ARIF mengetuk pintu bilik pejabat milik Carl. Meskipun Carl adalah sahabat baiknya, hubungan antara majikan dan pekerja juga dia terapkan di dalam hati. Tidak mahu masuk sesuka hati. Tetapi jika Carl ada membuat salah dia akan terus menghentam sahabatnya itu. Lagi-lagi jika melibatkan perempuan!
"Masuk." Ucap Carl lalu mengangkat kepala.
Melihat Arif di muka pintu dia menyambung semula kerja. Ingat siapa lah tadi. Dia sedang menanti wakil dari Jazz Construction untuk membincangkan mengenai projek terbaru yang bakal diadakan di Kuala Selangor. Arif melangkah masuk dan duduk di hadapan Carl. Dia ke sini setelah setiausahanya Myza memaklumkan bahawa Carl mahu berjumpa dengannya. Dia juga baru pulang dari melihat tapak projek di Kuala Selangor yang bakal dijalankan hujung bulan ini.
"Kau nak jumpa aku ke Carl?"
"Macam mana dengan projek tu?" Soal Carl. Dia mahu mengetahui status mengenai projek di sana. Dia menghantar Arif kerana dia sibuk mahu meneliti fail projek tersebut. Mahu memastikan semuanya berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah tadi aku tengok wakil dari Jazz Construction ada berbincang dengan KCC Holding tentang projek saliran di sana. Aku rasa kita kena pastikan sistem saliran air sempurna. Kalau tak aku takut bila hujan risau air naik pulak." Arif menyuarakan pendapat. Baginya jika sistem saliran tidak betul mahu banjir kawasan tersebut. Kerana di sana banyak kawasan sawah padi dan tanah juga mendap.
"Kalau macam tu kau dah berbincang dengan wakil dari KCC Holdings?" Soal Carl. Jika itu yang Arif rasa mereka patut melakukan sistem saliran yang betul. Dia tidak mahu mereka berdepan dengan masalah pada masa hadapan.
"Dah Carl. Nanti kalau ada apa-apa masalah mereka akan berhubung terus dengan kau."
"Oo okay. Jom teman aku lunch. Dah kebulur aku ni." Ajak Carl lalu menutup laptop miliknya. Setelah Carl berpesan pada Sherry, mereka berjalan beriringan menuju ke lif. Arif melihat jam di tangan sudah pukul 3.00 petang. Lewat betul Carl makan.
"Er... tadi kau tak makan ke?" Soal Arif lalu melangkah masuk ke dalam lif.
"Tak ada orang nak temankan aku tadi."
"Aik... mana pergi awek kau yang keliling pinggang tu? Semua dah hilang ke?"
"Malas la aku. Asal jumpa je ajak kahwin."
"Tu la lain kali cari yang betul-betul boleh dibuat bini. Ini aku tengok yang kau cari semua yang boleh dibuat stok geli-geli. Buat apa!"
"Kau perli aku ke?"
"Aku cakap benda betul Encik Carl..."
Carl terdiam. Ada betul juga kata-kata Arif. Dia kini perlu mencari pasangan hidup. Pada usia 28 tahun dia masih mencari. Tetapi belum berjumpa dengan wanita yang sesuai. Kesemua wanita yang mendampinginya hanya memandang pada wang ringgit. Dia mahu mencari wanita yang dapat menerima dirinya dan mencintainya dengan sepenuh hati. Berkahwin bukannya untuk sehari!
///////////////////////////
Teratak Harmoni yang terletak di kawasan elit itu dihiasi dengan lampu yang unik kelihatan terang benderang. Pada waktu malam teratak ini akan menjadi tumpuan mata yang memandang hanya kerana kawasan yang dipenuhi dengan bunga-bunga segar yang ditanam di sekeliling rumah. Pokok-pokok bonsai juga turut menghiasi halaman teratak mewah milik Datuk Mahmud dan Datin Rozi. Nama harmoni dipilih kerana Datuk Mahmud mahukan suasana harmoni di dalam rumahnya. Dia mahu semua penghuni bersama menjaga keharmonian keluarga.
Kelihatan Datuk Mahmud dan Datin Rozi sedang duduk bersantai di luar rumah. Datuk Mahmud sedang duduk di atas kerusi memerhati ikan peliharaannya. Kolam sederhana besar itu telah dibuat untuk mencantikkan lagi halaman rumah mereka. Di dalam kolam tersebut terdapat beberapa ikan arowana yang telah ditempah khas olehnya. Ikan sederhana besar yang selalu menjadi tarikan tetamu yang datang ke sini. Terdapat juga kolam kecil yang menempatkan beberapa ekor ikan kecil. Di hujung rumah, Datuk Mahmud dirikan sebuah taman mini. Terdapat sebuah buaian kayu yang diletakkan di situ bersama beberapa hiasan kerusi kayu jati. Di sekeliling taman pula terdapat bunga ros, tulip dan lili ditanam sendiri oleh Datin Rozi. Isterinya sangat gemar bercucuk tanam.
Di belakang rumah telah dikhaskan untuk Datin Rozi menanam sayuran dan buahan. Beberapa jenis sayur ditanam bersama ulam-ulaman. Pasangan suami isteri itu sangat meminati ulaman dan juga masakan kampung. Terdapat juga pokok buah mata kucing dan pokok mangga. Datuk Mahmud hanya membenarkan Datin Rozi menanam pokok kecil sahaja. Bimbang jika ditanam pokok besar susah pula mahu dijaga.
"Bang, mana anak teruna abang tu. Ni mesti pergi dating lagi. Apa nak jadi dengan Carl ni. Suruh cari bini tak nak." Datin Rozi mula membebel.
"Awak macam tak tahu anak kesayangan awak tu. Time macam ni mesti pergi club. Apa nak jadi pun abang tak tahu. Hish.." ujar Datuk Mahmud.
Sudah banyak kali dia disoal oleh rakan perniagaan mengenai Carl yang suka menghabiskan masa di kelab malam. Dan sudah berbuih mulutnya menasihati anak sulungnya itu namun sikit pun tidak diendahkan Carl. Kata Carl dia hanya duduk dan berbual dan bukan dia buat benda jahat. Mendengar itu Datuk Mahmud hanya terdiam. Jika mahu bersembang datang aje ke rumahnya. Ruang luas sembang la puas-puas. Tak pun pergi ke warung atau kedai mamak. Ini tempat maksiat itu juga yang dijadikan pilihan.
"Itulah bang. Saya rasa elok kita kahwin aje si Carl ni. Biar dia tahu erti tanggungjawab."
"Bernas juga idea isteri abang ni. Tapi Zi dah ada calon ke?"
"Saya ingat nak risik anak Puan Sri Zahra tu, si Bella. Apa pendapat abang?"
"Bella??? Ish tak mahu la abang. Bukan main seksa abang tengok si Bella tu. Baju macam tak cukup kain tak nak la abang."
Datin Rozi memandang suaminya. Suaminya beria menolak macam dia pulak yang nak kahwin. Tetapi ada betul juga cakap Datuk Mahmud. Bella itu memang sangat seksi.
"Anak Datin Tina pulak okay tak?"
Anak Datin Tina... Insyirah tu. Hmmm...
"Abang tak berkenan pula Zi. Lagipun abang rasa si Insyirah tu sekarang tengah hangat bercinta dengan pelakon popular tu. Aduh abang lupa pulak nama dia."
Datuk Mahmud ini boleh tahan juga ye. Semua pasal artis pun dia tahu. Gumam hati Datin Rozi.
"Tak apalah bang. Kita bagi Carl masa sampai hujung tahun ni. Kalau dia tak kahwin juga Zi sendiri akan cari calon untuk dia."
Tekad Datin Rozi. Tinggal lagi enam bulan sahaja masa yang dia berikan untuk Carl Daffa.....
YOU ARE READING
Takdir TERCIPTA
Любовные романы( 2nd story ) Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah apa yang kau buat dekat a...