02
"We'll meet again, angel"
"Sadaqallah hulazim"
Al quran ditutup dan telekung dilipat. Dikerling sekilas jam di dinding, 'dah pukul tujuh'. Mikayla menukar bajunya dan turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Sebaik sahaja kaki melangkah ke dapur, kornea mata dipenuhi oleh bonda yang sibuk mencari kuali kesayangannya. Sejurus itu perlahan-lahan dia mendekati ke arah bondanya sebelum ...
"BHAA!! Morning bonda!!"
"Oii pocot mak kau melambung!! Mikayla!!" Puan Aliyah mengurut dadanya. Nasib baik dia tak ada sakit jantung kalau tak memang buat kenduri arwah la kejap lagi. Perut anak bongsunya dicubit manja. Mikayla ketawa ketawa jahat.
Kejap..kuali mana? Kuali bonda sudah selamat landing kat lantai lepas berjaya melakukan terjunan yang terbaik. Nasib dia sempat elak kalau tak free je jatuh kat muka. Nanti macam mana nak jumpa tunang kesayangan!!
"Hehe..maaf bonda. Meh sini meh Kay tolong" Kuali di lantai diambil sebelum mencium sekilas pipi bonda. Ni kalau tak pujuk mau jadi anak derhaka ni kang!
"Haishh..nasib la bonda ni tak ada sakit jantung tau!. Dah sini tolong bonda sediakan sarapan. Kejap lagi papa dah nak pergi kerja."
"Aip! Aip Captain!! Arahan diterima." Tabik hormat diberi kepada bonda. Tangan lincah mengambil bahan untuk menyediakan nasi goreng kampung.
Papa masih lagi di dalam bilik, baru balik dari masjid. Abang Zayn pulak lepas je solat subuh jemaah dia terus pergi jogging. Memang dah rutin dia setiap hari. Katanya nak mantainkan berat badan, padahal nak 'cuci mata' tengok anak dara orang. Bukannya tak ada orang nak kat dia tapi Abang Zayn je jual mahal sangat. Nanti jadi teruna tua baru tau!
"Mikayla"
Kepala Mikayla terangkat memandang bonda. Muka bonda yang bersih dan awet muda dipandang.
"Kenapa bonda?" Mulut bertanya tetapi tangan masih lincah menggaul nasi goreng di dalam kuali. Api ditutup dan dituang ke dalam mangkuk kaca. Telur goreng diambil dan dihidangkan bersama nasi goreng di atas meja.
"Mikayla ingat tak kawan papa?"
"Kawan papa yang mana bonda?" Kawan papa ramai tapi yang mana satu. Kalau pakcik Samad belakang rumah tu ingat la.
"Alaa..kawan papa. Nama dia Uncle Adriel. Tak kan kamu tak ingat?"
"Uncle Adriel?" Dahi dikerutkan. Otak cuba diproses untuk ingat balik. Nama tu macam selalu dengar tapi dia lupa.
"Iya, Uncle Adriel. Hari tu dia ada call papa. Katanya baru balik dari Spain and dia ada jugak tanya pasal kamu."
Makin berkerut wajah Mikayla. Aduu.. kawan papa yang mana ni. Kenapa tiba-tiba tanya pasal dia pulak. Baru sahaja mulut mahu bertanya ada suatu suara lantang menghalang pertanyaanya.
"Assalamualaikum!! Zayn dah balik" Bayangan tubuh Zayn Mikael muncul dari pintu rumah. Baju basah akibat peluh menjelaskan lagi 'roti' pada tubuhnya. Kaki melangkah mendekati bonda dan adik kesanyangan.
"Abang. 'Roti' tu nak tayang kat siapa? Ingat anak dara kat sini tergoda ke tengok abang. Dah laa bau busuk! Shuh!! Pergi main jauh-jauh jangan dekat dengan adik". Mikayla menghayunkan tangannya sedikit persis menghalau kucing dan menjauhkan diri dari abangnya. Naya kalau kene peluk dengan Abang Zayn mau pengsan nanti.
YOU ARE READING
HIS LITTLE FLOWER : NUR ZAHRA MIKAYLA
RomanceLuth Adriel | Nur Zahra Mikayla "Uncle Ad ni encem laa..nanti kalau Ara dah besar, Ara nak tawen dengan uncle tau! Uncle promise jangan tawen dengan orang lain" - NUR ZAHRA MIKAYLA Jari yang memegang janji seorang gadis kecil yang masih tidak mengen...