✿
author pov
seokmin ditinggalkan di cafeteria bersama dengan rakan rakan chaera. dia terdiam membisu tidak dapat berkata kata. bukan terkejut akibat kelakuan joshua tadi tetapi terkejut ketika melihat jihye. hatinya berdegup kencang. adakah dia baru sahaja terpanah cinta dengan jihye?
"woi seokmin! kau orait ke tak orait ni? meh sini duduk rehat dengan kami kesian kau ditinggalkan bersendiran mensedu.." mingyu yang sedar akan seokmin yang berdiri diam itu mengajak seokmin duduk disebelahnya
"eoh-ha! y-ye ye! terima kasih la pelawa aku makan sama sama" kerana tidak ada tempat duduk lagi dia terpaksa duduk di tempat chaera yang di sebelah jihye. dia perasan akan jihye yang tadinya ceria kini mendiamkan diri
"h-hai? awak jihye kan? sepupu joshua.." seokmin membuka suara
"hm? oh haah saya sepupu dia..nama awak siapa?" jihye terbangun dari lamunannya
"saya seokmin atau boleh panggil dokyeom!" seokmin tersenyum malu. mingyu, aera, mirae dan wonwoo yang menyaksikan itu lantas faham dengan situasi yang jadi
"ekhem ekhem! joshua dengan chaera dah berlayar mesti lepasni ada bau bakal bakal yang akan ikut berlayar ni~" mirae sengaja mengusik si seokmin yang tengah berdebar. tetapi lain dengan jihye, apabila dia dengar ayat 'joshua chaera dah berlayar' wajahnya bertukar menjadi sedih dan terkejut.
"apa maksud kau chaera dan shua dah berlayar?" kata jihye yang memandang mirae dengan wajah yang tertanya tanya
"ekhem laling.. dah lupa ke chaera tak suruh bagitahu orang haritu.." bisik wonwoo di telinga mirae. mirae yang dengar bisikkan wonwoo terus menukup mulutnya.
"opss! alamakk! eheheh..dah terlepas pulak..erm..macam ni la jihye chaera tu bukan suka atau cinta dekat shua cuma dia interested nak kenal je ha!" mirae mempertahankan dirinya takut dimarahi oleh chaera sebab dia terlepas cakap yang chaera dah cinta dengan shua .
"ohh macamtu.." jihye hanya mengangguk
"jihye awak..saya macam pernah nampak muka awak dekat tiktok awak influencer jugak ke?" seokmin cuba membuka suara lagi
"influencer tu tak la sangat sekadar upload untuk suka suka je..kenapaa? awak tengok video saya yang mana satu?" jihye kembali tersenyum apabila seokmin cuba untuk berbual dengannya
"video awak buat vlog dekat zoo oakland california tu! saya pasti itu awak kann?" soalnya teruja
"eoh?! tu kau ke jihye? seriously kau cantik plus comell giler! dengan beanie hat arnab tu lagi perh!" komen aera
"ahahaha mana ada la tu filter..depan depan aku orang nya biasa je" jihye tertawa malu
"saya rasa tengok depan depan lagi lawa" semua dimeja terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh seokmin. jihye terdiam malu apabila dipuji oleh seokmin
"er..ahahaha kuban kuban je la awak ni min..ermm saya nak ke kelas dulu ada barang nak diambil" potong jihye dengan cepat melarikan dirinya dari situasi yang canggung ini
"serius la min?..first move kau agak mengejutkan sedunia" mingyu ternganga terkejut terpegun dengan 'first move' seokmin. manakala aera hanya menutup mulut mingyu yang ternganga. wonwoo yang tadinya menyuapkan roti kedalam mulut mirae turut terkejut tangannya terhenti apabila terdengar seokmin membuat 'first move'. mirae pula memberi reaksi tidak dapat berkata kata.
✷✷
jihye membuka loker miliknya dan mengambil botol air. memang benar ia tertinggal barang tetapi dalam masa yang sama ia ingin melarikan diri daripada suasana yang agak canggung. ia tertanya tanya akan seokmin apa yang dipikirkan oleh lelaki itu. tiba tiba sahaja memujinya dengan spontan. muka jihye merah akibat pujian seokmin tadi. tetapi niatnya tetap satu iaitu ia tidak mahu menyukai lelaki lain lagi selain sepupunya 'joshua'.
memang dari awal lagi gadis ini sudah jatuh cinta akan joshua. melihat joshua dan chaera rapat seperti ada hubungan membuatkannya cemburu.
jangan risau.
jihye bukanlah perempuan jenis obsessed sampai nak bunuh bunuh tu. memang niatnya juga ingin berkawan dengan chaera. baginya orang seperti chaera sangatlah sesuai untuk berkawan. tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu joshua di ambil oleh gadis lain.apakah plannya selepas ini? ..
✿
YOU ARE READING
Mr Guitar - Joshua Hong
Fanfic❝ unexpected moment turned out into a precious moment ❞ ❝ i feel so lucky to have randomly stumbled upon someone as special as you ❞ jangan risau cerita ni awal" je mengarut status : on going update 1 day 2 chapter