𝗕𝗮𝗯 51

221 6 0
                                    

AYUNINA duduk kaku. Semua mata dalam bilik kini tertumpu pada dia, termasuk Zayyan yang berada di atas katil wad itu. Zayyan sudah semakin pulih. Itu penting, tapi benda penting yang lain sekarang ialah dia perlu menjelaskan semua tentang apa yang sebenarnya berlaku.

"Sejak bila Ayu ingat?" Aazam menyoal garang. Dia sebenarnya lebih kecewa daripada marah. Bagaimana Ayunina boleh bertahan sedangkan dia sedang merindui adiknya separuh mati di sini?

"Waktu keluar dengan Zayyan dulu," jawab Ayunina perlahan.

"Keluar yang mana satu. Macam kau keluar Zayyan sekali je kan?" Sindir Zulaikha.

"Hey, aku marah lagi tau kau jadi kakak ipar aku. Pandai-pandai je kan kau ngorat abang aku. Ntah-ntah kau awek dia dulu. Kan Zayyan kan?" Sebaik saja Ayunina berpaling melihat Zayyan, Zayyan berpura-pura melihat siling. Janji dulu tetap janji. Biar Aazam je la yang jawab.

"Ayunina..." nama Ayunina diseru lembut oleh Puteri. Puteri sedang tersenyum memandang Ayunina. Tapi, senyuman ni senyuman yang semua orang berharap yang mereka tak tengok. Seram, sangat seram. Kan dah cakap dulu, jangan buat Puteri marah.

"Waktu pergi pasar malam dulu. Ayu tak tahu, tiba-tiba je semua masuk sekali dalam kepala Ayu. Waktu tu, Ayu cuma pergi cari Leon. Ayu bukan tak percayakan sesiapa, Ayu takut benda lama berulang lagi. Ayu tak sangka orang yang berkomited macam Selena tu pun sanggup buat apa je. Tapi Ayu faham dia, macam mana Ayu cuba nak dapatkan abang Ayu balik, macam tu lah Selena juga. Cuma dia ditipu. She just loved her sister, but her love got betrayed." Ayunina terbayang-bayang wajah Selena yang jelas terkejut apabila mengehtahui kebenaran. Jika dia di tempat Selena pun dia akan kecewa. Separuh mati dia korbankan semuanya untuk orang yang dia sayangi tapi diakhiri dengan pengkhianatan.

Disebabkan dendam, Nadia mempergunakan Selena sepenuhnya. Katanya dia diculik oleh Zayyad. Untuk kekal hidup, macam-macam maklumat Mystique yang Nadia minta dan semuanya diberikan buta-buta saja oleh Selena. Semuanya diatur rapi oleh Selena untuk Nadia. Siapa sangka yang sebenarnya Nadia sudah lama berkomplot dengan Zayyad untuk menjatuhkan Zayyan dan Ayunina.

"Kenapa tak bagi tahu awal-awal, kami kan boleh tolong kau," tanya Puteri lagi. Nadanya kedengaran sangat kecewa.

"Bukan tak nak, tapi aku nak pastikan dulu yang aku tak gila. Kalau kau tiba-tiba jadi aku, terbayang semua memori masuk secara serentak mesti kau pun pelik. Lepas aku pastikan yang kau orang ni memang sama dengan orang yang aku bayang ketika menggunakan little stone tu, baru aku yakin. Tapi rancangan aku berubah last minute. Sekurang-kurangnya semuanya dah berakhir kan?"

Semua mengangguk tanda setuju. Pandai Ayunina berlakon selama ni. Buat susah payah saja mereka memikirkan cara untuk memberitahu semuanya. Risau dengan reaksi Ayunina. Rupa-rupanya Ayunina lagi advance.

"Kalau abah tahu, abah dah lama bawa kamu pergi pasar malam. Tak ada la membazir lima tahun," Komen Zubir selamba. Yang lain hanya tertawa. Ada betulnya juga, tapi Ayunina merasakan lelaki disebelahnya juga ada kuasa 'ajaib' yang membantunya untuk mengembalikan semua memorinya.


SEMUA sudah berlalu keluar dan Leon merupakan orang yang terakhir. Ayunina memanggil Leon di hadapan pintu wad. Leon berpatah balik. Pendrive hitam dihulurkan kepada lelaki itu.

"Hooper?" Leon meneka. Melihat pendrive itu saja mampu membuatkan dia trauma. Umurnya juga makin meningkat. Untuk menjaga benda kecil ini pun dia sudah terasa lelah. Selama dia menjaga, pelbagai cara yang dilakukan oleh Shadow untuk mencuri benda kecil itu. Namun semuanya berjaya dipatahkan oleh Leon. Dia ketua Mystique, sememangnya dia mahir dalam menjaga dan melindungi.

"Taklah. Aku dah padam semua benda berkaitan Hooper. Hooper has been officially eliminated, sir. Kau tak perlu jaga benda tu dah. Aku dah hapuskan Little Stone sekali. Tak ada apa yang tersisa untuk kau risau. Aku berterima kasih untuk semuanya Leon. Kau memang ketua yang baik. Maaf sebab rambut kau makin beruban sebab fikirkan aku dan Zayyan." Ayunina tertawa kecil disulami dengan Leon. Jika dia boleh peluk, sudah lama dia peluk Leon. Lelaki ini dia sudah anggap seperti bapanya sendiri. Sudah banyak dia terhutang budi pada Leon.

"Tahu pun, tapi aku bersyukur semua dah berakhir. Kau dan Zayyan dah macam anak aku, mestilah aku akan jaga kau orang berdua. Habis yang ni kau bagi aku balik buat apa?"

"Mana tahu kau nak simpan fail ke apa," Seloroh Ayunina. Takkan dia nak buang macam tu je. Leon tak nak ambil buat kenang-kenangan ke? Sebab dia pun tak nak sebenarnya. Sebab benda ni juga la macam-macam berlaku, buat apa dia nak simpan?

"Apa kata laluan untuk bukak Hooper dulu?" Leon tertanya-tanya kata laluan yang dicipta Ayunina. Dia dan Zayyan sendiri pun tak tahu yang Ayunina mahir dalam IT. Segala jenis cara dilakukan untuk merobohkan benteng keselamatan Hooper. Tetapi semuanya gagal.

"Ayana, bunga yang indah. Sebenarnya aku nak letak nama tu kat anak aku, tapi tak ada rezeki." Ayunina memegang perutnya yang kempis. Dia tahu sewaktu Zayyan hilang dulu. Tapi semangatnya hilang untuk memberitahu sesiapa. Akhirnya dia sendiri yang hilang permatanya.

"Kau tahu kau mengandung?" Leon terkejut. Dia sangkakan Ayunina juga tak tahu yang perempuan itu mengandung. Rupa-rupanya itu juga menjadi kejutan. Ayunina sememangnya penuh dengan tanda tanya.

"Ini rahsia kita Leon. Sampai bila-bila pun ini rahsia kita." Leon tersenyum dan mengangguk faham. Ayunina pun sudah ikhlas dengan apa yang terjadi. Yang lepas biarlah lepas. Yang akan datang, akan dijaga sebaik mungkin.


SEMINGGU kemudian, Zayyan dan Ayunina memutuskan untuk berjumpa dengan Zayyad. Pada mulanya Ayunina tak nak, tapi selepas dipujuk Zayyan, akhirnya Ayunina bersetuju. Apa-apa pun itu adalah satu-satunya adik kandung Zayyan. Satu-satunya keluarga Zayyan yang masih ada.

"Zayyad, dendam tu berat. Benci tu racun. Manusia memang buat silap, dan kau masih ada peluang untuk betulkan yang salah. Selama ni, Zayyan hidup dengan fikir yang kau dah tak ada. Dia cuma ada aku. Tapi kau, habiskan hidup kau, dengan hilangkan semua yang dia ada. Kalau dari awal kau jumpa Zayyan dengan baik, aku yakin, dialah orang paling gembira bila tahu yang kau masih ada." Ayunina berkata perlahan. Dia turut kesal dengan jalan yang dipilih Zayyad. Kalau tidak, mesti keluarga mereka akan lebih besar.

Zayyad hanya menunduk. Dia tiada apa-apa perasaan sekarang. Dia gagal rancangannya. Dia gagal sebagai anak. Dia gagal sebagai adik. Dan dia gagal sebagai manusia.

"Kau pernah cuba nak bunuh Aazam dulu, aku hampir gila Zayyad. Dia satu-satunya abang yang aku ada. Sepatutnya kau lebih faham aku sebab kita di posisi yang sama. Zayyad, aku yakin... kemunculan kau selama ni banyak mengajar aku. Dalam menghargai, dalam memahami dan untuk sabar. Aku maafkan kau untuk semua benda yang kau dah buat. Demi Zayyan."

"Kau tetap adik aku Zayyad. Aku betul-betul minta maaf dengan janji yang aku sendiri tak mampu tepati. Tapi percayalah, tak ada satu hari pun yang nama kau lenyap daripada ingatan aku. Kita berkongsi rahim Zayyad. Sepatutnya kau kenal aku, dan aku pun lebih kenal kau. Aku ada khilafnya juga dekat kau. Aku minta maaf, Zayyad. Untuk semuanya. Dan apa yang kau dah buat dekat aku, aku maafkan. Semoga kita dipertemukan lagi dalam keadaan yang baik-baik," Zayyan menggengam kuat telefon yang menghubungkan dia dan Zayyad di tangannya. Air mata matanya meenitis laju.

Ayunina mengusap perlahan belakang Zayyan sambil memandang Zayyan dan Zayyad bersilih ganti. Bukan ini pertemuan dan pengakhiran yang dibayangkan untuk mereka berdua. Tapi apakan daya, tiada cara untuk patah balik yang mudah jika kita sudah terlalu jauh dalam jalan yang gelap. 

C | 𝐀𝐲𝐮𝐧𝐢𝐧𝐚 Where stories live. Discover now