Mereka semua keluar dari bilik yang ditidur oleh Mawar itu dan meninggalkan Mawar seorang diri. Dalam keadaan takut, Mawar bangun lalu berjalan menuju ketandas.
Baru dua langkah berjalan, ada orang mencekiknya dari belakang. "Le-lepaslah," kata Mawar sekat sekat. Dia memegang tangan yang mencekiknya itu. Tiba tiba mulut dan hidungnya ditutup dengan kain sehingga membuatkan pandangan Mawar berubah gelap. Dia jatuh atas orang itu.
Tanpa sesiapa pun tahu Mawar dah tiada didalam bilik.
**
Daniel menolak seorang lelaki sehingga terbaring dibuatnya sebelum merampas pistol ditangan lelaki itu. Dia meletakkan pistol itu dikepala lelaki itu sebelum dilepas beberapa das. Habis hancur kepala lelaki itu akibat ditembak banyak kali. Dengan selambanya Daniel menendang mayat lelaki itu.Adra menggunakan tangannya untuk menumbuk orang lain manakala kakinya menendang orang yang cuba mendekatinya. Lelaki yang terjatuh akibat ditendangnya itu dipijak pijak perutnya sehingga terkeluar isi perut itu melalui mulut. Tangan masih ligat berlawan
Wizzara pula mencekik seorang lelaki. Dia menolak lelaki itu sehingga belakang badan bertemu dinding. Dalam masa yang sama, tangannya yang satu lagi digunakan untuk mengambil pisau lipat didalam poket seluar lelaki itu. Dia menikam lelaki itu bertubi tubi. Banyak tempat juga ditikamnya. Darah merecik keluar
Harris yang berada disitu turut berlawan. Dia memegang tangan salah seorang musuhnya sebelum dipatahkan. Tengkuk lelaki itu juga dipatahkan.
Prak!
Prak!
Prak!
Kaki lelaki itu turut patah akibat dipijak olehnya. Dengan selambanya dia menendang lelaki yang sudah terbaring itu kedinding. Terhentak kuat kepala lelaki itu. Pecah habis.
Mengambil masa hampir lima belas minit mereka berlawan, akhirnya semua musuh mereka mati.
"Mana Airis?" Soal Harris tiba tiba. Dia dapat rasa ada sesuatu yang terjadi pada kawan baiknya itu. Tanpa sempat Daniel menjawab, Harris sudah berlari menuju kebilik Mawar.
Tergamam bukan main apabila tiada orang didalam. Mereka yang baru tiba juga tergamam. "Mana dia?" Soal Daniel
"Macamlah aku tau kan. Ni semua salah kita. Kenapa kita bodoh sangat?" Ujar Harris dalam nada yang meninggi. " Asal kau kata kita bodoh?"
"Sebab kita pergi lawan sampaikan takda seorang pun ada dengan dia tadi. Sekarang ni dia dah hilang. Macam mana nak cari dia?"
Daniel melangkah meninggalkan mereka semua. Rumah Wirfan dituju. Apa jadi pada Mawar Wirfan patut tahu.
"Wirfan bukak pintu ni," tangan mengetuk pintu. Pintu dibuka dan terpampanglah wajah Wirfan yang tampak seperti risau.
"Asal dengan kau?" Soal Daniel kepada Wirfan. "Anak aku. Anak aku hilang. Dia hilang waktu aku tengah mandi tadi," beritahu Wirfan gelabah.
"Mawar pun sama, di-"
"Dia hilang?" Potong Wirfan. Daniel mengangguk laju. "Macam mana boleh hilang?" Tanya Wirfan bersungguh sungguh. Daniel tidak menjawab.
Wirfan menarik tangan Daniel balik kerumah lelaki itu. Dia melangkah masuk.
"Kau ni kenapa?" Soal Daniel yang masih ditarik itu. "Aku dapat agak siapa yang culik anak dan isteri aku," balas Wirfan lalu melabuhkan diri disofa. Kelibat tiga orang yang baru turun itu dipandang sekilas lalu.
"Kau bukan tak anggap Mawar tu isteri kau ke?" Tanya Daniel lagi. "Nanti kau tau sebabnya," ringkas saja jawapan daripada Wirfan itu.
Wirfan mencapai laptop milik Daniel yang berada diatas kabinet lalu dibuka kata kuncinya. Dia cuba cari dimana lokasi anak dan isterinya. "Kau.. nak buat apa?" Soal Harris yang sedari tadi diam pula. "Nak jejak lokasi," balas Wirfan ringkas.
"Kau.. pandai bab ni?" Anggukkan diberikan. "Macam mana abang nak jejak?" Soal Adra pula. Memang takboleh diam kejap ke diorang nih?
"Aku letak GPS dekat rantai dia." mereka mengangguk faham.
**
Mawar perlahan lahan membuka matanya. Dia mengosok matanya sebelum mencari kelibat anaknya. Dia perasan yang anak dia pun diculik tadi jadi mesti anaknya ada disini."Dah puas tidur?" Sontak Mawar mengalihkan pandangan kearah suara itu. Airina. "Kaka-"
"Jangan panggil aku kakak lah," seraya melepaskan tembakan kearah Mawar. Menyerang kesakitan dibuatnya.
"Jangan buat ibu macam tu!!" suara itu menarik perhatian mereka berdua sebelum mereka menoleh. Airina berjalan menuju kearah gadis kecil itu. Dicekik budak itu sehingga budak itu sukar untuk bernafas.
"Kau jangan masuk campur boleh?" Sinis Airina bertanya kepada Aureestella. "Rin, dia budak lagi Rin!" jerit Mawar menghalang tindakan kakak tirinya.
"DIAM!"
"Un-untie jahat," ujar Aureestella dalam keadaan sedang mencari nafas. "Kau ni kan," Airina membawa keluar pistol sebelum diletakkan dijantung budak itu. Dia melepaskan beberapa das. Dan..
Terhentilah nafas Aureestella Daniellah
"ELLA!" jerit Mawar memanggil nyawa tidak berjasad itu. Mawar ketap rahangnya kuat. Mata memandang tajam kearah Airina. "Sial!" Maki Mawar. "Kau memang sial!!" makinya lagi.
Airina menapak kearahnya. "Kau kata aku apa?" Senyuman sinis terbit dibibir gadis itu sebelum melepaskan banyak lagi das kearah mayat itu. Walaupun sudah jadi mayat.
Hampir berkecai badan Aureestella akibat ditembak berkali kali. Terbeliak mata Mawar melihatnya.
Airina ketawa sinis. Sengaja tidak bunuh Mawar kerana ingin menyeksa perempuan itu dahulu sebelum dibunuh. "Kau memang bodoh!!" maki Mawar lagi secara tiba tiba.
"Apa masalah kau eh?" Dia mencangkung lalu menarik kuat sanggul Mawar sehingga terdongaknya. Dia menghentukkan kepala Mawar pada dinding tapi nasib membelahi Mawar, kepala Mawar sekadar berdarah namun dia tidak pengsan.
"Kau kena mati terus agaknya." Airina membawa keluar pistol lalu dihalakan kearah Mawar
BANG!
YOU ARE READING
𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀 | 𝐂
Romance•𝒮𝓉𝒶𝓃𝒹 𝒜𝓁ℴ𝓃ℯ• ˢʰᵒʳᵗ ˢᵗᵒʳʸ ᴡɪʀғᴀɴ ᴅᴀɴɪsʜ × ᴀɪʀɪs ᴍᴀᴡᴀʀᴅᴀʜ Cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang berkerjaya dan seorang perempuan yang dijual oleh bapak kandung sendiri atas sebab mempunyai hutang yang tak dapat dilangsaikan Pert...