Usai peperiksaan akhir semester tamat, Hawa memutuskan untuk balik ke kampung nenek saudaranya di Kelantan. Sementara menunggu keputusan keluar, lebih baik dia melepaskan stress di kampung. Penuh dengan alam semulajadi.
Orang panggil healing. Ye dok?.
Hawa menaiki keretapi kerana dia tidak pernah ada pengalaman naik keretapi sebelumnya. Hanya ingin mencuba buat kali pertama.
Keizinan Ayahnya sudah dia pinta sebelum bertolak ke Kelantan. Ayahnya mengizinkannya pulang ke kampung buat beberapa hari.
Kaki kanan naik ke tangga yang khusus untuk masuk ke keretapi. Nasib dia memakai kain diluar dan seluar palazo didalam. Memudahkan dirinya menjengkal tangga yang tinggi itu.
Berpusu-pusu manusia memasuki kenderaan itu. Tempat penumpang sudah dipenuhi dengan ramai orang. Mata melayarkan pandangan mencari tempat duduk yang ada.
Ada kekosongan tempat penumpang di hadapan sekali. Kira-kira selang 6 tempat penumpang daripadanya. Malangnya tempat duduk itu ada seorang lelaki yang memakai pelitup muka. Hawa menggeleng didalam hati. Tiada lelaki asing yang boleh dipercayai.
Aku sanggup berdiri! Yakin? Iya!
Seorang nenek tua mencuit lengan Hawa lalu berkata"Cu. Carilah tempat kosong, jangan menghalang laluan disini. Susah untuk turun nanti".
Hawa hanya mengangguk seraya tersenyum. Ada betul juga hm.
Dengan berat hati, Hawa melangkah duduk ditempat yang malang tadi.
Seorang lelaki duduk berseorangan di tempat duduk itu. Dia juga memakai earphone di telinga. Entah apa yang didengarkan pagi-pagi buta ni.
"Ada orang ke?"tanya Hawa kepada lelaki tersebut.
Lelaki itu langsung tidak berdegih. Tetap melayan irama lagu yang bermain di earphone.
Hawa menanyakan soalan yang sama lagi, kali ini suara dilantangkan sedikit."Ada orang ke disini?". Aku lekuk juga lelaki ni.
Lelaki itu langsung tidak memandang Hawa lalu kepala digeleng. Dah tahu, tanya lagi.
Hawa bingkas mendudukkan diri berhadapan lelaki itu.
Dengan rasa malu yang tinggi, Hawa mendaratkan kepala ke dinding besi kenderaan itu. Hawa melemparkan pandangan ke luar tingkap keretapi. Kepala didongak sedikit keatas. Tidak mahu berpandangan dengan ajnabi.
Langit biru yang dihiasi aman gemawan. Terlihat dimata Hawa awan-gemawan itu umpama kapas putih yang terhampar dan berlayang di langit.
Pokok-pokok hijau menambah kecantikan alam. Masyaallah! Cantik sungguh!
'Jika diizinkan, aku ingin berada diatas sana. Mesti tenang ya? Dengan langit yang cantik. Awan umpama buih lautan, ingin sekali berada disana. Mungkin akan terasa lebih aman'bisik hatinya mengutarakan keinginan yang terdetik di lubuk jiwa.
Hawa tersenyum.
Tanpa dia sedari, ada sepasang mata yang menatap Hawa bersilih-ganti dengan permandangan diluar tingkap.
Mata Hawa masih menikmati permandangan diluar tingkap. Seketika fikirannya berlayar ke alam mimpi.
****
Beberapa jam sudah berlalu. Keretapi selamat sampai ke tempat perhentian.
Terasa ada sesuatu yang mencucuk lengannya. Hawa tersentak dari tidur terus membuka mata yang kuyu. Tidak puas tidur lagi. Argh!
Kelihatan lelaki itu memandang kearah Hawa dengan riak wajah blur. Ditangannya ada kayu kecil.
Okay. Aku tahu. Kau cucuk aku dengan kayu tu kan?! Mengaku sekarang!
![](https://img.wattpad.com/cover/336199967-288-k696574.jpg)
YOU ARE READING
LOVE FROM A FAR {COMPLETE}
General FictionAdam Hareezz, mengagumi seorang perempuan yang terjaga pakaiannya. Akhlaknya yang baik. Bermula sejak Sekolah Menengah lagi. Hawa Aisy, seorang yang terjaga akhlaknya. Pakaiannya. Tutur katanya. Semuanya hampir sempurna. Tidak pernah menyedari ada...