1

123 16 5
                                    

-------------------------------------

wahai pemilik gigi asmaradatna, lengkung senyum bibir mu mencipta bianglala

-------------------------------------

"Aisyah jangan risau. Abang akan sentiasa menemani Aisyah hingga hujung hayat abang"

Wajah berkerut Aisyah hilang apabila mendengar kata-kata Aathif. Senyuman manis lelaki itu dilempar kepada Aisyah.

"Ibu tak suka bukan bermaksud Ibu tak nak Aisyah kahwin dengan abang," pujuk Aathif.

Tangan Aisyah digenggam erat. Sayangnya dia kepada Aisyah memang tiada tandingan. Sedang masing-masing menyiapkan diri untuk menuju ke jalan yang seterusnya, Ibu pula datang menghalang.

"Aisyah memang nak kahwin dengan abang. Tapi abang kena faham yang abang..."

"Ekonomi abang tak stabil, kan?"

Mata bulat Aisyah bertembung dengan Aathif. Kelihatan lelaki itu hanya tersenyum nipis.

Sejak mereka bercinta dari zaman sekolah menengah, Aathif seringkali ponteng sekolah dan lebih suka melepak di kedai kopi bersama dengan rakan-rakan yang lain.

Bukan Aisyah tak tahu, sudah beberapa kali juga Aathif menerima surat amaran untuk dibuang sekolah. Namun, entah mengapa, Aisyah tetap juga ingin bersama dengan lelaki itu tatkala dia tahu apa yang telah Aathif lakukan.

"Aisyah jangan risau ye, sayang. Abang akan make sure yang Ibu akan terima abang," janji Aathif.

Senyuman manis tak lekang dari bibir. Perasaannya terhadap Aisyah sejak sekolah menengah memang tak boleh dipersoalkan. Setiap masa, dia angau dengan Aisyah.

"Jom, abang. Aisyah lapar lah. Rasa macam nak makan ayam penyet," kata Aisyah. Genggaman tangan lelaki itu dilepaskan dengan perlahan.

"Jom. Nanti kita belikan sekali untuk Ibu. Ibu pun suka ayam penyet kan?" Balas Aathif.

Aisyah mengangguk iya. Lengan Aathif dirangkul erat sambil kaki melangkah ke arah kereta.

×××

"Nanti apa-apa, Aisyah mesej abang tau"

Aisyah mengangguk gembira. Mana tak nya, perut kenyang dengan makanan kegemaran yang baru je dia makan tadi.

"Terima kasih tau bawa Aisyah jalan-jalan hari ni," ucap Aisyah.

"Anything for you, my love," balas Aathif tersenyum lebar.

Langkah kaki mula diaturkan ke tangga rumah sambil melambai-lambai ke arah kereta Aathif yang berlalu pergi.

Asma yang melihat dari tingkap, menjeling tajam sambil membuka pintu untuk satu-satunya anak yang dia ada.

"Ibu tak nak Aisyah ada apa-apa hubungan dengan Aathif. Ibu dah carikan Aisyah jodoh yang baru. Dia dah ada semua yang Ibu cari," ujar Asma.

Sofa terdekat menjadi tempat dia melabuhkan punggung.

Aisyah yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah terpinga-pinga melihat si ibu. Dia yang baru sahaja ingin meletakkan makanan bungkus yang dibeli tadi, hanya mengeluh perlahan.

"Kenapa pula ni, Bu? Aisyah baru je sampai rumah," Tanya Aisyah.

"Ibu dah kata, Ibu tak suka dengan si Aathif tu. Kenapa Aisyah suka sangat nak berjalan ke sana sini dengan dia?" Tanya Asma lagi.

"Aisyah keluar pergi makan dengan Aathif je pun," balas Aisyah. Plastik berwarna merah diletakkan di atas meja.

"Ibu malu lah, Syah. Orang kampung cakap sana sini pasal Aisyah. Apa Ibu nak jawab kalau ada jiran-jiran tanya pasal Aisyah? Aisyah nak malukan Ibu dalam kampung ni ke?"

"Ibu.... Ibu boleh tak jangan fikir yang negatif je? Aathif tu sebenarnya baik tau. Lagipun, dia tengah tunggu interview kerja dekat KL sana," balas Aisyah lembut.

"Aisyah ingat Ibu main-main ke? Ibu dah cukup risau bila Aisyah keluar dengan lelaki. Kalau jadi apa-apa dekat Aisyah, Ibu yang kena tanggung semua tu," kata Asma. Riak wajahnya semakin berkerut menahan marah.

"Astaghfirullah hal azim. Apa Ibu ni cakap macam tu? Tak baik tau. Kan Aisyah dah kata, Aisyah pandai jaga diri. Ibu jangan lah risau sangat," balas Aisyah.

Meluat pula apabila Ibu asyik nak salahkan Aathif. Sedangkan Aathif memang ada niat ingin berkahwin dengan dia.

"Aisyah, Ibu tak nak Aisyah berkawan dengan Aathif lagi. Ibu tak nak Aisyah jumpa Aathif. Dan ibu tak nak Aisyah ada apa-apa dengan si Aathif. Ibu dah cukup malu bila orang cakap pasal kita," kata Asma.

Renungan mata tajam menusuk ke sepasang mata Aisyah. Entah mengapa, terasa sesuatu saat mendengar kata-kata Ibu.

"Ibu. Aathif tu budak yang baik. Kenapa Ibu sikit pun tak nak kenal-kenal dengan dia?" Tanya Aisyah.

"Ibu kata tak nak, tak nak lah. Aisyah jangan nak melawan cakap Ibu. Jangan sampai Ibu tak mengaku yang Aisyah ni anak Ibu," kata putus Asma membuatkan Aisyah membuntang mata.

Mana kan tidak. Selama ni, dia mendengar kata si Ibu. Osman lama telah meninggalkam mereka berdua akibat serangan jantung. Berderau darah Aisyah apabila Asma berkata sedemikian rupa.

Tanpa membuang masa, dia terus masuk ke bilik. Perbualan dengan si Ibu perlu diceritakan kepada Aathif.

Abang. Ibu marah Aisyah.

Ibu marah apa? Abang baru sampai rumah ni.

Aisyah rasa Ibu dah cari calon suami untuk Aisyah.

Calon suami? Biar betul?! Aisyah jangan main-main

Ibu kata dekat Aisyah, jangan sampai Ibu tak mengaku yang Aisyah ni anak Ibu. Aisyah risau lah, bang.

Kejap. Kejap. Mana Aisyah tahu Ibu ada calon suami untuk Aisyah?

Aisyah tak tahu. Aisyah cuma rasa je. Sebab cara Ibu cakap kali ni, memang Aisyah dapat rasa yang Ibu tak main-main.

Aisyah jangan risau. Lagi dua hari, abang akan bawa rombongan datang ke rumah Aisyah.

Betul ke ni, bang? Aisyah risau kalau jadi apa-apa dekat Aisyah. Aisyah tak nak kahwin dengan orang lain selain abang.

Abang dah bagitahu parents abang. Lagi dua hari, abang akan bawa mak abah datang ke sana, ye.

Aisyah tersenyum nipis. Semangat yang hilang tadi kini kembali.

'Perlu ke bagitahu Ibu? Kalau bagitahu Ibu, belum tentu Ibu kata yang baik-baik. Apa aku nak buat ni?' Getus Aisyah dalam diam.

Kalau betul Aathif nak bawa rombongan masuk meminang, buat apa Aisyah perlu risau?

Dia bangun dan membuka almari pakaian. Baju yang paling cantik perlu dia sediakan sebelum kedatangan mereka.

[O.G] SAYANGKU, AISYAH Where stories live. Discover now