tunang you, means I still ada peluang lah kan untuk tambat hati you semula?" Sekali lagi langkah kanan yang mahu diambil Lais terhenti.
"Im fair in making love and i dont like sharing. Sorry but only Lutfiyah Dalila yang boleh tambat hati I." Sejurus berkata begitu Lais terus meninggalkan wanita itu.
Alisa hanya senyum sinis. Tangan naik bersilang di dada.
"Then just wait and see Izz." Tercetus sedikit ketawa sinis daripada bibir Alisa.
"Takpe Izz. Kau pergi je dulu settle urusan Fiyah kat universiti. Tak payah fikir pasal masalah lepas tu. Nanti kau share location terkini kau sekarang. Aku ikut kau dari belakang." Emir memberi cadangan kepada Lais.
"Alright bye." Lais terus menghantar lokasi terkininya kepada Emir melalui pesanan Whatsapp. Selepas itu kereta cuba dipandu dengan sedikit laju sehinggalah kereta tadi berjaya hilang daripada pandangannya. Mungkin sudah tidak dapat menjejaki Lais.
"Siapalah yang berani kejutkan harimau ni?" Lais ketawa sinis kemudian sambung fokus dengan pemanduannya.
Dia perlu cepat. Mungkin saja Lutfiyah dalam bahaya.
YOU ARE READING
LAIS'S LAWS
Romance"Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda sebanyak 20 000 ringgit di atas kesalahan cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun keseksaan Akta 574. " Tok! Tok! Tok! Tukul diketuk sebanyak tiga kali oleh Tuan Hakim me...