TERKEBIL-KEBIL kelopak matanya apabila dia dapat merasakan angin yang menampar lembut wajah. Perlahan-lahan dia membuka mata. Jiwanya berkocak apabila melihat dia berada pada kawasan lapang. Keliling kawasan itu pula dipenuhi pokok-pokok yang tebal dan tinggi. Tidak cukup dengan itu, lelaki-lelaki bertopeng itu mengelingi kawasan-kawasan itu, seolah-olah menunggu dia untuk bangun.
Tanpa menunggu lama, Ayunina terus cuba untuk berdiri. Dalam keadaan yang tiba-tiba membuatkan dia hilang keseimbangan dan jatuh terduduk semula. Tiba-tiba Ayunina melihat satu susuk tubuh yang ditolak keluar dari kereta itu. Semangatnya mencanak naik. Ayunina terus bangun dan mendapatkan lelaki itu.
"Zayyan, awak okey? Dia orang buat apa kat awak? Kenapa awak tinggal saya tiba-tiba? Saya takut." Kelam-kabut Ayunina meneliti wajah Zayyan. Wajah Zayyan yang bengkak itu dipegang lembut.
Zayyan tidak banyak cakap, terus Ayunina ditarik dalam pelukan. Dia mengusap lembut belakang kepala Ayunina. "Sayang risau ya abang hilang?" Soalan Zayyan berjaya mematikan senyuman Ayunina sepenuhnya. Lembut saja nada itu kedengaran namun tidak cukup untuk membuai jiwa Ayunina untuk bertenang, malah suara itu telah mengkucar-kacirkan lagi debaran yang sememangnya sedang menggila.
"A-apa?" Ayunina sengaja bertanya lagi, dia takut jika dia yang salah dengar tadi. Tidak pernah sekali pun Zayyan membahasakan diri sebagai 'abang'. Sejak dulu lagi Zayyan tahu, gelaran abang itu hanya untuk Aazam. Apa sahaja gelaran manis yang Ayunina boleh berikan pada Zayyan, tapi bukan 'abang'. Ayunina tahu ada sesuatu yang tak kena.
"Abang cakap, sayang risau ya?"
Tidak menunggu lama, Ayunina menolak tubuh itu jauh. Wajahnya berubah riak, garang.
"Kau siapa?" Suara Ayunina terus berubah dingin dengan pandangan mata yang tajam. Dia tahu, lelaki dihadapannya ini bukan Zayyan. Dia tak tahu siapa dan mengapa, tapi yang pasti, lelaki di depannya ini... bukan Zayyan.
"Abang suami sayang la? Kenapa sayang cakap macam tu?"
Melihat lelaki itu selangkah ke arahnya, Ayunina mengundur selangkah juga. Tidak sudi lagi dipegang oleh lelaki yang tidak dikenali. "Pergi mati dengan kau punya suami, kau bukan laki aku. Siapa kau? Mana Zayyan?!" Ayunina mengulang lagi soalannya berkali-kali.
'Zayyan' yang sejak tadi melihat Ayunina dengan pandangan redup kini bertukar sinis. Rambutnya diraup kasar. "Aku ingatkan kau tak perasan. Kenal juga kau dengan laki kau. Kau nak tahu ke yang aku ni siapa?"
Ayunina melihat lelaki itu takut-takut berani. Lelaki itu mendekatkan diri dengan perempuan itu, lalu mencengkak bahagian belakang kepalanya agar mendongak melihat dia. Wajah Ayunina di teliti dengan senyuman yang agak mengerikan.
"Kau betul dah tadi, tapi kau salah sikit je, Ayunina. Aku Zayyad, adik ipar kesayangan kau. Kau kenal tak?"
Melihat reaksi Ayunina yang jelas kebingungan, dia tersenyum sinis. "Mestilah kau tak kenal, sebab Zayyan tak bagitahu. Selama aku hidup, tapi dianggap mati. Kewujudan aku seolah-olah tak bermakna kat dia. Orang yang paling dia sayang pun tak tahu aku siapa. What a pathetic he thinks of me, right?"
"Zayyad? A-aku tak pernah dengar. Aku nak Zayyan. Mana Zayyan? Tolonglah, tolong bagi balik suami aku. Cukuplah Zayyad. Cukuplah," kata Ayunina sambil tangannya dirapatkan merayu dengan wajah yang sudah dibanjiri air mata. Sumpah dia tak kenal lelaki ini dan tak pernah tahu apa yang terjadi antara Zayyan dan Zayyad. Buat masa sekarang dia hanya mahukan Zayyan.
"Zayyan, Zayyan, Zayyan dan Zayyan! Dari dulu aku dah muak nak dengar nama dia. Zayyan yang baik, Zayyan yang dengar kata, Zayyan yang pandai. Aku ni patung ke? Aku ni patung ke Ayunina?" Zayyad menghampiri Ayunina. Rahang Ayunina direngkuh kasar supaya melihat ke arahnya.
Ayunina hanya menggeleng dengan mata yang terpejam. Air mata semakin deras mengalir. Tangannya memukul-mukul perlahan tangan Zayyad yang sedang menyakitkan wajahnya sekarang.
Zayyad melepaskan gengamannya, sambil mengeluh kasar. "Kau betul nak jumpa laki kesayangan kau?" Ayunina hanya mengangguk laju. Zayyad terus mengarahkan orangnya untuk mengeluarkan Zayyan. "Bawa laki tak guna dia datang sini."
Tanpa ihsan, Ayunina diheret ke sekumpulan lelaki, lepas lelaki-lelaki itu bergerak ke tepi, Ayunina dapat lihat dengan jelas Zayyan yang terbaring lemah di situ. Wajahnya jauh lebih teruk dibelasah berbanding wajah lakonan Zayyad. Pasti lelaki itu diseksa selama ini.
"Pukul dia," ujar Zayyad dengan nada yang mendatar dengan wajah yang tak beriak.
"Kau kenapa? Sudah! Tolong hentikan, Zayyad. Zayyan, bangun sayang. Zayyan!" Berkali-kali Ayunina memanggil nama Zayyan, namun lelaki itu sudah tidak sedarkan diri.
Ayunina semakin meronta-ronta, cuba untuk melepaskan gengaman Zayyad. Namun gagal. Akhirnya dia terduduk, terasa bagaikan diri tak berguna. Matanya dipejam rapat, tidak sanggup lagi dia melihat Zayyan dipukul begitu. Sabarnya semakin tipis, melihat Zayyan begitu, hatinya turut hancur.
"Kau nak apa dengan aku haa?! Tak puas-puas lagi kau seksa hidup aku dengan Zayyan selama ni? Kau ni memang tak ada hati perut ke?!" Ayunina memekik geram. Jika dia mempunyai kekuatan, lelaki ini merupakan lelaki pertama yang dia akan hancurkan selumat-lumatnya.
"Memang! Memang aku takkan puas. Aku belum puas tengok kau dengan Zayyan menderita. Tak cukup dengan apa yang aku rasa! Kau takkan faham!" Zayyad sengaja merapatkan wajahnya dengan wajah Ayunina. Dia pekik sekuat-kuat hatinya, melunaskan semua dendam yang sudah lama bersarang dalam jiwanya. "Tapi kan, aku rasa kau faham sikit, sebab kau sendiri dah hilang abang kan?" Bibirnya dirapatkan pada telinga Ayunina. Sengaja dia bisikkan itu untuk mengingatkan perempuan itu, siapa pembunuh Aazam.
Ayunina memejam matanya kembali. Dia cuba menitipkan kesabaran untuk dia sekarang. Jika diikutkan, dia mahu mengamuk dan menggila. Pembunuh abangnya sudah di depan mata. Berdiri dengan wajah bangga dan langsung tiada rasa bersalah. Tapi apabila dia memikirkan tentang Zayyan, dia cuba untuk bersabar. Dia sudah hilang Aazam dan dia tak mahu hilang Zayyan juga.
"Zayyad, dendam takkan bawa kau kemana-mana melainkan kehancuran diri kau sendiri. Kau dah hilang diri kau sendiri. Dan kau sendiri dah hilangkan kebahagiaan yang boleh kau capai selama ni. Bayangkan berapa banyak benda lain yang kau boleh buat kalau kau tak hancurkan hidup orang lain," Ujar Ayunina. Dia berharap Zayyad dapat bertenang sedikit saja. Matanya merenung Zayyan yang berada 10 kaki dari dia.
"Sudah berhenti, bising aku nak bercakap." Zayyad memberi arahan. Serta-merta orang suruhannya berhenti daripada memukul Zayyan.
"Cukup-cukuplah dengan nasihat bodoh kau tu, Ayunina. Aku nak Hooper. Aku tahu kewujudan benda tu. Bagi aku Hooper, dan aku biarkan kau orang hidup." Zayyad menjungkitkan sebelah keningnya. Sudah lama dia menunggu untuk mendapatkan Hooper. Dalam kepala juga sudah penuh perancangan yang membahagiakan jiwanya. Sebaik saja Hooper jatuh ditangannya, Ayunina dan Zayyan, dua-dua dia akan hapuskan. Mana mungkin dia akan biarkan mereka hidup.
Ayunina hanya ketawa perlahan. "Bukan ke kau sendiri yang dah ambil Hooper. Kau tak tahu ke kau buat-buat tak tahu?"
Zayyad bertinggung di hadapan Ayunina. Dia merenung Ayunina dengan pandangan tajam bersama wajah yang berubah begis. "Kau jangan main-main dengan aku boleh? Do you think you in the position for that? I thought that you wish to live longer."
"Buat apa aku nak tipu kau Zayyad. Aku berada dekattengah-tengah hutan yang aku sendiri tak tahu. Kau boleh bunuh aku denganZayyan bila-bila masa aku nak. Dan mungkin tak ada sesiapa pun tahu. Jadi buatapa aku nak tipu kau? Aku sendiri tengok, ada orang lain yang dah ambil Hooper."Ayunina memberanikan diri untuk menatap wajah Zayyad. Dia sendiri yakin yang Hoopersudah diambil. Bukankah Zayyad yang mengambilnya?
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚
RomanceLima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri dengan cuba mengingati masa lampau. Bagi Ayunina, setiap kenangan pasti akan kembali semula pada wak...