Ting! ting!
Dengan pantas aku berlari menuruni tangga untuk pergi ke arah pintu. Aku tahu itu siapa.
"Abang!!" Jerit ku tanpa memberi salam atau apa pun.
"Diam lah ngek. Ni malam,bukan siang." Jawab abang ku dengan tegas. Maklumlah terlalu gembira sebab abang balik.. sampai lupa dah malam. Abang mengangkat beg nya dan berlalu masuk ke dalam rumah. Aku hanya menjadi tukang tutup pintu saja.
"Kau mandi dulu ah bang. Beg kau ni biar aku angkat." Ujar ku .
"Ha okok,"
"Hati-hati tu." Ujar abang.Esok aku dah boleh mula sekolah di sekolah Syana. Aku cepatkan sikit tarikh untuk ke sekolah baru. Bosan pula duduk dekat rumah tanpa buat apa-apa selain tolong mama dengan papa. Kehidupan anak tunggal.
Tadi papa sudah call cikgu di sana yang aku akan berpindah esok. Harap kawan kawan aku yang kat sana tak terkejut la.
"Hmm..katanya best sekolah dekat sana sebab ada lapangan basket. Harap harap ada la. Best la sikit aku belajar," Ujar ku sendiri .
"Nak kena tidur awal ni. Nasib lah dah solat isyak."
"Sya." Ujar abang.
"Ya?" Balas ku juga.
"Kau ok tak sekolah dekat sini?" Soal abang. Ini lagi sorang,buang tebiat tiba-tiba tanya soalan tak masuk akal. Penat pula melayan hari ni.
"Ok je bang. Cuma nanti akan ada murid baru lelaki masuk," Balas ku dengan nada malas menjawap.
"Kau tahu ke siapa?" Kenapa pula la abang aku ni tiba-tiba je tanya.
"Katanya hyver." Balas ku.
"Oh."
Suasana di meja makan menjadi sedikit kekok selepas bercakap tentang hyver. Selepas saja makan,aku mulai rasa mengantuk. Mujurlah tak boleh solat. Kalau tak dekat sejadah tu juga aku tidur .Malam sudah berlalu,marilah kita tempuhi hari yang baru juga. Selesai saja azan berkumandang,aku memutuskan untuk mandi dan bersiap untuk ke sekolah.
Aku menuruni anak tangga dengan pandangan yang masih pudar tapi terlihat masih jelas. Dah mandi pun rasa mengantuk tetap ada. Sarapan memang mama selalu sudah siapkan,jadi senang lah untuk aku .
"Ma,Sya pergi sekolah dulu ya." Ucap ku .
"Tak nak abang hantarkan ke?" Soal mama. Aku ni jenis suka susahkan abang,tapi kalini mungkin tidak kut.
"Abang je belum bangun. Lagipun biar je la dia,kesian dia,penat." Balas ku.
"Ok." Ujar mama. Aku menyalam tangan nya lalu berlalu pergi ke sekolah dengan menaiki motor ku .
Hari ini waktu aku untuk pergi ke sekolah baru. Padahal cuma pindah sekolah je,tapi dia punya nervous tu..Allah je yang tahu . Malam tadi aku sempat balik ke Selangor..jadi semua barang barang milik aku ada di sini. Tak ada la susah susah.
"Papa hantar kamu ya." Ujar papa.
"Ok. Bye ma, assalamualaikum!" Ujar ku kepada mama sambil berlalu pergi.
Sesampai saja aku di depan kelas kedengaran riuh rendah menghiasi kelas.
Aku mengerut dahi untuk cuba faham apa yang berlaku sebenarnya? Oh! Lupa yang aku terlambat sikit tadi. Cikgu english je dah mula nak masuk kelas.
"Eh,budak baru tak ada ke?" Tanya ku kepada kawan di belah kanan ku.
"Terlambat rasanya." Balas pelajar itu.
Tak lama selepas aku tanya ada seorang pelajar lelaki yang lari tercungap-cungap. Dan.. siapa lagi kalau itu bukan Qhayfir. Senang cerita hyver la eh.
"Assalamualaikum,teacher." Ujar hyver.
Walaupun aku dah tahu hyver adalah murid baru nya,tapi tetap badan aku ini terasa mengeras,kaku,tak mampu nak bergerak. Mulut pun bagai di kunci .
"Waalaikumussalam. You're the new student right?" Soal miss Fifi.
"Yes. May I come in? Sorry I'm late on my first day school." Ujar hyver. Dah kenapa pula hari first datang lambat.
"Yes you may. You can introduce your name first."
"Hai. My name is Qhayfir Syakir. You can call me Qhay or Fir. I know that you guys know me,but it's doesn't matter right? I hope we can be a good friends too. That's all,thanks." Ujar hyver.
Dia masih macam dulu. Itu je yang mampu aku katakan. Sebab,dia boleh je suruh orang lain panggil dia hyver..cuma dia tak nak.
"Syana?" Ujar miss Fifi . aku berhenti dari lamunan aku.
"Yes,miss?" Balasku.
"Can he sit next to you?" Ujarnya.
Aku tergamam. Tak mampu nak kata apa apa. Nak ataupun tak,aku kena kata boleh.
Hyver hanya tersenyum sinis kerana melihat wajah kesal ku.
"Sure,"
"ARGHHH kenapa la dia patut duduk kat sebelah aku?" getus Syana di dalam hatinya."Ok,qhay. You can sit next to Syana." Ujar miss Fifi.
Qhayfir menunduk faham lalu bergerak ke arah mejanya. Selain itu,dia juga memandang wajah Syana yang tidak selesa. Syana masih tidak puas hati kenapa perlu meja sebelah dia yang dicari-cari. Malang sungguh nasib dia hari ini.
"Ok class,we should focus back on our studies." Ujar miss Fifi.
Bunyi loceng kuat berbunyi dan ia adalah masa untuk rehat. Hari ni dah berapa kali dah perut aku berbunyi dekat kelas akibat terlampau lapar. Nasib,tiada siapa yang dengar.
"Sya," Ujar hyver.
" Haduh masa aku tengah lapar la dia nak panggil." Ujar ku di dalam hati."Sya..can we talk?" Ujar hyver.
"No." Balas ku. Aku ni dah la tengah lapar ada juga aku makan lelaki ni. Waktu nak pergi kantin juga dia nak cakap."Kenapa pula?" Tanya hyver dengan selamba. Ada juga yang kena terajang dengan aku ni.
"Eh jantan. Aku ni lapar tau. Kau tak boleh nak cakap waktu lepas rehat eh? Aku ni nak ke kantin,kau ni sibuk nak 'talk' . Kau ni tak ada masa lain ke? Kau pun tahu kan kalau aku lapar,tak boleh bawa bincang. Semak kau tahu tak." Ujar ku dengan kasar. Memang tidak sopan ayat aku tu,tapi aku kalau dah lapar,mulut suka cakap lepas.
Aku hanya menjeling wajah hyver sekali imbas dan berlalu pergi. Yang penting,aku nak makan. Suka hati dia la kalau dia nak terasa ke apa dengan semua tu. Bukan masalah aku.
"Wow. Jarang jarang seorang Syana garang. Mungkin dia terlampau lapar? Sebab tu agresif." Ujar hyver sendiri sambil berjalan ke arah kantin.
YOU ARE READING
forever
RomancePada awalnya,mereka hanyalah sekadar sahabat dan mempunyai hobi yang sama . Tetapi pada akhirnya,mereka berakhir di pelamin yang indah berseri . "Will you stay until my last breath,abang?" - Syana Elyna . "I promise I will stay with you forever, say...