"Alya!!!"
Alya yang sedang menyapu lantai rumah,terkejut mendengar jeritan suaminya.Tanpa menunggu lama dia berlari kearah tangga melihat ke atas.Mahu naik tapi takut.
"Alya kau naik sekarang!!!" Jerit Zyan lagi.
Alya terus naik ke atas setelah mendengar arahan daripada suaminya.Dia berdiri di depan pintu bilik suaminya sambil melihat wajah suaminya yang sedang menahan marah.
Zyan Rafael yang melihat kelibat isterinya tiba di biliknya terus mendapatkan tubuh kecil itu lalu di tarik dengan kasar sehingga tubuh kecil itu masuk kedalam biliknya.
"Aku suruh kau basuh baju aku kan?"Ujar Zyan dengan wajah tegang.Alya pula hanya mengangguk sambil mengusap perlahan lengannya yang di cengkam suaminya.
"Habistu apa kau buat dengan baju aku ni?!Kau sengaja buat aku marah ke!"Ujar Zyan lagi sambil melempar bajunya yang sudah bertukar warna itu,kewajah isterinya.
Manakala Alya pula melihat baju suaminya yang jatuh ke lantai bilik dengan tangan yang sudah bergetar tanda takut.
" Tuan...saya minta maaf,saya tak tahu baju tuan jadi macam ni.Saya minta maaf tuan,says janji nanti saya ganti."Balas Alya.
"Apa?kau ganti?hye sial kau ingat kau boleh beli ke baju aku tu?kau kerja bertahun-tahun pun belum tentu kau mampu belilah!Makan pun susah ni pulak nak ganti baju aku.Kau tahu tak baju aku ni susah nak dapat.Kau pergi rosakkan tu kenapa!dah takde mata nak tengok masa basuh?!"Jerkah Zyan pula.
"Saya tak sengaja tuan.Saya minta maaf."
"Maaf maaf je kau tahu.Kau ingat dengan maaf maaf kau tu boleh gantikan baju aku ke hah!"
"Saya betul-betul minta maaf tuan,tuan bagilah saya kerja apapun,saya sanggup buat asalkan tuan maafkan saya."Balas Alya lagi.
Zyan Rafael yang mendengar itu terus tersenyum sinis sebelum mengangguk.
"Kau sini."Alya tanpa banyak soal mengikut langkah suaminya menuju ke tingkat bawah.Sampai di tingkat bawah,dia dan suaminya mematikan langkah setelah mereka berdiri di depan pintu rumah suaminya.
"Kau kaluar rumah sekarang."Ucap Zyan dengan nada mendatar.
"Tuan nak suruh saya beli barang ke?"Balas Alya.
"Kau keluar dan jangan masuk sampai aku panggil.Kau tidurlah dekat luar tu."Tambah Zyan lagi sambil menolak kasar tubuh kecil isterinya sehingga tubuh kecil itu jatuh tersungkur di luar rumah.
Alya yang mendengar kata-kata suaminya cepat-cepat bangun dan menuju kepintu yang sudah tertutup rapat.Dia mula memanggil suaminya berharap suaminya berlembut hati.
"Tuan,saya minta maaf tuan saya takut duduk luar.Saya janji saya takkan buat silap lagi." Ujarnya dengan tangan kecilnya yang mengetuk pintu rumah suaminya.
Zyan Rafael pula terus naik ke biliknya tanpa menghiraukan jeritan isterinya yang berada di luar rumah.
Setelah hampir setengah jam Alya mengetuk pintu akhirnya dia berhenti dan mula bersandar di pintu rumah suaminya.
Dia melihat langit yang hitam tanpa bintang mahupun bulan.Hujan mula turun membasahi bumi menyebabkan tubuh kecilnya menggigil kesejukkan.Dia memeluk erat tubuhnya agar mendapat haba.Makin lama hujan pun semakin kuat,wajahnya juga sudah berubah pucat tanda dia sudah tidak tahan dengan sejuk.
Dia mula menangis tanda tidak tahan dengan kesejukkan.Dia merebahkan tubuhnya di depan pintu rumah suaminya dengan keadaaan memeluk tubuhnya sendiri.
"Ya Allah sejuknya....." Hanya itu yang keluar dari mulutnya sebelum matanya tertutup rapat.Dan pada akhirnya malam itu,dia tidur di temani dengan bunyi hujan serta petir yang sedang bergabung di atas langit.
Manakala Zyan Rafael pula tidur di biliknya dengan keadaan yang selesa tanpa menghiraukan isterinya yang sudah terlelap di luar rumah.
YOU ARE READING
Demi Bahagia Mu
Romance🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu adalah mereka,yang bersatu tanpa ada rasa cinta mahupun sayang. _Zyan Rafael "Perempuan bodoh! Kau...