Tok! Tok
baru saja aku mahu memejamkan mata sebentar, pintu bilik aku diketuk dari luar
Cepat-cepat aku membuka pintu,takut akan dimarahi lagi
"Riy" aku lihat kotak yang berada didalam genggaman abang khalid
"Boleh abang masuk?"
"Eh,jap ye" pintu aku tutup.Kaki aku langkah mahu membersihkan apa yang patut.Yelah manalah tahu tiba-tiba ada barang-barang terlarang.Tak kena naya aku.Kalau abang khalil nampak sotong dengan ketam aku tu mungkin aku akan kuak lentang keluar dari rumah ini
Selepas sahaja aku sudah memastikan bilik aku bersih,pintu itu terus aku bukak mahu menjemput abang tersayang aku itu masuk.Walaupun abang khalid bukan abang kandung aku namun aku sudah menganggap dia seperti abang kandung aku sendiri.Tapi apa kurangnnya,dia juga sepupu aku
"Masuklah" dia hanya tersenyum apabila memandang aku
"Apa ni,kenapa abang bawak ubat?"
Dia memandang aku
"Nak main masak-masak" menyempat dia perli aku ye
"Riy tak main-mainlah abang
"Diam jelah" ubat sapu dia ambil,lalu dia picit mahu meletakkan sedikit di cotton bud
"Sini,dekat sikit"
"Aww,abang nak sapukan Riy ubat ke? Tak apalah biar Riy sapu sendiri" ubat yang ada ditangannya itu cuba aku ambil,namun dengan tangkasnya dia menggenggam tangan aku
Dia mendekatkan wajahnya ke wajah aku
"Riy,biar abang sapukan,boleh?" dia merenung wajah aku
"Boleh" jawap aku,namun dia masih kaku merenung wajah aku
"Abang?" dia seakan-akan tersedar dari lamunan.Tangan aku juga sudah dia lepaskan.Dia menjarakkan tubuhnya kembali seperti biasa.Mukanya diraup.Seakan kesal dengan apa yang dia lakukan tadi
Entah apa yang dia kesal pun aku tidak tahu
"Kata nak sapukan ubat?"
Dia kembali memandang kearah aku
"Oh ye,sini" aku mendekatinya.Mata aku tutup.Dapat aku rasa ubat itu sudah mendarat di tepi bibir aku
"Lain kali jangan sakit macam ni,masa abang tak ada" mata aku buka tepat memandang kemata dia
Bibir aku ukir senyuman manis
"Abang jangan risau.Riy kan adik abang,mestilah kuat.Tengoklah abang dia siapa" saja aku mahu menceriakan suasana.Walaupun aku tahu yang aku tidak kuat namun aku tidak mahu abang sedih,dan merisaukan diri aku
Dia tersenyum nipis,namun senyumannya itu seperti ketawa akan diri sendiri
Aku merenung wajahnya yang sedang kusyuk meletak ubat di wajah aku
"Abang,boleh Riy nak tanya?" dia memandang aku lalu tersenyum
"Hmm,tanyalah" kepala dia angguk seperti melayan anak kecil
"Kenapa abang tipu?" dahi bersihnya berkerut
"Abang tipu pasal apa?" ubat ditangannya sudah dia simpan
"Abang cakap,yang abang ajak Riy makan tadi" tangannya yang sedang menutup kotak kecemasan itu serta merta terkaku
"Abang bukan sengaja buat macam tu" dia pandang aku
"Abang tahu Riy tak akan buat perkara macam tu.Dan abang tahu diorang tak akan percaya dekat Riy" senyum manis dia berikan kepada aku,lalu dia mengusap kepala aku
YOU ARE READING
DIA ATAU AKU?
Romance-SLOW UPDATE!!!!⚠️⚠️ -Maaf kerna aku tak cinta- Cinta yang tidak kesampaian,itulah cinta seorang perempuan yang bernama Al-Anshariyyah Dia jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sebenarnya bakal abang iparnya,namun dia tahu dia tidak akan pernah dap...