"By the way Mira—" Mira yang baru mengorak beberapa langkah ke bilik air berpusing semula menghadap Hero.
"Kau nampak canti—"
"Hrm?" Mata bundar Mira bersatu dengan mata Hero buatkan dia tenggelam terus ke dalam kecantikannya. Gadis itu nampak polos. Hero seperti tertelan kembali semua kata-kata. Terkesima.
"Apa dia?"
"Cacat." Jari dituding menunjuk Mira. Dia tergelak kekok buat beberapa saat. "Kau nampak cacat." Hero mengangguk-angguk. Dia berdehem kuat. "Lu-luka kau, kat pipi tu..." Hero angkat tangan menyentuh wajahnya sendiri.
Mira tak tampal plaster dah.
Lukanya hampir pulih dan tertutup. Tinggal gurisan kecil sahaja.
Mira bertaut kening. Hero kalihkan pandangan. Garu sebelah cuping telinganya yang terasa bahang. "Tak ada apa lah."
"Lupakan."
"Hero, kalau tak ada benda baik kau nak cakap, diam je lah!" bisik hati Hero. Dia tepuk-tepuk bibir tebalnya.
Maki hamun diri sendiri dalam hati.
Tak cukup dengan badut, sekarang diberi panggilan cacat pula.
Gadis payung kuning eloklah sikit bunyinya.
Sikit je lagi dia hampir terlepas cakap.
'Mira kau nampak cantik.' Itu ayat penuh yang sebenar-benarnya dia mahu lontarkan.
Tapi Hero mempunyai ego setinggi Gunung Everest. Mana mungkin dia akan tewas.
Mira tergelak sinis. "Cakap orang yang terlantar dekat katil hospital," sindir Mira kembali. Dia kembali mengaturkan langkah masuk ke bilik air. Sudah banyak kali langkahnya terbantut disebabkan Hero.
Dan kali ini dia sedikit menyesal toleh, pandang Hero dengan penuh harapan.
Dia berikan segala tumpuan dan penantiannya kepada Hero.
"Kau patut berdoa sekarang Hero... sebelum kau yang jadi cacat!"
"Nanti... kau kena jalan pakai tongkat! Takut-takut kau lupa pula cara nak berjalan macam mana!" Jerit Mira. Suaranya bergema dalam bilik air. Pintu sengaja dihentak tutup.
"Aku yang terhentak kepala dekat meja sampai benjol... kena tendang dengan lelaki pun tak pergi klinik. Nak, nak hospital."
"Dasar lelaki," omel Mira. Lukanya pun dia bersihkan sendiri.
Rawat sendiri.
Hero tepuk kakinya yang luka.
Dia berdesis.
Biar dia rasa sakit.
"Apa pula kali ni?" Muncul Aqil di muka pintu. Iman seret beg baju, campak masuk ke sofa dalam wad Hero.
Terbeliak terus mata Hero nampak beg yang dibawa Iman kembung semacam. Zipnya pun hampir-hampir terkoyak.
"Kau isi apa je, Man?" Tercengang Hero."Boxer—"
"SHHHHHHHHHHHHHHHH!!!"
"Masyaallah... sampai ke sini tersemburnya, antum..." Iman tersenyum pasrah. Wajahnya dilap dengan belakang tapak tangan. Aqil gelak mengekek. Pintu dikatup rapat.
"Mira dalam toilet lah gila!" bisik Hero kuat.
Baik tak payah berbisik.
"Aku bawa magic pen. Nak lukis-lukis kaki kau yang kena simen—"
YOU ARE READING
BLIND DATE [OG]
Romantiek3 jejaka, beza personaliti, beza latar belakang, lain impian dan lain tarikan. Cuma satu sahaja persamaan mereka, iaitu... berharta tanpa kebahagiaan. Oops, mungkin ada dua persamaan, Bercita-cita tanpa adanya sokongan. - Seni bukanlah satu kemewaha...