ERIQSYA 15

9.3K 430 10
                                        

Hari ini sudah genap 2 bulan Puteri Hasya menjadi seorang cashier di sebuah pasaraya mini yang terletak di pekan. Sepanjang dia bekerja di situ, banyak benda baru yang dipelajari termasuk lah mengira stock barang dan menguruskan kewangan.

Memandangkan dia seorang pelajar aliran akaun, jadi dia sudah mengetahui serba sedikit aliran keluar masuk wang tunai. Tidak berasa kekok dalam mengendalikan mesin wang serta dia sangat peramah dengan pelanggan yang mengunjungi pasaraya tersebut.

Aina pula bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai pakaian yang terletak di pekan. Tempat kerjanya tidaklah jauh dengan Hasya cuma yang membezakan adalah waktu bekerja masing masing.

Alasan mereka bekerja cuma dua, ingin mencuba benda baru dan menyimpan wang untuk menyambung pelajaran. Mereka tekad untuk menyambung pelajaran tidak kesah dimana sahaja janji  dapat.

"Semuanya 34.50 puan" kata Hasya.

Wanita tersebut menghulurkan kepingan wang bernilai 50 kepadanya. Dia menyambut huluran tersebut.

"Ni bakinya, terima kasih datang lagi" dia menunduk sedikit tanda hormat. Wanita itu hanya mengangguk.

"Cantiknya dia ma. Manis saja bila senyum." kata anak lelaki wanita tersebut apabila ibunya sudah memasuki kereta.

"Jangan macam macam anak dara orang tu" balas wanita tersebut.





""Assalamualaikum awak" sapa Hasya lalu merebahkan badan di atas katil setelah mendirikan solat isyak.

"Waalaikumusalam princess, how was your day today hm?" pertanyaan Eriq mengundang senyuman dibibir nipis Hasya.

Itulah pertanyaan setiap kali mereka membuat panggilan.

Walaupun mereka jarang berhubung sebegitu tetapi Eriq tidak pernah terlepas daripada memberitahu Hasya setiap aktiviti hariannya cuma lambat atau cepat sahaja. Sudah janji bukan.

"Great. Cuma hari ini saya penat sikit sebab ramai customer biasalah hari minggu kan. Awak pula macam mana, okay ke dekat sana?" giliran dia pula bertanya.

"Hm rindu..." suaranya meleret manja.

"Rindu siapa?" tanya Hasya polos.

"Rindu kau lah gila, siapa lagi aku nak rindu. Tangan dah laju mengira otak pula lembab" sembur Eriq.

"Tapi saya tak rindu awak" saja dia menyakat

"Kau tak rindu aku? Habis semalam hantar gambar sunset kat aku tu apa? Pastu caption, saya rindu awak, kan best dapat tengok sunset sama sama macam dulu" balas Eriq

Hasya sudah ketawa mendengar leteran Eriq.

"Awak tak jawab lagi soalan saya, awak okay ke dekat sana? How was your life so far, everything great?" dia mengajukan lagi soalan yang sama.

"So far so good. But if you here it would be so so so good hm... Kenapa lah daddy nak aku belajar dekat sini. Actually, aku tak kesah belajar kat mana mana tapi terlalu cepat tau tak. Habis SPM terus belajar tahulah kawan dia pemilik universiti ni tapi jangan lah dera anak sendiri. Eyy taksuka lah kita macam ni" panjang lebar dia mengadu. Hasya hanya ketawa di dalam talian

"Kau ketawa apa, aku tengah protes ni kau boleh gelak pula bantai kau karang" bentaknya.

"Comel lah awak marah marah macam ni hahaha"

"Sya... kau masih pegang pada janji kita kan" duganya.

"Ye Eriq saya masih ingat janji kita. Jika awak berjanji untuk tidak melangkah pergi, saya pula akan berjanji untuk sentiasa ada dengan awak tak kira di mana dan bila. Awak?" duganya pula.

Kau Aku Kita [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang