Setahun selepas 'Aazam' dikebumikan...
ZULAIKHA berpaling apabila mendengar pintu rumahnya diketuk berkali-kali. Dia batal niat untuk menyambung bacaannya. Buku ditutup dan diletakkan di atas meja kopi.
"Siapa pulak yang datang waktu-waktu macam ni?" Omel Zulaikha sendirian. Dia melihat jam dinding rumahnya sudah menginjak jam tiga pagi. Tak mungkin Puteri. Kalau Puteri nak datang, dia dah datang sejak petang tadi. Lagipun kawasan ini tak semua orang boleh masuk sesuka hati.
Zulaikha terus mengambil pistolnya. Dengan berhati-hati dia melangkah rapat ke pintu. Picu ditarik. Dalam kedudukan bersedia, Zulaikha terus membuka pintu dan pistol terus diacukan tepat pada 'tetamu' yang berdiri tegak di situ. Zulaikha menjatuhkan semula senjatanya apabila melihat susuk tubuh di depannya sekarang.
Aazam sedang mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah. Zulaikha di depannya dipandang redup. Dia tahu Zulaikha pasti tidak berdiam diri. Dia sengaja tidak bersuara untuk melihat tindakan Zulaikha. Lagipun sekarang pukul tiga pagi, tak pasal-pasal ada jiran yang menelefon polis, ingatkan dia pencuri. Mujurlah kawasan perumahan Zulaikha merupakan taman perumah elit. Lebih privasi.
"Aazam," Zulaikha menyebut nama itu. Air matanya tidak ditahan-tahan lagi. Dia terus memeluk tubuh itu. Orang yang sama, orang yang sama dia sangkakan mati setahun lalu. Dia mimpikah ini? Ataupun ini memang Aaazam?
Aazam meleraikan pelukannya. Rambut Zulaikha separas bahu yang kusut itu diselitkan di tepi telinga. "Hai Zu, rindu I tak?"
Mereka berdua kini duduk di ruang tamu. Zulaikha menghidangkan segelas air. Sejujurnya dia masih terlalu terkejut untuk menerima 'kepulangan' Aazam. Tapi dia masih bersyukur Aazam sudah kembali.
"Macam mana you boleh selamat? I ingatkan yang you dah..." Zulaikha diam semula. Dia tak sanggup meneruskan perkataan itu. Dia tak sanggup kehilangan Aazam lagi. Cukuplah sekali itu saja dia melihat Aazam 'mati' di depan mati.
"I selamat. I palsukan kematian I atas pertolongan kawan I. Tapi you jangan risau, I buat ni untuk sementara. Sebenarnya ada sesuatu yang tak kena," luah Aazam. Dia bukan menghilangkan diri dengan sengaja. Dia sendiri perasan ada sesuatu yang tak kena dalam Mystique selepas kewujudan Ayunina dan Zayyan. Rasa syak wasangkanya semakin menjadi-jadi selepas MystiCom disabotaj. Itulah punca yang menyebabkan Mystique hampir tewas ketika diserang dulu. Mujur dia sudah bersedia dengan rancangannya sendiri.
"Kenapa you tak balik ke Mystique? Kita boleh selesaikan dekat sana. You tahu tak betapa gilanya I lepas you tak ada. You tak kesian dekat Ayu? Semua orang dah pening tengok 'kegilaan' yang adik you nak buat. Dia rindu you sangat-sangat." Zulaikha menzahirkan rasa yang tersimpan. Orang pertama yang terlintas dalam fikirannya lepas melihat Aazam semestinya Ayunina.
Dia sendiri sebagai saksi bagaimana Ayunina berubah sepenuhnya disebabkan kehilangan satu-satunya abang. Kalau tak, tak adalah dengan dia pun kena belasah sekali. Tapi ketika itu dia cuma geram, geram kerana Ayunina sanggup kehilangan dirinya sendiri. Hilang arah dan hampir hilang Zayyan. Dia tak mahu Ayunina merasai kehilangan seperti yang dia rasa.
"Sebab ada pengkhianat dalam Mystique la I tak boleh balik. I sebenarnya cedera teruk juga. Kawan I bantu dengan sembunyikan I sampai I betul-betul sembuh. Zayyad ingat I betul-betul dah mati. Susah juga setahun ni untuk I. Banyak benda I cuba dapatkan tapi tak banyak,"
"Kejap kejap, Zayyad? Ke Zayyan? You nak kata Zayyan dalang semua ni?" Zulaikha mengangkat tangannya untuk menyuruh Aazam berhenti sebentar. Terlalu banyak benda yang dia perlu cerna sekarang. Nama-nama yang baru timbul pula buat dia keliru.
"Sayang... I sebut Zayyad. Kau orang tak tahu lagi ke? Zayyan ada adik kembar nama Zayyad. I rasa Zayyan sendiri tak tahu yang Zayyad masih hidup. I dah lama intip Zayyan sebab pada mulanya I ingatkan ada sesuatu yang tak kena dekat Zayyan. Rupanya I salah."
"Zayyad..." Zulaikha menyebut nama itu perlahan. Dia cuba untuk mengingati jika dia pernah terjumpa nama itu dimana-mana namun negatif. Dia terdiam sebentar.
"You kata ada pengkhianat dalam Mystique, siapa?" tanya Zulaikha lagi. Setiap satu persatu wajah ahli-ahli Mystique dia bayangkankan. Tangannya dikepalkan, jika dia tahu siapa dia sendiri yang akan memberi hukum.
"Itu I tak tahu lagi, dia sangat pandai sembunyi. You kena janji dengan I Zu, apa pun jadi you kena jaga rahsia kita. Leon sekalipun tak boleh tahu." Sampai sekarang Aazam sendiri tak tahu sesiapa. Sukar untuk dia membongkarkan orang itu jika dia sendiri kekurangan maklumat dan senjata.
"I sentiasa di belakang you. You boleh minta tolong I kalau you perlukan bantuan."
"What on earth Aazam?" Puteri yang baru tiba di rumah Zulaikha menutup mulutnya kerana terlalu terkejut. Baru tadi Zulaikha telefon memanggil dia untuk datang. Katanya ada benda penting yang dia perlu beritahu.
"Kau hidup lagi? Mana kau pergi? Kau okey ke tak? Apa yang jadi?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Puteri sekarang. Tergeleng-geleng Zulaikha.
"Panjang ceritanya..." jawab Aazam. Sengaja dia mahu mengusik Puteri. Puteri bila marah sangat menghiburkan. Bagi orang lain agak seram, bagi dia agak lawak.
"Kau jangan cari pasal. Ringkaskan!" tegas Puteri. Selepas itu Aazam ceritakan semuanya dari mula hingga ke saat sekarang. Muka Puteri berubah serius. Tangannya menggosok dagu. Cuba menghadam maklumat yang diterimanya.
"Apa-apa jadi sekarang, kita perlu bertindak sendiri. Tiada sesiapa boleh tahu kewujudan you termasuk Leon. Ada perkara yang berlaku dalam Mystique dan kita tak tahu sejauh mana benda itu boleh rosakkan kita semua," kata Zulaikha.
"Aku setuju. Aku rasa kita kena make over Si Aazam ni sikit," cadang Puteri.
"Kau nak buat apa dengan aku?" Aazam sudah cuak. Idea Puteri ni kadang-kadang boleh tahan 'kegilaannya'. Antara mereka bertiga, Puteri yang selalu beri idea yang berada di luar akal fikiran. Walaupun Puteri nampak seperti orang yang sentiasa menurut perintah, Puteri sebenarnya lebih banyak buat perintahnya sendiri.
Puteri hanya tersenyum. "Kau tak payah risau."
"JADI kau memang sengaja nak ada dekat aku?" soalan Ayunina menyentak Aazam supaya kembali pada masa sekarang.
"Abang... Selepas kejadian Ayu jatuh dulu, Zayyan dah tahu kewujudan abang. Abang yang nak Ayu sentiasa di depan mata abang. Abang ingat Ayu akan ingat, tapi lama abang tunggu Ayu tetap sama," kata Aazam dengan nada kecewa.
Ayu hanya memandang tanpa emosi. Semakin janggal dia rasawatak Jay sudah hilang. Hanya Aazam di depan matanya. Watak Jay pula diciptakanoleh Puteri untuk mengaburi mata-mata ejen Shadow dan Mystiqueitu sendiri. Dia memandang wajah Zayyan, Zayyan hanya tersenyum nipis sambilmengangguk.
YOU ARE READING
C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚
RomanceLima tahun lalu Ayunina terlibat dengan sebuah kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan. Ayunina memilih untuk tidak terlampau menekankan diri dengan cuba mengingati masa lampau. Bagi Ayunina, setiap kenangan pasti akan kembali semula pada wak...