Prolog

8.6K 109 2
                                    


Bayi yang dibedung dengan kain napkin merah jambu diserahkan kepada wanita berusia awal 40-an itu. Usai tubuh kecil itu bertukar tangan, suara tangisan bayi memenuhi ruang kecil di teratak tok ketua di tengah-tengah sawah padi. Bayi itu seakan mengerti yang dirinya bakal ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama kepada keluarga angkat. Air mata sang ibu turut sama mengalir deras sedikitpun tidak diseka. Sakit bersalin masih belum reda, kini digantikan pula dengan sakit di ruang dada. Perit berjauhan dengan seorang anak yang masih kecil. Pedih dan terluka ibarat dihiris belati tajam. Kesemua kelengkapan bayi, termasuk botol susu serta lampin pakai buang diletakkan di hadapan pasangan suami isteri yang seakan kelu lidah untuk bersuara. Mata kedua pasangan itu tertumpu pada tubuh kecil yang dikendong. Tok Nah isteri tok ketua hanya memandang ke arah pasangan tersebut tidak mahu berkata-kata.

"Kakak, tolong jagakan anak saya kak. Saya mohon tolong kasihi dia macam anak akak sendiri. Saya akan kembali kak. Saya berjanji dengan kakak." Ucap wanita muda berbaju kuning itu lalu berjanji. Tangan wanita yang digelar kakak digenggam erat.

Wajah sayu wanita awal 40-an bersama linangan air mata, dipandang bersama anggukan di kepala. Wajah si suaminya dipandang sepi. Dia sendiri sudah tidak punya kata-kata untuk dilontarkan. Bayi comel itu dipeluk erat. Pipi montel itu dikucup lembut. Anak ibu... Alhamdulillah dia diberi peluang untuk bergelar seorang ibu.

Kereta pasangan suami isteri itu semakin hilang dari pandangan mata mereka. Air matanya juga turut mengalir. Setelah sekian lama penantian, kini dia mampu mengucapkan syukur. Kehadiran bayi yang sangat dinantikan oleh dia dan si suami. Sudah terlalu lama impian untuk memiliki zuriat tertanam di dalam hati namun tanpa keizinan dari-Nya mereka belum mampu untuk memiliki. Mereka sudah redha akan takdir yang sudah tertulis. Tetapi kehadiran pasangan suami isteri pada pagi itu, seakan memberi ruang untuk mereka merasai nikmat memiliki dan membesarkan zuriat. Meskipun anak kecil itu bukan lahir dari rahimnya, peluang untuk menjaga dan membesarkan anak itu sudah cukup bagi mereka berdua. Surat beranak yang diselitkan di tepi beg ditatap bersama senyuman manis di bibir.

Haura Elina Binti Hamid......

Sebaris nama itu kini bakal membuatkan dia bahagia.
Anak ibu dan ayah....
Akan dia jaga dengan penuh kasih sayang dan kecintaan. Itu janjinya....


/////////


Rumah usang yang kian dimamah usia itu diperhatikan sehingga hilang dari pandangan mata. Sepanjang perjalanan, air matanya mengalir deras membasahi pipi. Wajah suaminya ditatap sayu. Arahan dari suaminya terpaksa dituruti. Dia terpaksa menyerahkan bayi yang baru berusia tiga minggu itu atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Hanya beberapa kali sahaja bayi kecil itu sempat merasai air susu badannya. Perasaan sebak kembali bertamu. Tangisan kecil mula kedengaran.

Kereta yang dipandu sang suami, terpaksa diberhentikan di tepi jalan. Wajah sayu isterinya disentuh oleh jari jemari kasarnya. Air mata itu juga turut diseka dengan hujung jari.

"Abang janji, lepas ni kita ambil semula Elina. Abang terpaksa buat semua ni. Dalam keadaan hidup kita sekarang, abang tak mampu nak tanggung sayang dengan anak kita tu. Abang minta maaf."

Tubuh isteri dipeluk lama. Dia berjanji akan segera kembali untuk mengambil semula hak yang satu itu. Kerana desakan hidup dia terpaksa melakukannya. Dia terpaksa menyerahkan puteri mereka di bawah jagaan orang lain. Mereka yang berkahwin di sempadan Thailand, telah dibuang oleh keluarga dan dihalau akibat keluarga tidak mahu menanggung malu akan perbuatan yang memalukan itu.

Jodoh yang sudah diatur oleh keluarga terpaksa mereka tentang. Percintaan yang sudah wujud dari awal perkenalan semasa masing-masing baru melangkah memasuki universiti. Cinta pada pandangan pertama. Pengajian yang hanya perlu dihabiskan dalam masa empat tahun akan datang. Selepas segalanya selesai, dia akan kembali menuntut semula anak itu. Kerana kekangan pelajaran dan faktor kewangan memaksa dia bertindak sedemikian. Hanya doa dikirimkan dari jauh buat satu-satunya puteri hati....

////////////////////

Lima tahun berlalu, Puan Laila tetap setia menanti di pintu rumahnya akan kehadiran pasangan suami isteri yang telah berjanji itu. Meskipun dia telah diberikan hak untuk menjaga dan membesarkan anak itu, tetapi janji yang telah dibuat, memastikan dia untuk berpegang teguh pada janji yang telah dimeterai sesama mereka.

Saban hari dia setia menanti andai pasangan yang tidak diketahui nama itu muncul semula menuntut hak itu. Dia tidak mahu anak itu tinggal lama dengan dia. Dia takut dia tidak mampu melepaskan anak itu. Sekarang pun belum tentu dia mampu untuk melepaskan Haura pergi. Puan Laila termenung hingga tidak perasan akan kehadiran seseorang dari belakang.

"Jauh termenung isteri abang ni." Sapa Encik Fuad . Dia baru selesai membersihkan peralatan yang dibawa semasa membajak tanah di sawah padi. Dia yang ingin masuk ke dapur untuk makan terpaksa singgah di ruang tamu melihat isteri yang asyik termenung hingga tidak menyedari akan kehadirannya. Diabaikan perut yang berkeroncong minta untuk diisi.

"Ila risau bang. Dah lima tahun kita tunggu."

Encik Fuad terdiam. Dia tahu apa yang diperkatakan oleh isterinya. Ya... hatinya juga turut merasa risau. Dia dan isteri diamanahkan untuk menjaga anak itu, dan sehingga ke hari ini, bayangan pasangan suami isteri itu tetap tidak muncul. Dia risau andai apa-apa yang terjadi. Anak itu juga kian membesar. Sampai bila mereka harus menunggu dan merahsiakan segala kebenaran dari anaknya itu?

Mereka juga silap. Silap kerana tidak mengambil nama mahupun alamat untuk dihubungi jika sesuatu berlaku. Apa yang dia tahu, pasangan suami isteri itu dibawa oleh Tok Nah, isteri ketua kampung untuk bertemu dengan mereka. Dan kini, isteri ketua kampung juga sudah pergi menemui sang penciptanya tiga tahun yang lalu. Mereka tidak pernah bertanya kepada Tok Nah tentang keluarga kandung Haura kerana mereka yakin ibu bapa Haura akan kembali.

"InsyaAllah, sampai satu masa Allah akan mudahkan urusan kita. Dah jom teman abang makan. Dah berkeroncong perut ni ha tunggu awak." Ucap Encik Fuad lalu menuju ke dapur. Puan Laila mengekori dari belakang.

"Ila, mana anak kita. Senyap je dari tadi. Tidur ke?"

Soal Encik Fuad apabila dia teringat sesuatu. Sunyi betul rumahnya pada hari ini. Selalu rumahnya itu bising dengan kepetahan anaknya bercakap dan ada sahaja yang akan diceritakan. Wajah Encik Fuad, direnung tajam oleh Puan Laila. Dia yang sedang membuka tudung saji mengelengkan kepala.

"Abang ni lupa ke? Anak awak kan sekolah. Tengahari nanti baru balik." Ucap Puan Laila lalu mencedokkan bihun goreng ke dalam pinggan. Encik Fuad pula tersengih sambil mengurut pelipis. Sejak ada anak ini, semua perkara dia lupa tetapi tidak pada anak daranya nan satu itu. Anak penyeri hidup dia dan isterinya. Mereka menatang Haura bagai minyak yang penuh. Walaupun mereka hidup susah, namun mereka kaya dengan kasih sayang.... Dalam hatinya berharap agar anak itu kekal bersama mereka hingga dia menutup mata.

 Dalam hatinya berharap agar anak itu kekal bersama mereka hingga dia menutup mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.











Takdir TERCIPTAWhere stories live. Discover now