"Kakak, I'm back!" Dayana melempar beg bajunya kedalam rumah. Dia sudah berat mengangkat beg dari stesen bas jadi dia sudah tidak mahu ada sebarang hubungan dengan beg lagi!
"Kakak?" Dayana melilau kiri dan kanan. Senyum dia melihat kakaknya di ruanh tamu namun dia berkerut. Delilah sedang menangis diatas sofa. "Kakak? Kakak, okey tak? Kak!" Dayana berlari kearah Delilah. Lengannya digenggam erat dan Delilah menunjuk kearah TV depan dia.
Delilah letakkan jari telunjuknya di mata kemudian disorong ke bawah. 'sedih.' Katanya dalam bahasa isyarat. Dayana mengeluh. Dia ingatkan apalah. Tubuh Delilah dia peluk erat dan goyang kiri kanan. Dia betul-betul rindukan susuk tubuh gadis ini setelah sekian lama.
Sedar yang Dayana rindukannya, Delilah turut memeluk Dayana dan tersenyum. "Uuu rindu kakak..."
"Ah." Delilah tolak tubuh Dayana ke belakang. Dia ambil satu casing diatas meja lalu dibuka. Earing aid dia pakai di telinga untuk mendengar suara Dayana. 'Baru balik?'
'Yup!'
'Kenapa tak telefon kakak?'
'Dah! Kakak tak pakai hearing aid tu jadi kakak tak dengar telefon! Kenapa kakak tengok TV pun tak pakai benda ni eeei!' Dayana balas dengan isyarat tangan malah dicubit pipi tembam Delilah. Delilah ketawa. Bila dia ketawa, sejujurnya yang keluar hanya angin bukan suara sebab dia tak dengar. Dia tak tahu dia dah keluarkan suara untuk ketawa ke tidak.
'Ahh...maaf.' Delilah menggenggam tangannya dan gosok dadanya secara bulatan. 'Kakak ada benda nak cerita. Kakak nak bagitahu lama dah tapi kakak taknak ganggu kamu untuk final exam dia.'
'Apa dia?'
'Kakak dah ada girlfriend.'
(Muka Dayan sekarang)Dayana ternganga. Masalahnya dia ternganga sangat lama sehingga Delilah senget kepala. Delilah bangun, menggosok kepala Dayana namun Dayana macam dah hilang dari dunia nyata. Sementara Dayana ternganga dan kamu, Delilah tarik beg dia ke tangga dan kemudian duduk semula.
'Dah?' Tanya Delilah.
'Dengan siapa?! Kaya ke miskin?! Kerja apa, gaji berapa, hensem ke tak?! Akak jangan bagitahu saya akak dah takde dara!' Tubuh Delilah digoncangkan. Delilah tahu ini akan jadi. Dia tahu yang Dayana akan jadi sangat terkejut kerana Dayana jaga dia dari dia kecil walaupun Delilah lagi tua.
'Jangan risau. Kalini dia okey! Dia sangat prihatin tau? Kami tak pernah keluar dating lagi tapi haritu dia ajak dating hujung minggu ni. Akak bagitahu ni sebab akak tak pernah bercinta jadi akak nak tanyalah apa baju terbaik untuk first date? Hehe.' Tanpa bersalahnya Delilah tersengih macam kerang busuk. Mukanya benar-benar macam dilamun cinta.
'Kakak, kakak masih fikir nak cari baju? Ha? Kita ada krisis lagi teruk dekat sini!' Marah Dayana lalu berdiri. Dia mundar-mandir di ruang tamu. Kalau dia dapat boyfriend kakak dia ni...
Delilah tarik seluar Dayana. 'Bukan lelaki.'.
"Huh?"
'Perempuan. Akak bercinta dengan perempuan.'
Sekali lagi, Dayana ternganga. Memang dia betul-betul terkejut dengan berita gembira Delilah ni yang sepatutnya dia gembira. Tapi dia langsung tak gembira malah dia ternganga.
Delilah geleng kepala dan raup wajahnya. Adik dia ni memang macamni orangnya. 'Tolonglah kakak. Kakak takut ni. Nervous nak jumpa dia hujung minggu ni.'
'No, kakak tak boleh jumpa dia! Kakak tak boleh bercinta! Dia tu nak ambil kesempatan je!'
'Kakak janji dia baik, sumpah!'
'Pergi mampus dengan akak punya mati sebab saya tetap dengan pendirian saya yang akak takkan bercinta!'
'Dayana...' Delilah tarik tangan Dayana dan genggam erat. 'Kakak dah 24 Tahun. Please? Takkan nak tengok Dayana je kahwin. Kakak normal, please. Kakak hanya pekak, kakak bukan OKU. Tolonglah, kalini je. Bagi akak peluang bercinta. Please...' Rayu Delilah. Air matanya mengalir buat Dayana kasihan. Lagipun kakaknya sudah masuk umur boleh kahwin. Siapa dia untuk halang kebahagian kakak dia?
Delilah letak tangan Dayana di dahinya, merayu.
Dayana mendengus kasar. Dia duduk melutut di celah kangkang Delilah dan pegang lutut. Tangannya ditarik untuk melakukan bahasa isyarat. 'Okey. Dengan syarat saya ikut sekali masa date akak boleh?'
'Mestilah boleh!'
YOU ARE READING
A Sign Of Affection
RomanceDayana ada seorang kakak yang pekak. Dia balik dari universiti dan sedang menunggu tawaran bekerja namun dia dapat tahu yang kakaknya, Delilah ada kekasih perempuan. Sebagai adik, siapa tak risau? Delilah kata kekasihnya seorang yang dingin tapi ba...