🥀Bab 11🥀

8.1K 253 18
                                    

Di sebuah bilik kecil bersebelahan dengan dapur,
ada seorang gadis yang bertubuh kecil sedang duduk di atas tilam sambil melihat dinding biliknya.Di tangannya ada berapa helai duit kertas.

"Duit simpanan dah makin susut ni,nak cari kerja takut takde yang ambil." Ujar Alya sambil melihat duit yang masih di dalam tangannya.Dia buntu bila memikirkan kewangannya yang semakin hari semakin kurang.Memandangkan suaminya tidak memberi nafkah,hanya dengan duit simpanannya sahaja boleh menampung kehidupan hariannya.

"Tapi kalau tak cuba,mana tahu kena terima ke tak." Ujarnya lagi sambil berfikir.Akhirnya dia membuat keputusan.

"Esok pergi cari kerjalah,tak boleh nak duduk rumah jee,duit dah makin kurang,dapur tuan lagi kena bayar." Ujarnya sebelum bergerak kearah almari kecil yang menempatkan pakaiannya.

Dia mengambil satu baju kurung serta tudung bawal dari dalam almari.Dia tersenyum sendiri sambil menyediakan pakaiannya untuk hari esok.

"Kena tidur awallah,esok nak bagun awal.Harap-harap dapatlah kerja." Ujarnya sambil merebahkan tubuhnya di atas tilam sebelum menutup mata.

Manakala di tingkat atas pula, tubuh tegap Zyan Rafael sedang termenung di balkoni biliknya.

Dia mengusap tepi bibirnya yang pecah akibat daripada tumbukkan adiknya.

"Boleh tahan juga penangan kau Qie." Ujarnya pada diri sendiri.Sakit,sudah tentu.

Tiba-tiba wajah polos isterinya datang berlegar di tuang fikirannya.Dari pagi hingga ke malam dia tidak melihat wajah polos itu,tetapi makanannya tetap tersedia di atas meja.

Dia menggeleng kepala menghilangkan bayangan isterinya.

Dia keluar dari biliknya menuju ke bawah ingin membasahkan tekak.Lampu dapur di hidupkan,dia mengambil sebotol air kosong lalu di minum.Setelah selesai membasahkan tekak,dia kembali naik kebiliknya.























🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀🥀

Alya bangun terlebih awal dari biasa kerana dia perlu membuat semua kerja rumah sebelum keluar.

Setelah semua kerja dan menyediakan sarapan untuk suaminya sudah selesai,dia mengambil beg sandangnya lalu keluar dari rumah memulakan misinya iaitu mencari kerja.

"Harap-harap dapatlah kerja." Ujarnya sambil berjalan.

Hampir satu jam dia berjalan kaki,dia pun berhenti di depan kedai makan apabila terlihat kertas yang bertulis jawatan kosong.Dia cepat-cepat menghampir seorang wanita yang agak berusia sedang melayan pelanggan yang baru tiba.

"Assalamualaikum" Sapanya penuh sopan.

"Waalaikumsalam ya dik." Balas wanita itu.

"Err maaf menganggu,saya tumpang tanya jawatan kosong tu masih ada ke?" Ujar Alya

"Ouh jawatan tu,masih ada.Kenapa?adik nak ke?"

"Boleh ke makcik?"

"Boleh,lagipun boss makcik tengah cari orang ni.Jom masuk dulu nanti makcik bagitahu boss."

Alya menganguk dan mengikut langkah wanita itu.

"Awak duduk dulu saya pergi jumpa boss kejap."

"Baik makcik."

Wanita itu tersenyum lalu beredar.

Sepuluh minit kemudian,wanita itu muncul semula bersama dengan seorang jejaka.

"Hah boss,ni la dia.Macam mana boss terima tak?" Ujar wanita itu pada jejaka yang merupakan pemilik kedai makan itu.

"Nama siapa?" Soal jejaka itu.

Demi Bahagia MuWhere stories live. Discover now