Bab 11

2.8K 55 0
                                    

"Haura...."

Laung Kak Zah dari kaunter. Haura yang ingin ke bilik housekeeping itu terus berpatah balik dan  menuju ke kaunter. Kelihatan Kak Zah sudah berkerut-kerut dahi seperti menahan sesuatu.

"Kenapa kak?" Soal Haura.

"Tolong akak kejap jaga kaunter. Akak nak ke tandas. Akak sakit perut ni."

"Mana Nina kak?"

"Dia pergi solat isyak kejap."

"Tapi kak Haura mana tahu...." belum sempat dia habiskan ayat Kak Zah sudah hilang dari pandangan. Dia duduk di atas kerusi yang disediakan di situ. Baru beberapa saat dia sudah mula berasa bosan. Lalu diambilnya kain di dalam troli miliknya. Dilap segala yang ada di atas meja kaunter termasuk pasu bunga dan pokok hiasan. Disusun semula kesemua barang yang ada di atas meja. Pen diletakkan kembali ke tempat asal dan kad kunci disusun rapi. Selesai semua itu dia kembali duduk di kerusi. Aduh... bosannya. Macam mana lah Kak Zah boleh duduk disini sepanjang malam tanpa berbuat apa-apa. Rasanya dia tidak sesuai untuk bekerja di kaunter pendaftaran. Dia pula lebih gemar berjalan ke sana sini. Tidak lah mengantuk nanti.

Pukul 11.00 malam, Carl masuk ke perkarangan tempat letak kereta di Chalet Buluh Inn. Dia baru sahaja sampai ke sini. Lebih enam jam dia berada di atas jalan raya. Ini semua gara-gara kemalangan yang melibatkan sebuah treler yang menghalang jalan. Kerana itu dia terpaksa berhenti berehat di RNR yang berdekatan. Selepas segalanya selesai dia meneruskan pemanduan dan kini dia sudah tiba di tempat yang ditujui. Saat ini dia hanya mahu berehat dan tidur memandangkan pagi tadi dia bangun awal dan sibuk menguruskan projek di Selangor.

Carl memarkir kereta nya di ruang yang telah disediakan. Beg luggage sederhana besar itu dibawa bersama. Selesai mengunci kereta dia terus masuk dan menuju ke kaunter chalet. Dari jauh dia melihat seorang gadis yang sedang asyik mengelap dan mengemas. Dia yakin semua orang tahu dia akan ke sini tetapi tidak perlu lah sampai melakukan kerja pembersihan tanpa henti. Dia bukan lah seorang yang terlalu cerewet sampai begitu sekali. Tapi cerewetkah dia? Arif ada mengatakan dia seorang yang sangat cerewet. Setiap benda perlu disusun dengan baik.

"Hai...." sapanya kepada staf itu. Hendak memberi salam dia risau jika yang berada di hadapannya ini bukan seorang muslim melihat dari warna rambut dan kulit pada tangan itu dia rasa gadis ini orang luar. Berkulit putih dan berambut perang.

Haura terkedu. Ada seseorang yang datang menyapa dari belakang. Lantas dia berpusing ingin melihat gerangan orang yang tiba-tiba muncul.

"Owh.... hai sir. May I help you?" Ujar Haura. Senyuman manis dihadiahkan buat lelaki itu. Sekali pandang macam mat salleh pun ada mamat ni.

Saat mata Carl melihat anak mata milik gadis itu dia terkesima. Mata coklat hazel itu sangat memukau. Sangat cantik pada pandangan matanya. Separuh dari wajah itu ditutup mengunakan mask. Untuk apa memakai mask malam-malam begini pun Carl tidak pasti.

"Sir..." panggil Haura berangan pulak mamat salleh ni.

"Sir!!" Suara dikuatkan. Lelaki itu ralit menilik wajahnya. Mujur sahaja dia memakai mask. Jika tidak mesti tetamu ini nampak dia sedang membebel.

"Oh sorry. Room 101 please."

101? Bukankah bilik itu sudah ditempah khas untuk anak Datuk Mahmud yang akan datang esok pagi?

"I'm sorry sir. Room 101 is under reservation. If you dont mind you can choose another room. You can choose here sir." Terang Haura. Pamplet yang berada di atas kaunter dia letakkan di hadapan mamat salleh ni. Biar lelaki itu pilih bilik yang masih kosong.

"No miss my room is 101."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



"Ish mamat ni. Pilih la bilik lain." Gumam Haura.

"Sorry?"

"Sorry sir, we had to lock room 101 for our special guest. Kindly choose another room sir. We will give our special room for you if you want." Carl memandang gadis itu. Dia sudah penat melayan. Dia mahu tidur.

"I want room 101 now!!!" Sergah Carl dia sudah tahan sabar. Wajah gadis di hadapannya direnung tajam. Sudahlah dia letih gadis ini buat perangai pulak.

"Ala.... mana Kak Zah ni...." Haura memandang ke arah tandas berdoa agar Kak Zah cepat datang. Dia sudah tidak sanggup berdepan dengan mat salleh ni. Sudah tergeliat lidahnya berbahasa inggeris.

"You can speak Malay?"

"Of course sir, Saya orang melayu." Marah Haura. Dia melayu tulen walaupun wajahnya tidak.

Carl mendengus geram. Dia ingat bukan orang melayu.

"Kalau macam tu I nak kunci bilik 101. Sekarang!"

"Encik, bilik tu sudah ditempah. Dah berapa kali saya cakap dekat Encik. Encik boleh pilih bilik lain kalau Encik nak." Kalau tak faham bahasa jugak dia tak tahu la. Wajah Carl sudah merah padam, sudah lah penat memandu belum hilang. Ditambah pula dengan kerenah gadis ini.

"Haura. Kenapa ni?" Kak Zah muncul dari tandas. Dia ada mendengar nada suara Haura yang sedikit meninggi. Cepat-cepat dia datang ke sini.

"Encik ni kak. Saya suruh pilih bilik lain dia tak nak. Lepas tu nak marah-marah saya pulak." Bisik Haura menunjuk ke arah mat salleh itu. Saat mata Kak Zah melihat wajah itu, terus dia terkejut. Pantas dia melangkah menghampiri mat salleh Haura.

"Encik Carl bila sampai? Jemput duduk dulu."

"I want my key now!" Marah Carl.

"Encik Carl? Carl Daffa???" Haura menyebut sebaris nama itu. Saat itu dia rasa berdebar. Mata Carl merenung tajam ke arahnya. Tubuhnya sudah mengigil. Jadi inilah anak lelaki Datuk Mahmud tu. Habis lah kau Haura. Kenapa dia tidak kenal wajah lelaki ini?

"Yes!"

"Encik Carl, ini kuncinya. Maaf sebab lama menunggu." Kad kunci diserahkan dan dirampas kasar oleh Carl. Dia benar-benar marah. Matanya masih merenung ke arah gadis itu. See you soon!

Kak Zah menoleh ke arah Haura. Wajah pucat itu dipandangnya. Salah dia juga tinggalkan Haura bersendirian. Haura bukan kenal Carl. Dan kemana pula Nina sehingga kini belum munculkan diri. Lama betul Nina solat.

"Kak... habis lah saya kak. Nanti mesti dia pecat saya." Haura terduduk di sofa mengenangkan nasibnya. Dia tahu Carl merenung tajam ke arahnya. Sudah la dia suka bekerja di sini.

"Apa yang kamu dah buat tadi?" Soal Kak Zah dia juga mahu tahu apa yang berlaku. Dia perasan akan renungan amaran Carl terhadap Haura.

"Tadi dia datang minta kunci 101. Saya cakaplah dah ada orang booking. Bila saya suruh dia pilih bilik lain dia taknak. Lagipun saya mana kenal dia kak. Ini first time saya jumpa dia." Lain kali pihak pengurusan edar saja wajah siapa yang hendak datang ke sini. Kan senang. Masuk saja ke sini semua staf chalet dah kenal. Dia pun senang hati.

Betul juga cakap Haura. Haura baru sahaja kerja di sini. Mereka yang sudah lama bekerja pun hanya melihat wajah Carl di dalam majalah atau di media sosial. Carl tidak pernah datang ke sini.
Yang mereka kenal Datuk Mahmud dan Datin Rozi.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Takdir TERCIPTAWhere stories live. Discover now