27

42 6 0
                                    

PINTU bilik milik Haykal ditolak perlahan. Kelihatan kelibat Haykal sedang berada di meja kerja seraya menaip sesuatu di komputer riba miliknya.

Puteri melangkah masuk kedalam bilik itu. Sunyi. Sangat sunyi. Hanya kedengaran bunyi papan kekunci ditekan.

Tanpa memandang siapa yang menghampirinya, Haykal langsung bersuara. "Nak apa?" Katanya dengan agak kasar. Matanya tidak lekang memandang skrin komputer.

"Saya mengidam bakso... Awak boleh tolong belikan?" kata Puteri dengan harapan mendapat belas kasihan darinya.

Puteri mengelus lembut perutnya yang besar dan bulat itu. Dia lapar, dalam masa yang sama dia mengidam juga.

"Saya...saya lapar..." lirih suara Puteri.

"Kau lapar? Apa kena mengena dengan aku?" dingin garau suara Haykal. Jelas dia malas mahu berhadapan dengan gadis itu.

Lantas Haykal bangun dari duduknya. Dia hendak keluar dari bilik itu. Namun tangannya direbut oleh Puteri. "Saya...saya dah dua hari tak makan... Saya-" Puteri mematikan bicaranya.

Dia melepaskan tangan Haykal. Mahu saja dia memeluk tubuh Haykal. Tetapi dia takut. Takut jika dibentak oleh Haykal. Takut jika ditampar oleh Haykal.

Puteri mendiamkan diri sambil merenung lantai. Haykal yang melihat perangainya berubah langsung hairan.

Dengan perlahan Haykal menarik tubuh Puteri masuk kedalam pelukannya. "Kau kenapa?" soal Haykal. Lembut. Lembut nada bicaranya.

Puteri hanya diam.

Haykal melepaskan keluhan. Pundak gadis itu dielus serta ubun-ubunnya dicium. "Ei, aku tak marahlah... Cerita, kau kenapa?" pujuk Haykal.

Bergenang air mata Puteri. Esakannya kini mula kenderaannya. "S-semalam...s-saya nak makan, lepas itu a-a-ayah marah..." tangisan dilepaskan membasahi baju dibahagian dada Haykal.

"S-saya takut... Awak... a-ayah selalu tampar saya... K-kuat..." Puteri mengeratkan pelukan. "Sakit..."

Riak wajah Haykal yang tadinya dingin kini bertukar sedih. Tanpa ia ketahui, isterinya sering didera oleh bapa mentua kepadanya.

"Shhh... Abang ada, tak mahu lah nangis" pujuk Haykal. Lembut suaranya. Tenang didengar. Puteri kini mula merasa tenang.

"Abang...?" soal Puteri. Haykal mengganguk.

"Ye lah, kan dah kahwin. Panggil abang lah" balas Haykal. Dahi isterinya dicium lembut dengan penuh kasih sayang. Tidak ada lagi rasa benci didalam hatinya. Kini dia bertekad untuk menjadi isterinya sehingga anak mereka lahir.

"Sayang lapar kan? Sayang nak bakso ye?" soal Haykal. Senyuman tampannya kini terukir di wajah.

Puteri tersentak. Adakah ini mimpi? Senyuman itu... Senyuman yang tidak pernah ia lihat dari wajah Haykal kini  terukir jelas didepan matanya. Lantas dia mengganguk tanpa menolak. Sejujurnya, dia memang merasa sangat lapar.

"Abang pesan guna FoodPanda, okay?" kata Haykal seraya mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar.

"Nah, sayang nak pesan apa? Pilih aje, abang belanja," telefon bimbit itu dihulurkan kepada Puteri. Puteri tidak tahu sama ada mahu ambil atau tidak.

Melihat Puteri yang hanya mendiamkan diri, Haykal mengeluh. "Ok, sayang tak nak pesan, biar abang yang buat pesanan." 

Haykal memesan makanan kegemaran Puteri iaitu nasi goreng kampung. Tidak lupa juga dia memesan minuman."Dah, sayang pergi rehat dulu. Nanti makanan dah sampai abang panggil ok?" 

Senyuman bahagia terukir diwajah Puteri apabila mendengar perkataan 'sayang' terlafaz dari mulut Haykal. Dia tidak sedang bermimpi, bukan? Ini nyata, kan? 

"Sayang?" 

Suara garau milik Haykal membuatkan Puteri tersadar ke alam nyata. Lambat-lambat Puteri menyahut panggilan dari Haykal. "Y-ye? Awak panggil saya ke?" soal Puteri. Entah kenapa dia mula merasa pelik. Dia cuba menghalau rasa itu dari menghasut dirinya. 

"Jangan panggil saya awak. Saya suami awak sekarang. Call me abang," kata Haykal. Lembut garau suaranya bertutur. Tanpa Puteri sedari, pipinya dielus dengan begitu lembut. Tak, ini bukan Haykal yang sebenar. Apa yang dah jadi? 

"Sayang mesti penat, kan? Kita duduk dulu ye. Sayang kan tengah mengandung." katanya lagi. Tangan kanan Puteri ditarik perlahan seraya dia memimpin Puteri menuju ke sofa. Puteri hanya patuh. 

Puteri mula melabuhkan punggung dengan perlahan diatas sofa tersebut. Haykal mengambil tempat disebelah Puteri. Jari-jemari Haykal tidak lekang mengelus jari-jemari Puteri. Apa dah jadi? Kenapa Haykal berubah manja macam ini?

TING! TONG! 

Bel pintu rumah berbunyi. "Abang rasa itu FoodPanda kut. Sayang tunggu sini sekejap, ok? abang pergi tengok," kata Haykal seraya bangun dari duduknya. Lantas dia melangkah keluar dari bilik itu. 

Puteri yang berada disitu hanya melihat Haykal melangkah keluar dari bilik dengan bingung. Dia masih tidak percaya, benarkah itu Syahir Haykal dia ia kenali? Serasa bukan.

Tak lama kemudian, Haykal kedalam bilik. Kelihatan dia membawa sekali makanan yang ia pesan beberapa minit yang lalu. Cepatnya sampai. Kenapa semua benda rasa pelik ni? 

Haykal melabuhkan pinggang disebelah Puteri seraya membuka penutup bekas nasi goreng itu. Aromanya amat menyedapkan. Kecur air liur. Perut kini berbunyi. 

Hayak yang mendengar bunyi itu langsung tersenyum. Satu idea terlinta di fikirannya untuk mengusik Puteri. "Nampaknya isteri saya ni tengah laparlah! Sekejap ye, suami awak yang kacak akan suap nasi goreng untuk isteri dia," kata Haykal dengan nada mengusik. 

Tanpa ia sedari pipi Puteri kini memerah. Malu ke tu? 

"Oh, someone is blushing right now!" usiknya lagi. Ini merupakan kali pertama dia mengusik isterinya. 

Pipi puteri kini berubah merah padam menahan malu. Malu-malu kucing aum!

Haykal mencedok nasi goreng itu menggunakan sudu plastik yang telah disediakan didalam bekas nasi goreng. "Open your mouth, sayang." katanya perlahan.

Perlahan Puteri membuka mulutnya. Lalu, suapan pertama masuk kedalam mulut Puteri. Dengan perlahan Puteri mengunyah nasi goreng kampung itu. Sedap. Sangat sedap. Pedasnya sangat terasa. 

"Sedap?" soal Haykal. 

Dengan pantas Puteri mengangguk. Haykal tersenyum.  Setelah itu, dia menyuap lagi nasi goreng tersebut kedalam mulut Puteri sekali lagi. Puteri menikmati nasi goeng itu dengan gembira. Ini merupakan kali pertama dia merasa disayangi dan dijaga. Rasa tidak sama seperti tinggal bersama ibu tirinya. 

"Sayang suka abang suap?" soalnya secara tiba-tiba membuatkan sebelah kening Puteri terangkat. 

Tanpa ragu, Puteri langsung menjawab. "Suka. Suka sangat. Terima kasih abang sebab dah suapkan Puteri nasi goreng ni," kata Puteri dengan lembut seraya mengukir sebuah senyuman yang indah.

"Kalau betul sayang suka, sedarlah." kata Haykal dengan sinis. Terukir kini senyuman jahat diwajahnya.

"Apa maksud abang?" soalnya Puteri dengan riak wajah berubah takut. 

"SEDAR!!!" teriak Haykal.

Tiba-tiba...

Dengan mengejut Puteri terjaga dari lenanya. Jadi...semua ini adalah mimpi saja? 

"Ini...mimpi? T-tak, semua yang terjadi tadi nyatakan?" bisik Puteri kepada dirinya sendiri. Dia tak percaya bahawa semua ini hanyalah mimpinya saja. Tapi kenapa? Kenapa hanya mimpi saja? Kenapa tidak nyata?

"Aku...aku dapat rasa kasih sayang dia... Meskipun didalam mimpi. Tapi aku tak bahagia. Kenapa hanya mimpi? Kenapa aku tak layak dicintai hebat oleh dia didunia nyata? Kenapa...?" lirih suara Puteri. Air mata mula membasahi pipinya.

His Angel (HIATUS)Where stories live. Discover now