BY: SEFFANO KAVANA
ABANG ISAAC
BAB 18
Mae berdiri ditingkap cermin untuk menjauhi diri dari Jude dan lelaki itu hanya tersenyum saja lalu berbaring diatas tilam yang sudah dihias cantik. Jude hanya geleng kepala saja senyumannya lebar dan tampaknya Jude sangat senang hati.
"Ohh, penatnya saya..! " ujar Jude lalu memandang kearah Mae. Mae hanya memandangnya dengan wajah masam. Jude baru saja selesai mandi.
"Awak tak penat kar berdiri disitu, mari.. duduk sini " ujar Jude lalu menepuk tilam itu disebelahnya. Mae mengelah nafasnya lalu geleng kepala.
Mae sedia upaya menahan amarah dihatinya terhadap lelaki itu. Tetapi sebaliknya lelaki itu hanya tersenyum gembira memandangnya."Boss...!"
"Panggil bie or sayang..! saya suami awak sekarang..! dan awak isteri saya.."Tegas Jude tapi dalam nada yang lembut agar Mae tidak takut padanya.
"Masalahnya boss, boss paksa saya berkahwin dengan boss..! dan culik saya bawa ke Tha.. "
"Dah memang saya nak kawin dengan awak pun sebab saya suka,sayang dan cinta awak..! ni kan bulan madu kita..! lagipun ini kan impian sayang nak melancong dengan bie.. "
"Tapi bukan dengan boss saya nak melancong bersama..! saya nak bersama-sama dengan sahabat saya..!! saya benci awak boss..!! "Marah Mae sampai tersekat-sekat suaranya.
"Tak payah lar nak marah-marah dengan bie,sayang marah saja pada Cassey..! Cassey yang minta saya lamar awak cepat-cepat dan untuk pengetahuaan sayang.. Cassey lar yang atur semua majlis kawin kita.. dan Cassey juga ada disini..! Cassey bersama dengan suaminya Kenzo..! " Ujar Jude dengan serius lalu bangun dan turun keatas katil dan melangkah kearah Mae.
"Ahh.. Cassey juga ada sini.. bilik nombor berapa..! " Ujar Mae teruja bila mengetahui yang sahabatnya juga ada disitu dan berbulan madu juga diThailand.
Mata Mae terbesar bila Jude semakin menghampirinya Mae berundur kebelakang tetapi Jude semakin mendekati pula.
"Bilik apa..? Cassey bukan satu bangunan hotel dengan kita pun tapi dia sangat jauh dari kita..dan tidak sama tempat dan negara juga..!" Ujar Jude menahan tawa.
"Boss kata Cas..! "
"Cassey sebenarnya berbulan madu di London bukan disini,saya saja tipu awak.." Ujar Jude memotong kata-kata Mae dan semakin dekat dengan Mae.
"Boss tipu saya..!! " Ujar Mae geram tetapi Mae terkejut bila Jude kini berada didepannya, Mae cuba lari tetapi kedua-dua tangan kekar Jude sudah diletaknya kedinding kaca itu, ini membuatkan Mae sukar untuk melarikan diri lagi. Jude menatap wajah comel itu.
Mae menahan tubuh sasa itu dari terlalu mendekatinya,Jude hanya tersenyum melihat pipi Mae yang berubah warna itu entah marah entah malu padanya.Haruman lembut dari Mae membuatkan Jude tergoda pada gadis itu.
"Errr... Saya nak tukar baju dulu.. " Ujar Mae memberi alasan dan menolak lembut tubuh Jude tetapi tidak berjaya, wajah Jude semakin dekat ke wajahnya dan dia juga dapat merasa nafas Jude dilehernya.
Mae menutup mulut Jude dengan tangannya bila lelaki itu cuba mahu menciumnya tetapi dengan pantas Jude memegang kedua-dua tangan Mae dan terus mencium bibir Mae. Mata Mae terbesar dan terkaku disitu.
Jude tersenyum lalu mencium dahi Mae, Jude memeluk erat isterinya,dia tidak boleh terburu-buru dan tamak, Jude kena sabar dan pertama sekali dia mesti buat hati Mae terbuka untuknya. Sebenarnya Jude sudah lama menyimpan perasaan sayang dan cintanya pada Mae sejak dulu lagi.
YOU ARE READING
ABANG ISAAC
RandomBY:SEFFANO KAVANA ABANG ISAAC SINOPSIS Mahu membesar dua adiknya yang masih kecil bukan senang. Hati Isaac kena kuat untuk menempuh segala cabaraan dalam hidupnya agar kedua adiknya dapat meneruskan persekolahaan mereka,Ada saja masalah yang timbul...