Chapter 37: Hidden Mission

718 30 0
                                    


                    "KAMU DAH GILA KE, XANDRA?! UNTUK APA KAMU PERTAHANKAN RUMAH TANGGA KAMU YANG DAH HANCUR TU DISEBABKAN DIA?!" Encik Xander menempik lantang ke arah sang anak perempuannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                    "KAMU DAH GILA KE, XANDRA?! UNTUK APA KAMU PERTAHANKAN RUMAH TANGGA KAMU YANG DAH HANCUR TU DISEBABKAN DIA?!" Encik Xander menempik lantang ke arah sang anak perempuannya.

Hari ini, Xandra datang ke kediaman orang tuanya dan memberitahu sang bapa untuk menarik semula laporan polis yang telah dibuat olehnya. Ibu bapa Xandra telah melaporkan Evender kepada polis atas dasar penipuan san kekerasan dalam rumah tangga.

Bapa Xandra iaitu Encik Xander mencuba untuk mengalahkan Evender. Sedangkan Xandra tahu, jika semua itu langsung tidak memberi kesan apa pun terhadap lelaki yang bernama Evender Delrico itu. Lelaki itu licik. Semua jenayahnya dapat mengaburi padangan puhak berkuasa.

"But, Daddy... Ini hal rumah tangga Xandra. Biar Xandra yang uruskan semua ni. Pasal harta tu... Xandra janji akan pulangkan semula pada daddy. But please, jangan masuk campur dalam urusan Xandra dengan Evender lagi. Xandra dah besar, Daddy. Xandra tahu apa yang terbaik untuk diri Xandra sendiri..."

Setelah itu, Xandra terus mengangkat kaki keluar dari perkarangan rumah mewah milik keluarganya dan membiarkan sang bapa dan juva ibunya terus memaki dirinya kerana membela Evender.

"Huh... Aku kena settlekan hal ni secepat yang mungkin. Aku tahu...kau datang balik pada aku mesti kau ada niat lain kan? Tch! Maafkan Xandra, daddy. Xandra lebih kenal suami Xandra macam mana," gumam Xandra sendirian saat dirinya telah memasuki Audi hitam miliknya.

Xandra terus menekan gas Audi miliknya dengan kecepatan laju. Senyuman lebar di bibirnya terlihat jelas di situ tatkala mengingat kembali saat Evender pulang ke penthousenya semalam. Itu adalah malam yang sangat indah bagi Xandra.

"Aku akan rampas balik apa yang dah jadi milik aku! Kau tak ada hak ke atas suami aku, Keira Elaine! Evender Delrico akan jadi milik aku selama-lamanya!!! Cuma hak milik aku sorang!!!"

Xandra ketawa terbahak-bahak seorang diri di dalam keretanya seperti orang gila.

"Hm...rasanya perlu tak kalau aku call dia suruh datang jumpa aku lagi? Hahaha! Of course dia akan datang kan?! Well... Aku kan isteri dia! Hahaha!!! Aku kena dapatkan kau balik Evender Delrico!!! Lepas tu, baru aku boleh ajar perempuan murah tu cukup-cukup!!! Aku nak hidup dia dia terseksa!!! Aku nak hidup dia merana sebab dah berani rampas kau daripada aku!!! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!"

Xandra menekan nombor seseorang di aplikasi kenalannya di telefon pintar. Hanya memerlukan beberapa saat untuk panggilan itu disambung, akhirnya orang yang dihubungi itu menerima panggilan tersebut.

"Aku nak kau terus awasi gerak-geri Evender! Cari pelacur tu sampai dapat! Kalau kau tak jumpa juga, memang nahaslah kau aku kerjakan!!!" Butang merah pada skrin telefon pintarnya ditekan.

𝐎𝐆 | 𝐄𝐯𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫'𝐬 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧Where stories live. Discover now