Prolog

18 1 0
                                    

Ex-Machines unit 35 angkatan udara lautan Pasifik siap bertempur. Gerbang bebas dibuka, pintu kekebalan dibuka, bersiap sedia untuk menjunam. Koordinator arah utara tinjauan lautan biru. Keadaan selamat. Ancaman tiada. Menjunam dalam tiga dua satu...

Sut tempur merah berada di udara terbentang luas di lautan. Kapal terbang meninggalkan asap putih membiarkan mesin bergerak mencari arah. Paparan hijau pada skrin monitornya mengesan sesuatu di setiap sudut pulau di hadapan. Bib berbunyi dan dia menuju ke sana.

"Sudah jumpa!"

Mesin itu mendarat di pesisiran pantai. Dia meninjau seluruh pulau dan mengamati pohon-pohon dan hutan di depannya. Lalu mematikan pengimbas dan menghubungi pengkalan.

"Di sini unit 35, Natalie menghubungi markas utama. Sila beri maklum balas."

"Markas utama dalam talian. Apa yang kamu jumpa Natalie?"

"Sebuah pulau yang dikatakan ditinggalkan telah dijumpai."

"Bagus sekali Natalie. Kami mahu kamu untuk masuk ke dalam dan cari sesuatu yang berwarna biru bersinar. Kami mengharapkan kamu."

"Baiklah..."

Natalie mematikan radio jarak jauh dan segera memasuki hutan. Pohon yang ada cukup tebal dengan semak samun di merata tempat memberikan mesin kecil itu kesusahan buat berjalan. Namun berkat pedang besi yang dikeluarkannya mampu memberikan pertolongan padanya.

Hutan semakin tebal apabila dia berada di tengah pulau. Dia tidak dapat melihat seakan-akan kabus menutup matanya. Di tengah fikirannya dia berfikir untuk terbang dan tinjau dari udara namun itu memberikan energy yang banyak kepada dirinya.

Mesin itu terus berjalan dan pada akhirnya dia tersadung jatuh dan tergelincir ke juram. Dia berdiri memeriksa seluruh tubuh. Apabila dia menyedari tiada kerosakan dia memberikan tanda lega.

Mesin itu berdiri dan melihat sekeliling. Sebaik sahaja dia berhenti, dia perasan sesuatu.

"Disini unit 35, saya mendapati sesuatu di luar jangka mengimbas seluruh kawasan."

"Sesuatu yang kamu tidak jangka?"

"Ya, terdapat makhluk hidup yang sedang bergerak bebas di hutan ini. Patut ke saya tembak?"

"Sebelum itu boleh kamu berikan gambar pada kami?"

"Baiklah..."

Gambar dimuat naik ke markas mereka. Tangan Natalie mengangkat mengeluarkan senjata meriam untuk melindungi. Seluruh pandangannya fokus pada pergerakan itu. Apabila bunyi ranting meningkatkan tinggi Natalie berada di tahap berjaga-jaga yang tinggi. Hutan di hadapan memberikan seribu ketakutan.

"Jangan dekat!!"

"Natalie nanti dulu!"

Letupan deras menghancurkan hutan gelap. Disitu terlihat kemusnahan yang melampaui. Bunyinya juga kuat. Markas menghubungi Natalie kembali.

"Dia adalah manusia... Natalie kamu dengar?"

Panggilan itu tidak dijawab Natalie. Raut wajah yang ketakutan tadi sekarang sudah diganti dengan perasaan bersalah. Kemusnahan yang dilakukan membuatkan darah merah bertembung dengan tanah hitam.

Mesin itu walaupun tidak memiliki perasaan dia juga mengerti tentang emosi. Android serba canggih di era sekarang. Cukup pintar dengan data yang dikurniakan. Namun tidak sempurna. Dia terpaku kerana sistem yang ditetapkan telah dilanggar.

Akibat dari itu Natalie...



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 28 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ex-Machines PertempuranWhere stories live. Discover now