Harraz termenung di koridor hospital. Kepalanya penuh dengan rasa ketakutan, cuak, risau dan sebagainya. Dia asyik terfikir tentang adik kembar Riana yang terlantar sakit di atas katil
macam mana aku nak bagitahu Riana yang aku langgar tadi tu adalah adik dia?
macam mana kalau Riana tahu?
Riana akan benci aku ke?
aku tak nak dia tahu...
pintu bilik wad Diana terbuka membuatkan Harraz kembali ke realiti. Harraz bangun dari kerusinya dan melihat Riana yang keluar dari bilik tersebut
muka Riana kelihatan sembab dan matanya bengkak. Mungkin Riana menangis teruk tadi. Riana merenung Harraz dengan mata merahnya. Harraz mengalih pandangan
Harraz tidak tahu kenapa dengan dirinya tetapi dia tidak boleh bertentang mata dengan Riana. Dia berasa dia sudah melakukan dosa besar terhadap Riana
" I dah bayar bil hospital Diana" kata Harraz sambil meliar melihat keliling koridor tetapi tidak pandang langsung ke arah Riana
" kau memang suka buat keputusan tanpa bincang dengan orang dulu eh? kau memang selfish Harraz!" Kata Riana dengan bengang
" Riana?" tegur seorang lelaki. Riana menoleh ke arah belakang Harraz. Muncul la seorang lelaki sambil membawa buah tangan dan sejambak bunga
"Aqiel?" kata Riana. Harraz menoleh ke belakangnya dan melihat seorang lelaki yang tak dikenali olehnya tetapi dia pelik kenapa dia macam kenal wajah lelaki ini tapi tidak tahu di mana
" Diana kat dalam ke kak?" soal Aqiel dengan wajah risau akan tentang teman wanitanya di dalam
" a- ada tetapi Diana tengah rehat sekarang ni. Dia tak boleh terima pelawat lagi" kata Riana dengan senyuman kecil. Sejujurnya dia tidak mahu Aqiel masuk ke dalam kerana dia tidak percaya dengan Aqiel
Aqiel mengangguk kepalanya sekilas sambil melempar senyuman amat manis terhadap Riana lalu dia pon duduk di kerusi menunggu waktu yang sesuai untuk berjumpa dengan teman wanita kesayangannya itu
" I tunggu sini sampai Diana sedar " kata Harraz dengan tegas lalu dia pon duduk di kerusi besi bersebelahan Aqiel. Jarak dia dan Aqiel hanya 2 kerusi sahaja
Riana mengeluh dia tidak boleh membantah sekarang ni kerana ada Aqiel. Nanti nampak pelik pula dia berdebat dengan si Harraz ni
xxx
" berapa lama lagi Diana kena duduk sini doktor?" soal Riana. Riana berjumpa dengan doktor untuk bertanya keadaan Riana bagaimana
Doktor membelek rekod kesihatan Diana. Doktor mengeluh
" rasanya Diana akan duduk sini lama lagi lebih kurang 2 minggu sebab kecederaan Diana terlampau teruk.. " kata doktor itu. Riana menangis mendengar kata-kata doktor itu
Harraz berdiri di depan bilik doktor. Dia curi-curi dengar apa yang doktor katakan lalu dia pun turut sedih juga
tiba-tiba dia nampak Aqiel yang dikatakan teman lelaki Diana baru sahaja keluar daripada wad Diana. Harraz pelik
bukan ke Riana cakap dia tak boleh masuk lagi?
Harraz sudah berasa pelik dengan gelagat Aqiel ni. Dia sudah mula tidak percaya dengan Aqiel
" aku macam kenal la mamat ni... tapi kat mana eh?" bisik Harraz dengan perlahan
xxx
BIP BIP.. BIP BIP... BIP BIP
bunyi mesin denyutan jantung Diana semakin kuat dan graf denyutan ituu menunjukkan denyutan jantung Diana sangat tinggi
Doktor dan pembantu-pembantunya berlari ke dalam wad Diana
YOU ARE READING
Hanya Dia✔️
Romantizm"kenapa kau buat aku rasa macam ni..." "mungkin hanya aku je yang boleh bahagiakan kau"