prolog

49 2 1
                                    

           Cahaya matahari yang kuning kemerahan disusuli dengan migrasi burung ke arah matahari terbenam mencipta sebuah suasana yang tenang pada waktu petang.

Itu adalah waktu yang seharusnya pembelajaran di sekolah sudah berakhir dan para pelajar pulang ke rumah masing-masing.

Namun, di sebuah jalan yang penuh dengan bangunan di sekitar, yang sunyi kerana tiada kenderaan yang lalu lintas. Di seberang jalan, tempat pejalan kaki, terlihat ada seorang gadis yang sedang dalam perjalanan ingin pulang.

"Ishh, kenapa la aku pergi tolong pakcik tu tadi! Kan dah lewat. Tak tau la pulak sampai lama macam tu skali, harap-harap cerita korea tu tak start lagi!" gadis itu pun mempercepat langkahnya menuju tempat kediamannya.

        Sesampainya di tempat tujuan, di depannya terdapat bangunan yang cukup besar, atau lebih tepatnya apartment, terus dia melangkah laju menuju ke dalam perut lift, menekan angka lima.

       selepas pintu lift terbuka, terus dia menuju ke pintu rumahnya. Tertera papan dengan angka 505 pada pintu. Tiada kasut ataupun apa-apa alas kaki di rak kasut tersebut melainkan satu kasut asics dan kasut tumit miliknya.

        Ya, dia tinggal di apartmen berseorangan, tanpa ibu bapa kerana beberapa alasan. Setelah membuka kunci pintu, terus dia menanggalkan kasut sekolahnya dan berlari menuju ke depan skrin TV.

"ARRRGHHHH!!!!!!, tak guna, cerita dia dah habis~" katanya dengan raut wajah kesal bercampur sedih. "ah lantak lah, baik aku main game".

'VICTORY',

           Perkataan yang dipaparkan oleh skrin TVnya, menunjukkan bahawa dia telah memenangkan game tersebut.

           Game yang dimainkannya yang berasal dari Nintendo Switch disambungkan pada port HDMI TVnya. Entah apa game yang dimainkannya, tetapi yang jelas dia memang sangat mahir memainkan game itu.

             Hasil daripada terlalu kerap memainkannya. Dia mungkin boleh menjadi streamer dengan kemahirannya, tetapi dia agak malas untuk itu. Perlu jaga muka lah, set up apa semua, tiada masa lah dia.

        Malam pun tiba, selesai mandi, dengan rambut yang kusut dibiarkan begitu saja, dia keluar mengambil suasana malam di koridor apartment di depan pintu rumahnya.

              Pemandangan yang menakjubkan dari atas apartment yang dipenuhi degan kilauan-kilauan cahaya oleh bangunan dan rumah yang cukup padat itu serta cahaya bulan bintang yang menghiasi malam yang masih muda itu memberikan suasana yang nyaman untuk gadis itu menenangkan fikirannya.

         "Kenapa lah kan, si heroin tu pemalu sangat, tak nak confess awal-awal kat si hero, kan tak pasal-pasal si perempuan tak guna tu dapat dulu couple dengan hero, pastu kau jugak yang broken!!" Bebelnya seorang diri setelah mengingat drama korea yang dia tonton hari-hari lepas.

         Dia introvert, hobi dia pun kalau bukan tengok drama korea, game la pilihan dia. Tapi at least dia masih boleh hidup sendiri kat apartment tu, setidaknya dia masih boleh bersekolah dengan baik tanpa jagaan ibuba panya.

         Dia mempunyai rambut yang hitam pekat separas pinggangnya, bulu mata bawahnya agak panjang, matanya berwarna hazel, memiliki hunter eyes, ketinggian dia pun normal untuk gadis berumur 16 tahun, rambut depannya sedikit hampir menutup sebahagian mukanya, kalau panjang lagi dah nampak macam hantu dah.

        Tapi bila rambutnya diurus dengan baik, memang nampak cantik. Badan yang agak kurus. sejujurnya, kulitnya agak pucat kerana pemakanannya agak tidak teratur kerana dia tidak terlalu pandai memasak dan selalu makan di restoran atau order grab.

           Duit belanja dia selalunya ditransfer oleh ibu bapanya ke dalam akaun banknya lalu di cash out di stesen minyak berdekatan.

     Dia boleh dikatakan termasuk dalam keluarga yang cukup kaya, tapi dia lebih memilih untuk tidak terlalu dimanjakan harta oleh ibu bapanya dan hidup berdikari.

             Tidak ada yang menarik dalam kehidupan hariannya. Hari-harinya dipenuhi dengan menonton drama Korea dan bermain game. Dia gadis yang pemurung di sekolah. Tiada yang ingin berkawan dengannya kerana dia pendiam dan tidak pandai bergaul.

           Setelah puas healing dekat koridor, dia memalingkan badannya, lalu menuju masuk ke dalam rumah. Dia pun duduk di sofa yang ada pada ruang tamu, menyandarkan kepalanya, merenung atap apartmennya.

         Memang sah dia ni tak ada benda nak buat. setelah merenung atap cukup lama, dia bangkit dari tempat duduknya lalu ke dapur.

Dia mengambil sebuah gelas, lalu membuka kabinet dapur mengambil kopi 3 in 1 dan gula. Dituang air panas ke dalam gelasnya, memasukkan kopi 3 in 1 dan gula lalu dikacau. 3 in 1 pun pakai gula lagi?, memang la, 3 in 1 tu kalau air banyak sangat rasa tawar, letak la gula sikit. sambil mengacau air, dia mengambil iPhonenya lalu duduk di meja yang berada di beranda rumahnya.

         Dia membuka telefonnya. "Eh?! Ada mesej, dari sape ni?" Dibukakan aplikasi WhatsApp itu.

'apa khabar, sihat tak kat situ, jaga diri elok-elok ye'
                                                                            
                                                                          -MAMA-

           Terukir segaris senyuman tipis pada wajahnya. dia terdiam diam sebentar.

'oke je'

                                                                          -El-

            Setelah itu, dia pun menscroll tiktok sambil menikmati kopi buatannya itu, tengah seronok dia scroll, tiba-tiba terpapar satu video yang menunjukkan sesosok gadis yang tidak asing baginya.

"Ehh?!!, Dia ni kan . . . perempuan yang femes kat sekolah aku tuh. Camne boleh lalu fyp pulak? Terlampau femes dia ni!!".

          Video itu memperlihatkan klip si 'Bidadari' itu sedang bermain game online yang sedang trend di tiktok sekarang. "Wahhh, boleh tahan skill dia. Student lelaki happy la boleh tengok bende ni".

        'patutlah orang panggil bidadari, cantik bukan main, body pun slim, hebat bersukan pulak tu, pro gaming lagi, memang idaman para lelaki laa'. bisiknya dalam hati. "Ahh, whatever, aku tak kesah mana dengan orang-orang femes ni."

              Malam yang tadinya masih muda kini telah semakin tua. bunyi burung hantu diluar dan tiupan angin yang dingin membuat dia kurang nyaman.

          Dia pun kembali masuk ke dalam menuju ke biliknya. Dia pun melihat jam, sudah menunjukkan pukul 12:00 pagi. "Eh?!, dah lewat ni. baik aku tidur cepat, takut esok bangun lewat kan aku jugak yang susah." Lampu dimatikan, Dia pun segera tidur. Tak lama kemudian dia pun terlelap.

         Di tempat yang tidak asing, terdapat seorang lelaki yang juga sedang 'healing' di koridor bersama segelas Teh merenung ke langit yang dipenuhi bintang.

           Dia hanya mahu menenangkan fikiran di situ, setelah menyiapkan kerja sekolah dan sedikit ulang kaji. Agak lama juga dia membatu di situ kemudian dia tersedar dari lamunannya.

           "Aihh??, dah gelap je rumah jiran-jiran semua. seram la pulak gelap gelita ni. Aku pun patut pergi tidur juga ni, dah lewat dah." Katanya.

JIRANTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang