"Kita nak pergi mana tuan?"
"Pulau Eventis. "
Tuanie menoleh mukanya ke arah Darin, kelihatan wanita itu sedang menggantuk. Comel pula dia tengok Darin tertungging kepalanya ke kanan dan ke kiri.
"Dah lah, kau pergi tidur dekat bilik belakang tu. Ada katil. " kata Tuanie. Pemerhatiannya masih di dalam pemanduannya.
"Ada bilik? "
"Kau ingat Getergon aku ni leceh sangat ke? " matanya memandang kosong wajah Darin. Saja dia mahu menakutkan wanita itu.
"Eh tak. Saya minta diri dulu tuan." belum sempat melangkah kaki. Nama ringkasnya dipanggil.
"Rin, kau boleh tak jangan panggil aku tuan? " tumpuannya masih dalam pemanduan.
"Lepas tu nak panggil apa? "
"Panggil je lah apa - apa pun , " malas nak layan sebenarnya. Panggil nama lah, takkan kerbau kut !
"Takkan lah saya nak panggil baby kut dekat tuan? "membulat mata Tuanie sambil memandang Darin. Wajah tidak percaya.
Tiba - tiba...
Kapal terbang bawaan Tuanie seperti hilang kawalan, Getergon menderun laju kebawah.
"Aaaaaaa, tuan. Alamak! Pingsan lah pula. Tuan....! Ya Allah, selamatkan lah hambamu , "
Apa yang perlu Darin lakukan ? Tuanie sudah pingsan. Dia tidak tahu cara membawa kapal terbang. Adakah ini pengakhiran hidupnya ?
" TOLONG! "
Jeritan kuat Darin mampu mengejutkan semula Tuanie. Dengan pantas lelaki itu mengawal semula kapal terbang yang di bawanya. Darin seperti mahu tercabut nyawa , ngantuknya sudah hilang akibat Tuanie.
"Tuan okey? Kenapa tuan pingsan ?" tanya Darin cemas.
Seraya lelaki berwajah beku itu menggelengkan kepalanya. Wajah Tuanie kian memerah. Malu ada, teruja pun ada.
____________________________________
" Pahal dengan Getergon Tuanie tu? " pelik di buatnya apabila dia melihat jet peribadi milik Tuanie menderun laju ke bawah. Dia bukan risau, cuma dia pelik.
Nafilia berjalan keluar dari sebuah bilik bersama bagasi di tangan sebelah kanannya.
"Gajah, kau boleh duduk diam - diam tak? "
"Ish, awak ni. Tadi suruh buat je apa yang saya nak buat. Saya pun buat je lah apa yang saya nak buat. " Nafilia membidas semula Romaszie.
"Memang lah aku suruh kau buat apa je kau nak buat. Tapi, tak payah lah bawak keluar bagasi aku. Kau nak buat apa dengan bagasi tu? " soal Romaszie semula.
"Saya nak check. Ada tak patung gajah saya yang awak sorokkan tu , "
"Aku tak sorok lah patung kau tu. Simpan balik bagasi aku . " Romaszie menayang muka menyampahnya. Dah orang kata tak sorok, masih tuduh orang sorokkan pula.
"Awak bukan boleh percaya semut. Silap hari bulan awak yang sorokkan tapi awak lupa. Awak kan nyanyok. " Suka sungguh dia membidas Romaszie.
"Suka hati kau lah gajah, dalam banyak - banyak patung, patung gajah juga lah kau nak . Orang beli lah Arnab ke? Dinosour ke? " bebel Romaszie.
"Daripada awak." Pandangan terarah kepada Romaszie. Dilihat dari atas hingga bawah.
"Apa kena mengena dengan aku pulak?"
"Awak ingat saya tak tahu. Semut naik atas baju awak pun awak menjerit ,"
Macam mana Nafilia tahu tentang itu. Kejadian itu tidak silap 12 tahun yang lalu ketika di berumur 15 tahun.
"Macam mana kau tahu? "Soal Romaszie hairan .
"Tuan muda . " Senyuman manis diberikan kepada lelaki pujaan hatinya .Dalam diam dia menyimpan seribu rasa cinta kepada Romaszie. Tetapi, dia tahu Romaszie bukan miliknya. Dia hanya personal asisstant Romaszie. Mana munkin bos nya akan memandang orang seperti dia.
"Itu dulu. " Balas Romaszie semula.
Nafilia tidak mengherankan jawapan Romaszie, malah meneruskan operasinya.
"Woah, awak ada baju gajah! Awak tak bagi tahu saya pun , "suara itu sengaja dilembutkan bagai terjauh hati.
"Buat apa pula aku nak bagi tahu kau?"
"Awak beli dekat mana? " soalan berbalas soalan.
"Kelantan. " Ringkas jawapan Romaszie.
"Saya nak boleh? " sengaja dikedip matanya berkali - kali. Dapat tak dapat, mesti kena dapat.
"Tak boleh. "
"Ala... boleh lah,"
"Tak boleh ,"
"Boleh lah, "
"No way , "
"Please..., " idea muncul didalam kepalanya . Dua jari diletakkan pada bibir lalu ditekan pada pipi Romaszie. Macam nak kiss lah katakan. Romaszie tergamam tidak berkata apa.
"Boleh eh? "
"Ambillah. " Putus Romaszie.
Selepas Nafilia berlalu pergi. Dia tidak lagi dapat menahan senyumannya. Blushing ke encik abang?
