Bab 3

3.5K 67 0
                                    

CARL Daffa berdiri mengadap ke luar jendela pejabatnya. Mata hazelnya merenung ke arah kesesakan jalan raya di tengah bandar Kuala Lumpur. Pada waktu begini sudah semestinya kenderaan akan memenuhi jalan raya di sekitar bandar. Masing-masing sibuk untuk keluar ada yang akan keluar bekerja dan ada yang menghantar anak ke sekolah. Mujur sahaja dia selalu datang awal ke pejabat untuk mengelakkan kesesakan jalan raya hampir pada setiap hari. Sesak hampir setiap masa lebih-lebih lagi pada waktu pagi semasa orang keluar bekerja, waktu orang ramai pulang dari bekerja dan pada hari cuti lebih-lebih lagi pada hari sabtu atau ahad. Pada waktu ini, sebolehnya dia mahu mengelakkan diri keluar dari rumah.

Namun, jika tidak mahu mengadap kesesakan jalan raya baik duduk di rumah. Tetapi rata-rata orang yang tinggal di sini sudah terbiasa akan kesesakan jalan raya. Kalau sesak pun tidaklah sampai berjam-jam lamanya. Sampai satu masa kenderaan di atas jalan raya akan berkurang.

Carl tersenyum manis. Dia baru sahaja menamatkan panggilan dengan Lisa, gadis kacukan Pakistan yang dikenalinya semalam. Dia yang pada masa itu menghadiri majlis makan malam di hotel di Serdang, secara tidak sengaja berlanggar dengan Lisa. Lisa merupakan seorang pengawai pemasaran di salah sebuah syarikat yamg terletak di Shah Alam. Gadis tinggi lampai dan mempunyai susuk tubuh yang agak seksi. Melihat Lisa boleh buat dia telan liur berkali-kali. Gadis itu terlalu mengoda. Malam ini dia akan menjemput Lisa untuk makan malam bersama. Dia berharap Lisa akan kekal sebagai teman wanitanya. Dapatlah dia memperkenalkan Lisa pada temannya di kelab malam dan jika mereka serasi dia akan perkenalkan kepada kedua ibu bapanya. Sudah banyak kali mamanya memaksa dia untuk menamatkan zaman bujang namun permintaan mamanya hanya dibiarkan sepi. Dia belum bertemu lagi dengan wanita yang boleh membuat hatinya terdetik.

Senyuman manis terukir di bibir Carl. Yakin Lisa akan jatuh ke dalam genggamannya. Arif yang baru tiba itu memerhati gelagat Carl dari pintu pejabat sahabat memerangkap majikannya. Dia yang baru muncul mahu mengajak temannya itu bersarapan. Gara-gara terlewat bangun pagi tadi, dia tidak mengambil sarapan pagi. Kini dia mahu Carl menemaninya dapat la dia ceritakan kepada Carl yang dia telah mengenali seorang lagi gadis cun. Melihat dari tingkah Carl, dia yakin sahabatnya itu ada mengenali seorang lagi gadis. Sudah berpuluh gadis berdampingan dengan Carl. Dari anak dara sehinggalah isteri orang. Semua mahu berkenalan dengan playboy idaman malaya ini. Namun citarasa Carl hanyalah pada yang cantik dan miliki tubuh yang seksi. Jika tiada ciri itu, seeloknya jauhi diri dari Carl Daffa kerana lelaki itu hanya memandang kecantikan luaran seseorang wanita.

"Seronok nampak?" Soal Arif dari luar. Langkah diatur lalu dia masuk dan duduk dia atas sofa. Carl hanya mendiamkan diri. Tidak membalas kata-kata Arif. Ada sahaja Arif mahu mengenakannya.

"Awek mana pula kali ni?"

"Mana kau tahu?"

"Aku kenal kau dah lama Carl. Tengok kau senyum pun aku tahu kau tengah angau."

Carl ketawa kecil. Arif boleh meneka hanya dari melihat gaya tubuhnya. Ini kerana Arif sudah lama mengenali akan dirinya. Mereka bersahabat baik sejak dari universiti lagi. Pertemuan pertama semasa hari pertama pendaftaran. Dan Arif pernah meminta tolong darinya mahu mencari kerja sementara memandangkan Arif datang dari golongan kurang berkemampuan. Arif bertanya kepadanya kerana Arif tahu Carl berasal dari Kuala Lumpur. Mesti Carl mengetahui selok belok ibu kota ini. Dari situ Arif mula bekerja sebagai tukang cuci di hotel milik keluarga Carl. Sejak itu, Arif sentiasa bersama ke mana sahaja Carl pergi. Carl juga selalu mengikut Arif pulang ke kampung halaman Arif di Perlis. Ibu bapa Arif juga sudah lama mengenali dirinya.

"Aku jumpa awek mix...."

"Wow... cun ke?"

"Tengok la siapa yang dapat. Ini Carl okay..." ujar Carl mendabik dada. Arif mencebik. Berlagak betul.

"Aku harap kali ini hubungan kau kekal hingga ke jinjang pelamin. Aamiin..." Arif mangaminkan doa.

"Weh... belum kenal lagi la."

"Ye aku doakan siap-siap. Mana tahu tahun ni rezeki aku dapat makan nasi minyak kau."

Carl terdiam. Hatinya berbolak balik. Pada usia 28 tahun, dia masih belum memikirkan soal rumah tangga. Dia masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Hidupnya kini hanya tertumpu pada kerjaya. Dan mahu menghabiskan masa menikmati hidup dengan berfoya-foya.

"No. I'm still young."

Arif berdiri mengadap sahabatnya itu. Wajah Carl ditatapnya. Carl yang pelik akan perbuatan Arif berundur sedikit. Dah kenapa mamat ni.

"Carl Daffa.... kau tu dah 28 tahun okay. Bukan 21 tahun. Kau kena ingat mama kau dah bagi warning dekat kau. This year, kalau kau tak settle down habislah riwayat playboy idaman melaya kau ni. Mama kau tu dah tak sabar nak bercucu."

Carl mendengus marah. Arif mengingatkan dirinya mengenai pesanan penaja dari Datin Rozi. Jika dia tidak menamatkan zaman bujang pada tahun ini, mamanya sendiri akan mencari calon isteri dari anak kenalan mamanya, Datin Rozi. Pernah dia berjumpa dengan beberapa orang anak kenalan mamanya itu. Tidak sesuai langsung untuk dijadikan isteri. Ada sesetengah darinya, sanggup menemani nya hingga ke atas katil. Walaupun Carl selalu bertukar pasangan sehingga ke hari ini dia tidak pernah tidur dengan mana-mana perempuan. Biarpun dia selalu sahaja digoda, dia masih mampu bertahan hingga ke saat ini meskipun yang datang mengoda itu seksi habis.

"I'm married when I'm ready, Arif. Fullstop!"

"Berani kau nak lawan cakap Datin Rozi? Aku berani kerat jari la Carl. Kau kan mama boy."

"Diam la kau!! Aku rasa kau pun dah patut kahwin tahun ni. Kita kan sebaya. Nanti aku cadangkan dekat ummi kau. Aku pun teringin juga nak makan nasi minyak." Tembak Carl.

Wajah Arif berubah. Itu lah bila kena dekat orang lain bukan main lagi dia membahan. Arif teringat pesanan umminya di kampung. Ummi juga mengingatkan dia supaya berkahwin. Umminya mahu dia berkahwin sebelum umminya menutup mata. Dia bukannya tidak mahu berkahwin, dia masih berjumpa calon yang sesuai.

Mencari seorang isteri bukannya mudah. Tambahan pula pada zaman sekarang, terlalu banyak berita yang muncul di kaca televisyen dan di dada akhbar. Berita mengenai permasalahan rumah tangga. Dia risau jika tidak mampu membahagiakan anak dara orang. Dia pun tidak lah sempurna mana. Dia perlukan gadis yang boleh membimbing nya ke jalan yang benar. Menunaikan perkara yang wajib seperti solat dan sebagainya. Dia sebagai seorang lelaki islam, adakalanya tersasar juga dari pegangan itu. Solat pun tidak cukup lima waktu. Dia mahu seorang gadis yang kuat pegangan agama dan baik keturunannya untuk membimbing dirinya ke arah yang lebih baik..... Dan dia juga berdoa agar dia dan Carl akan ditemukan dengan wanita yang memenuhi impian mereka berdua.













Takdir TERCIPTAWhere stories live. Discover now