Bab 6

3K 65 0
                                    

BUNYI muzik yang kuat berkumandang sedikit pun tidak mengganggu tumpuannya. Cahaya lampu yang berkerlipan memancar di sekeliling kelab malam di Venice Club yang terletak di tengah bandar. Wine yang dihidangkan diteguk rakus. Matanya tertumpu pada lelaki dan wanita yang asyik menari di atas pentas. Ada yang berpakaian seksi, ada yang hanya menutup yang penting sahaja. Dari yang muda sehingga yang sudah lanjut usia. Semua leka akan keasyikkan dunia. Rata-rata yang datang terdiri dari pelbagai jantina dan yang perempuan asyik menggoda si jejaka.

Carl sangat kecewa malam ini. Sepatutnya pada malam ini dia ada temujanji bersama dengan Lisa. Dia yang sudah segak bersiap itu kecewa apabila Lisa membatalkan temujanji mereka yang sepatutnya dijanjikan pada pukul 8.00 malam itu. Kata Lisa dia tidak sihat dan mahu berehat sahaja di rumah. Dia yang kecewa itu terus mengajak Arif datang ke sini. Dia menjemput Arif di rumah sewa sahabatnya. Arif kini sedang berseronok menari bersama dengan dua gadis yang baru dikenalinya di kelab. Arif berseronok menari tetapi dia pula melayan kesedihan bersendirian. Tadi Ray, pemilik Venice Club ada datang bertemu dengannya bertanyakan jika dia mahu ah moi sebagai peneman tetapi dia tolak lembut. Dia mahu bersendirian dan tidak mahu diganggu.

Sedang asyik melayan perasaan, matanya tertumpu pada seorang gadis tinggi lampai yang sangat seksi itu. Saat gadis itu berpusing dia terkedu. Bukankah Lisa ada mengatakan yang dia tidak sihat? Jadi boleh pula gadis itu berada di sini dengan seorang lelaki tinggi lampai. Carl tersenyum sinis. Dirinya bernasib baik kerana belum sempat mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Akan dipadam segala nombor dan gambar yang telah dikirim oleh Lisa kepadanya sebagai pengubat rindu. Bagi Carl perempuan semua sama sahaja.

Tanpa Carl sedari ada sepasang mata memandang ke arahnya sedari tadi. Wajah tampan itu selalu mencuri hatinya. Malam ini dia mengenakan dress seksi rona merah menyala. Dia beruntung kerana Carl ada di sini pada malam ini. Jika Carl memandang dirinya sudah pasti jejaka tampan itu akan tergoda dengannya. Dia akan cuba mengoda Carl supaya lelaki itu jatuh ke dalam pelukannya.

Perlahan langkah diatur menuju ke arah Carl yang sedang bersendirian di dalam bilik VVIP itu. Sekali sekala dia ada terserempak dengan lelaki itu di sini dekat bilik yang sama. Bilik yang menjadi pilihan Carl kerana bilik ini sangat luas dan jika berada di dalam Carl mampu melihat keseluruhan ruang kelab malam.

Kepala Carl bersandar ke sofa. Cuba bertenang dengan memejamkan mata. Namun satu sentuhan manja singgah di bahu nya. Serentak matanya terbuka luas. Dia sudah maklumkan kepada Ray yang dia tidak mahu diganggu. Lantas dia mengangkat kepala mahu melihat wajah yang mengganggunya itu. Keluhan berat dilepaskan.  Bala sudah datang.... adunya dalam hati.

"What do you want Hayfa?" Marah Carl. Wajah Carl dibelai dengan jemarinya. Hayfa tersenyum lalu duduk di sisi Carl.

Carl membuang pandang ke sisi. Tidak mahu memandang gadis itu. Terlalu seksi dan mengoda dan rasanya dia yakin dia tidak akan tergoda dengan gadis itu untuk kali kedua.

"Sombong betul you sekarang ni? You dah lupakan I ke Carl?" Ucap Hayfa.

Dahulu dia pernah dipeluk oleh lengan sasa itu. Itupun cuma seketika. Dia terkantoi dengan Carl yang pada waktu itu cuba untuk berkawan atau dalam erti kata lain cuba meraih cinta darinya. Sangkanya ketika itu Carl berada di luar kawasan kerana Carl ada memaklumkan padanya yang lelaki itu akan ke Dubai. Sangkanya Carl di Dubai lalu dia memilih untuk bersama dengan lelaki lain namun terkantoi. Kini dia betul-betul menyesal. Jika dia setia sudah pasti pada saat ini cinta Carl hanya untuk dirinya seorang.

"Please Hayfa... just leave!"

"Carl I minta maaf please tolong terima I semula. I janji I akan setia dengan you." Hayfa cuba memujuk.

Huh.... mahu setia dengan dia? Hayfa ingat dia buta? Sudah berapa puluh lelaki yang sudah memeluk tubuh langsing itu? Sudah beberapa kali dia terserempak dengan Hayfa masuk ke dalam hotel dengan lelaki yang berlainan? Dia bukanlah lelaki yang begitu sempurna tetapi dia memerlukan wanita yang sempurna untuk menjadi isterinya. Wanita yang suci dan bebas dari dosa dan noda. Kerana itu sehingga kini dia tidak pernah tidur dengan mana-mana perempuan.

"Habis mana pergi semua jantan yang selalu tumpang you ke hotel?" Soalan Carl membuatkan wajah Hayfa berubah.

"You think I don't know? I bukan bodoh Hayfa."

"Carl, you tahukan media always ceritakan benda yang tak betul. You jangan percayakan dia orang. I bukan macam tu...." sayu kedengaran suara Hayfa.

"Hayfa, I tak perlukan media untuk mengetahui cerita pasal you. I sendiri pernah terserempak dengan you dengan Datuk Eric. Itu belum lagi Tan Sri dan lelaki lain yang usung you..."

Hayfa terdiam. Dia sudah tidak tahu lagi apa yang perlu diperkatakan. Setiap bait kata Carl ada betulnya. Ya dia ada masuk ke hotel dengan Datuk Eric seminggu yang lalu.

"Kalau you nak I boleh senaraikan kesemua lelaki yang pernah mendampingi you. Itu belum termasuk yang pernah you usung masuk hotel. Atau you nak I bagitahu Puan Sri Melly tentang hubungan you dengan suami dia?"

Wajah Hayfa pucat. Jika Puan Sri Melly tahu dia mempunyai hubungan dengan suaminya mati dia dikerjakan. Dia pernah mendengar tentang wanita yang pernah menjalinkan hubungan sulit dengan suami Puan Sri Melly, wanita itu telah diserang dan dibelasah hingga koma.

"How do you know Carl?"

"You lupa yang I pemilik hotel yang selalu you pergi untuk memadu kasih dengan kekasih gelap you!"

Hayfa lantas bangun mahu meninggalkan Carl. Dia sudah tidak sanggup berada di situ. Semakin lama dia berada bersama Carl semakin banyak yang terluah oleh bibir lelaki itu. Sangkanya dia sudah menyimpan rapi kesemua aktiviti hariannya. Selepas ini dia akan menukar arah dengan memilih hotel yang lain. Dan dia akan berhati-hati dengan Puan Sri Melly. Sebelum kaki Hayfa melangkah pergi, sempat telinganya menangkap kata-kata yang terluah dari bibir Carl.

"Hayfa, it's enough. Cukup lah dengan aktiviti you selama ini. Banyak lagi lelaki lain yang boleh you pilih. Yang masih bujang dan tampan. I tak nak you menyesal nanti."

Hayfa terus berlalu. Kata-kata Carl ibarat di angin lalu. Carl mengeluh. Wajahnya diraup beberapa kali. Dia sayangkan Hayfa sebagai seorang abang. Dia tidak mahu Hayfa tersasar jauh. Gadis itu masih muda. Masih jauh perjalanan hidup yang perlu ditempuhi. Melihat Hayfa tiba-tiba dia teringat akan adiknya yang kini berada di Perancis, Caira Dhiya yang menyambung pengajian dalam bidang perundangan. Adiknya itu mengikut jejak langkah ibu mereka Datin Rozi. Dan bakal bergelar peguam tidak lama lagi......


 Dan bakal bergelar peguam tidak lama lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




Sudut Ilmu :

- SYARIAT Islam dengan tegas menegah dan mengharamkan perbuatan minum arak yang memabukkan kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan. PENGHARAMAN arak semenjak sekian lama diketahui umum dalam kalangan masyarakat Islam.











Takdir TERCIPTAWhere stories live. Discover now