Lagi-lagi perempuan itu engkau Iman Imani." Luah Ziiyad Kyle sambil senyum manis.Iman Imani memandang ke arah Ziiyad Kyle.Terkelip-kelip mata dibuatnya mendengar luahan tersebut.Wajahnya dia tampar dengan kuat.
Terkejut Ziiyad Kyle memandang tindakan gadis itu.
"Weh kenapa kau tampar muka kau ni Iman." Ujar Ziiyad Kyle dengan gelabah.Wajah gadis itu mula memerah kesan tamparan yang agak kuat.
"Aku ingat ni mimpi lah." Kata Iman Imani.Wajahnya dia kibas di depan muka.Sejak bila kau jadi pemalu ni Iman.
"Mimpi apa ini realiti Iman.Ya Allah budak ni habis merah muka kau." Risau Ziiyad Kyle.Dia masih memandang sepasang mata hitam milik Iman Imani.
"Er,Aku dah ambik makanan ni nak hantar dekat diaorang semua.Kalau kau nak lagi ambik lah sendiri." Iman Imani mula beredar meninggalkan Ziiyad Kyle yang terpinga pinga di situ.
"Malu ke tu." Ujar Ziiyad Kyle.Dia tersenyum kecil geli akan sikap gadis itu.
HANNI DALISYA memandang sekelilingnya.Gelap sahaja persekitaran disitu.Lelaki asing itu menghidupkan api di luar rumah Hanni lihat.Kakinya mula menghampiri lelaki itu.
"Awak buat apa ni ? " Soal Hanni Dalisya.
"Pasang lampu ini untuk kau lah." Lampu petromaks itu dia masih pegang.
"Saya okay je,kalau tidur dalam gelap.Tak pelah awak tak payah la buat ni susahkan awak pula."Kata Hanni Dalisya.
"Suka hati aku lah nak buat apa.Engkau tu pergi lah masuk dalam rumah tu sibuk je."
"Eh,Tak sekarang ni awak ni kenapa.Saya cakap elok elok kan." Bentak Hanni Dalisya dengan dada berombak turun dan naik menahan amarah di dada.
"Kau nak gaduh dengan aku ke huf." Dia mula berdiri mendekati Hanni Dalisya.Ketinggiannya dari gadis itu menyebabkan Hanni Dalisya menongak memandang ke arah dia.Lelaki itu tersenyum senget melihat wajah berang Hanni di hadapannya.
Gulp.Hanni Dalisya melihat muka bertopeng milik lelaki di hadapannya.Okay dia tarik balik sifat suka mencabar orang.Jantungnya berdetak kuat apabila menatap anak mata berwarna hijau itu.Tajam betul mata jejaka ini.Dingin dan seram dia rasakan aura lelaki itu.Air liur dia telan dengan payah.Boleh tak kalau dia nak lari sekarang ni ?
Pukkkk
Hanni Dalisya membuntang mata memandang tangan kanannya bertindak dengan sendiri.Tangannya di lihat sekilas.Alamak tangan dia tergerak sendiri pulak.Ter okay bukan sengaja.
Lelaki itu mengaduh sakit apabila kepalanya dipukul dengan kuat oleh Hanni Dalisya.Boleh tahan berbisa juga gadis itu memukulnya.
Hanni Dalisya mula berlari masuk ke dalam bamboo house.Di tutup pintu sebelum lelaki itu bertindak aggressive terhadapnya.Lelaki yang aku tidak tahu namanya itu juga mengejarnya daripada belakang tapi tidak sempat kerana aku lebih laju daripadanya.
"Hey,Kau bukak pintu ni sekarang ! " Jerit dia dengan marah.Dia mengetuk pintu hadapan rumah kecil itu dengan kuat.Peduli apa dia kalau dia membuat bising yang dia mahukan gadis itu sekarang.Hanni Dalisya mula gelabah apabila pintu itu berbunyi seperti mahu roboh sahaja.Walaupun dia kunci tapi tetap dia risau sekiranya pintu itu terbuka.Mata nya memandang ke arah tingkap di belakang yang masih terbuka.Kakinya yang sudah pulih itu dia lihat beberapa saat.
Selepas Hanni membaca bismillah.Gadis itu melompat melalui tingkap belakang itu.Dia mula melarikan diri masuk ke dalam hutan tebal.
Lelaki itu berang apabila sunyi tiada langsung pendengaran suara daripada Hanni Dalisya.Dia ke belakang dan.
Bukkkkkkkkkkk.
Dengan dua kali sahaja sepakkannya.Pintu rumah itu sudah berjaya di buka olehnya.Mata dia mencari Hanni Dalisya namun tiada.