SEMINGGU sudah berlalu dan Liyanna pun dah sihat sepenuhnya. Bila dah sihat kena la pergi kelas walaupun hakikatnya dia malas.
"Abang Liya nak keluar kejap lepas ni dengan Mia"
Liyanna melihat Fahim tersenyum nipis lantas menjatuhkan kepalanya sebagai jawapan."Hati-hati ya sayang"
"Okey abang!"
Liyanna tunduk bersalaman dengan sumainya. Fahim menarik kepala isterinya lalu dia melabuhkan satu ciuman di ubun-ubun Liyanna."LIYA!"
Dari jauh lagi Liyanna mendengar satu suara yang memanggil namanya siapa lagi kalau bukan si MiaNamun Mia bukan keseorangan disebelahnya terdapat seorang figura perempuan iaitu Jannah.
Dah lama dia tidak berjumpa dengan Jannah kerana Jannah pulang ke kampungnya."Kau macam mana Liya.Dah sihat?"
Jannah menyoal Liyanna tatkala sahabatnya sudah berada di hadapannya"Alhamdulillah dah.Mia kau macam mana?"
Liyanna memandang Mia atas bawah."Aku ok je. Luka sikit je lepastu kau nak tah-"
"Bagi lah aku duduk dulu.Haihh kau ni"
Kalau berbual dengan si Minah ni sampai ke esok tak habis. Baik Liyanna minta duduk dari awal.Nak suruh si Mia ajak duduk memang berjanggut lah dia dibuatnya."Jom duduk"
Liyanna, Mia dan Jannah melabuhkan punggung di atas kerusi yang tersedia di situ."Ok sambung lah"
"Kau nak tahu tak masa aku dekat hospital hari tu kan jejaka idaman aku yang rawat aku tau"
Mendengarkan jejaka idamannya itu Liyanna dan Jannah terus menjulingkan mata mereka ke atas. Siapa lagi kalau bukan si Haris tu.'papp'
"Aduhh! sakit lah Mia"
Liyanna mengaduh kesakitan apabila lengannya ditampar oleh MiaDahlah baru sembuh. Kena tampar pula dengan Mia haih
"Kau dengar tak apa aku cakap ni?"
"Ya dengar wahai ratu Mia"
Jannah tolong menjawab bagi pihak sahabatnya."Mia. Kau tak rasa pelik ke?"
"Pelik apa?""Masa kita kemalangan hari tu kenapa tiba-tibe brek tu tak berfungsi. Ye lah kan masa kita nak pergi kelas brek tu ok lagi"
Sejak minggu lepas lagi Liyanna berfikir tentang ini"Aku pun ada terfikir juga. Rosak kereta aku!"
Mia ni memang pantang kalau bab-bab kereta calar sikit je membebel biar dia sendiri pun yang buat last-last Jannah dan Liyanna juga lah kena tadah telinga bila Mia membebel bernanah telinga Liyanna dan Jannah haishh!"Bila kau balik sini Jannah?"
"Baru kelmarin bukan main panik aku bila tahu korang berdua kemalangan"Disebabkan kereta Mia masih lagi berada di bengkel jadi kereta Liyanna juga lah yang kena jadi mangsa. Ya memang Liyanna kedekut minyak!
Walaupun hakikatnya Fahim yang selalu tambah minyak kereta ni kalau dia ada.
"Nak pergi mana?"
"Shopping!"Liyanna menjulingkan matanya keatas. si Mia ni kalau dengan shopping memang tak boleh berpisah agaknya karang ada juga dia pergi bakar semua shopping dekat dunia ni.
"Yelah.Tapi nanti kau tolong aku belikan hadiah ya!"
Ucap Liyanna lalu dia menyuakan air kosong kebibirnya"Hadiah?"
Jannah memandang Liyanna dengan kening yang berkerut
"Haah birthday Fahim dah nak dekat jadi aku nak buat suprise dekat dia. Korang berdua tolong lah aku ya"
Sebenarnya memang Liyanna lupa yang birthday Fahim dah nak dekat tapi semalam hati dia tergelak untuk melihat kalendar dan ya di situlah dia baru teringat yang birthday Fahim dah nak dekat sebab memang dia akan tanda tarikh-tarikh terpenting dalam kalendarnya."Really!? Bila?"
Liyanna melihat mata Mia membulat dengan Luas."Lusa. 3/7"
Birthday Fahim dengan birthday Liyanna tak adalah jauh mana beza. Birthday Liyanna pula 5/7"Birthday dia memang dekat dengan kau ke?""
"Haah kau ada? tak de kan"
Liyanna memerli Mia sambil menggerak- gerakkan keningnya.Jannah hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat gelagat-gelagat sahabatnya.
Liyanna melihat wajah Mia yang masam mencuka.Merajuk member!!
"Eleh entah-entah birthday Haris tu sama dengan aku 21/5. Arghh mesti sweet kan"
Liyanna melihat Mia yang sedang mengelamun sendiri."Cehh mana tahu birthday Haris tu sama dengan aku"
Sengaja Jannah ingin menyakat si Mia. Bahananya lengan Jannah terus makan penampar sulung si Mia.'Papp!'
"Kalau birthday dia sama dengan kau memang aku sumbat lah kau dalam lubang jamban"
Mia memberi amaran sambil mata mencerlung tajam ke arah Jannah.Suko bena baloh duo ore ni.
(Suka sangat bergaduh dua orang ni)"Berani ke?"
Jannah tersenyum bangga apabila melihat wajah cemberut milik sahabatnya.**
"WE korang aku nak beli apa ni?"
Sekarang ni mereka sedang memilih hadiah untuk Fahim dan Liyanna pula tak tahu nak beli apa"Hmm. Bagi aku fikir kejap"
Mia meletakkan jari telunjuknya di dagu tanda dia sedang berfikir. Amboi focus betul berfikir."Haa kau bagi lah pregnancy test!!"
Tersedak air liur Liyanna dibuatnya.
"A-apa kau cakap pregnancy test?"
"Haah"
Liyanna melihat Mia yang sedang tersenyum nakal dihadapannya.
Jannah terus menepuk lengan Mia. Itulah padahnya cakap tak ada filter langsung.'Papp!"
"Auch sakitlah"
Mia mengaduh kesakitan berserta dengan cebikkan.
"Kau ni. Cakap tu biarlah bertapis sikit. Nak buat apa bagi pregnancy test kalau tak ada isi"
Jannah menjawab bagi pihak Liyanna. Stress member kena layan member yang suka bergurau niLiyanna melihat Mia yang sedang menggerak gerakkan keningnya kearah dia.
"Kau buatlah dengan Fa-"Liyanna terus menekup mulut Mia apabila dia memahami apa yang ingin dikatakan oleh Mia.
"Kau ni Mia!""Hehe gurau-gurau. Kau belilah jam tangan dekat dia"
Baru boleh serius agaknya Minah ni Haihh!"Ok lah jom teman aku pergi cari jam tangan"
Mereka berjalan menuju ke kedai jam sambil bergurau senda.
Do votes and comment💖
Saya penat exam sekarang ni sorry update slow
YOU ARE READING
Fahim:Attractive Husband [C]
General Fiction[𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐅𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐗 𝐍𝐈𝐊 𝐋𝐈𝐘𝐀𝐍𝐍𝐀] Dia...... Tengku Mohd Fahim seorang jejaka yang memiliki rupa paras yang mampu menggoyahkan iman mana-mana perempuan yang melihatnya kena pula dengan pekerjaannya sebagai seorang airforce ...