BAB 6

885 130 6
                                    

[WRITTEN ON 8th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED]

AKU MEMANDANG QAISER yang sedang memandu pulang ke pejabat itu. Dia diam tidak bercakap selepas kami masuk ke dalam kereta. Qaiser memandu dengan laju daripada waktu kami bertolak ke restoran tadi. Aku melihat tangannya menggenggam stereng kereta dengan kemas sehingga urat di lengannya itu timbul.

Qaiser sudah menanggalkan kot hitamnya sebelum masuk ke dalam kereta tadi. Kini dia berkemeja putih, lengan baju itu dilipat hingga ke siku. Tali leher dicabut bersama satu butang atas kemeja itu.

"Puas menggatal?" Aku tersentak mendengar soalan yang muncul dari mulut Qaiser itu. Tiba di lampu isyarat merah, kereta berhenti dan dia memandang ke arah aku dengan pandangan yang tajam.

"Bila masa pula saya menggatal?" Soal aku semula dengan kening yang berkerut. Qaiser mengetap bibirnya sekilas.

"Kau catat tak semua yang Dato cakap? Aku nampak kau flirting dengan Zayan, Talita. Aku ada telinga dan aku boleh dengar semuanya. Aku bawa kau lunch meeting hari ni untuk guide kau how i work. Tapi apa kau buat? Kau sibuk menggatal dengan Zayan. Kau betul-betul nak kerja atau tak?" Qaiser menembak tuduhannya, aku memandangnya dengan riak tidak percaya.

Aku membalas renungannya itu tanpa rasa takut.

"Saya rasa Tuan Qaiser kena korek telinga lagilah. Kalau Tuan Qaiser dengar perbualan saya dengan Tuan Zayan tadi, Tuan Qaiser tak akan cakap saya flirting dengan dia. Kami hanya berbual macam biasa." Balas aku dengan nada yang keras. Aku tak rasa apa yang aku bualkan bersama Zayan tadi adalah flirting macam yang Qaiser dakwa.

Aku cuma menjawab pertanyaan Zayan, tiada niat lain daripada itu. Lagipun aku menganggap Zayan seperti klien dan tak lebih daripada itu.

"Right. I heard you giggling with him. Aku tak suka orang yang campurkan personal matter dengan kerja. Kalau kau suka Zayan, just tunggu selepas waktu bekerja. You can flirt with him all day then," balas Qaiser dengan nada sinis sebelum memulakan pemanduan apabila lampu isyarat sudah bertukar hijau.

Aku pula ternganga mendengar kata-katanya itu. Aku memandang dia dengan riak yang terkejut.

"Apa salahnya saya gelak? Tuan Zayan buat lawak, takkan saya nak menangis pula? Lagipun, kenapa bos nak marah sangat? Cemburu?" Bidas aku selamba, serentak itu Qaiser menoleh memandang aku tajam, hanya beberapa saat sebelum dia sambung memandu tanpa berkata apa-apa.

Aku berpeluk tubuh memandang depan, walaupun Qaiser tidak menjawab bidasan itu dan aku rasa aku sudah menang tetapi aku tidak rasa puas. Aku mahu tahu kenapa dia marah sangat aku rapat dengan Zayan.

"Kenapa diam? Dah tak ada modal nak bakar saya ke?" Cabar aku pula, aku memandang sisi kiri wajahnya. Rahang Qaiser bergerak-gerak seakan menahan amarah, aku senyum dalam diam.

"Kalau betul cemburu, jujur saja. Kalau tak suka saya rapat dengan Zayan, then I'll stop being friendly with him." Ujar aku dengan senyuman nakal, tiba-tiba kereta berhenti. Aku menoleh ke luar tingkap, kami sudah tiba di syarikat Qwatch. Aku kembali menoleh melihat Qaiser, dia sudah memandang aku dengan tajam.

"Incase you don't know Talita, I already have a girlfriend." Balasnya membuatkan aku tergamam, Qaiser berlalu keluar dari keretanya. Aku pula masih tergamam di tempatku.

Teman wanita? Nerdy guy sudah ada teman wanita? Macam mana aku tak pernah tahu benda ni? Dalam berita pun tak pernah ada. Adakah Qaiser menipu aku?

AKU baring di atas katil sambil merenung siling, dalam kepala aku terlalu banyak soalan berkaitan dengan kenyataan terakhir daripada Qaiser. Aku ada buat beberapa pencarian di sosial media, tidak banyak yang aku jumpa tetapi ada seorang perempuan yang selalu nampak ada dengannya.

Nur Amara. Perempuan yang tingginya 156 cm, bertudung ayu, lemah lembut, putih dan bekerja seorang guru sekolah menengah. Berdasarkan sumber yang aku baca, Amara adalah kawan baik Qaiser sejak kecil. Ibu bapa mereka berdua berkawan baik, dari situ mereka kenal dan rapat.

Adakah Amara yang Qaiser maksudkan?

Tapi dalam semua sumber yang dia baca, tiada satu pun sumber yang mengesahkan hubungan mereka lebih daripada hubungan persahabatan.

Aku tidak tenang selagi tidak tahu hal yang sebenar. Sejujurnya selepas lima tahun berlalu, aku fikir perasaan suka pada Qaiser sudah hilang sepenuhnya tetapi tidak disangka, perasaan itu tidak pernah hilang.

Sejak kali pertama aku melihat dia, aku sudah berniat untuk buat dia jadi milik aku selamanya. Lima tahun yang lalu, dia tinggalkan aku tanpa memberi peluang yang adil, sekarang aku akan dapatkan dia walau apa jua caranya.

Cara baik tak boleh pakai, mungkin aku boleh mula dengan cara halus dan licik?

Tidak kisahlah dia sudah ada teman wanita, yang penting mereka tiada ikatan. Selagi tiada ikatan, aku masih tidak melanggar prinsip hidup aku untuk tidak menjadi perampas tunang atau suami orang.

Kalau teman lelaki, apalah sangat?

Tiba-tiba telefon aku berbunyi, aku mencapai telefon itu dan melihat nama papa terpampang di skrin telefonku. Aku senyuman di bibir, aku menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, anak papa sihat?" Papa terus memberi salam, inilah papa, setiap kali aku angkat telefon, kami akan berlumba memberi salam yang lebih awal. Memang aku selalu kalah tetapi tidak selalunya juga aku kalah.

"Waalaikumussalam. Sihat alhamdulillah. Papa macam mana? Talita baru je niat nak call papa, macam tahu-tahu je papa terus call ni." Balas aku dengan senyuman di bibir, aku bangun dari baringan dan berlalu ke balkoni bilik tidurku itu. Udara malam meniup wajah dengan lembut. Rambut yang berterbangan ditiup angin itu aku sangkut di belakang telinga.

"Macam mana first day kerja? Ceritalah, papa nak dengar juga hari pertama kerja dekat syarikat terkemuka di Malaysia tu," Papa bersuara dengan nada terhibur, aku ketawa kecil.

"Susah juga. Talita kena hafal semua muka dan biodata klien. Lepas tu kena sentiasa alert dengan masa dan jadual yang ada." Ujar aku mengingatkan aku menghabiskan masa seharian dengan menghafal muka dan biodata klien di Qwatch Company.

"Papa yakin anak papa boleh buat. Tapi kalau Talita tak tahan dekat sana, you call always and work with me. Okay?" Papa memberi semangat, aku tersenyum kecil. Aku tahu papa berharap aku boleh bekerja dengannya sampai bila-bila.

Sebelum aku bekerja di Qwatch Company, aku bekerja dengan papa sebagai orang kanan CEO di syarikat OMade.

OMade adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan kelengkapan rumah yang dihasilkan khas oleh pelukis syarikat. Salah satu pelukisnya dulu adalah aku.

"I know. Papa jangan risaulah. I can do this. Papa jangan lupa doakan anak papa ni tau." Aku bersuara lembut, pemandangan bandar di depan mata sudah menjadi satu lukisan yang membosankan.

"Papa sentiasa doakan anak papa. Sudahlah. You should go and sleep early tonight. I wish you the best, sweetie." Tenang suara papa membuatkan aku juga rasa tenang. Kaki di bawa masuk ke dalam bilik selepas panggilan di tamatkan.

Aku duduk di birai katil, esok adalah hari baru dan hari esok perkara yang baru akan berlaku. Aku cuma berharap it will only be a good day.

"Let's see if you having a girlfriend will scare me away, Qaiser."

peochies
Hi, hope korang suka dengan chapter kali ini. Jangan lupa vote dan komen!

JEJAKA NERD [ONHOLD]Where stories live. Discover now