AYUNINA hanya memandang figura yang berdiri tidak jauh daripadanya dengan pandangan mata yang tajam. Rahangnya bergerak-gerak. Entah berapa kali perempuan itu sudah 'dibunuh' dalam fikirannya. Kalau diri dia tidak dipegang ketika ini, pasti sudah hancur muka perempuan itu dia kerjakan.
"Hoi perempuan kau nak buat apa! Kau jangan berani nak sentuh dia. Tak guna punya perempuan. Kau jangan dekat dengan dia! Kau dengar tak! Ish, lepaslah!" Ayunina mula menjerit lantang apabila melihat perempuan itu sudah memegang sebilah pisau lipat. Dia dapat mengagak apa tindakan perempuan itu seterusnya. Yang pasti, perkara itu bukan benda yang baik.
Perempuan itu hanya tersenyum sinis. Langsung tidak melayan jeritan Ayunina dan tangannya kini mencengkam dagu lelaki yang separuh sedar itu.
"Tak dinafikan, kau ni hensem juga kan? Tapi sayang... kau dan Ayunina sama saja bodoh. Bodoh sebab kau pilih dia berbanding aku. Kau memang tak nampak aku kan selama ni?" Wajah perempuan itu yang terhias dengan senyuman menggoda tadi kini mula bertukar serius. Tiada secalit senyuman pun. Hanya muka penuh dendam yang dapat dilihat.
Pisau lipat tadi dibenamkan pada lengan lelaki itu. Lelaki itu kelihatan mengerang menahan kesakitan. Namun tiada jeritan mahupun rayuan agar perbuatan itu dihentikan. Dia hanya merelakan.
"Jangan... tolong jangan..." kata Ayunina perlahan sambil menunduk. Suara esakan halus sudah kedengaran. Dia tak sanggup melihat kekejaman itu berlaku di depan matanya.
"Jangan apa? Kuat sikit, aku tak dengar," ejek perempuan itu. Suara tangisan Ayunina yang dia dambakan sejak dulu. Kesakitan, seksaan dan rasa tidak senang semuanya dia mahu campak pada Ayunina. Dia masih belum puas.
"Jangan berhenti."Ayunina mengangkat wajahnya dengan senyuman sinis.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚
RomanceLima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri dengan cuba mengingati masa lampau. Bagi Ayunina, setiap kenangan pasti akan kembali semula pada wak...