HARRAZ berjalan seorang didalam pusat beli belah. Nak ajak kawan, dia tak ada kawan. Nak ajak ibunya, ibunya pula malas. Takkan dia nak ajak kakak iparnya pula? Mahu kena lempang dengan Hariez nanti.
"Haih, bosannya..." bisik Harraz kepada diri dia sendiri.
"Kenapa lah kawan-kawan aku semua talam? Tak ada ke yang setia kawan? Nak cakap tak kacak, aku ni kacak aje," sambungnya. Harraz melangkah masuk kedalam sebuah restoran nasi ayam berempah didalam pusat beli belah itu.
Meja dibahagian hujung menjadi pilihannya. Harraz kini mula melabuhkan punggungnya diatas kerusi meja makan itu. Tak lama itu, pelayan pun datang untuk mengambil pesanan.
"Ye, Encik nak pesan apa?" soal pelayan lelaki itu dengan ramah seraya menghulurkan buku menu kepada Harraz. Kertas dan pen sudah bersedia ditangannya untuk menulis pesanan makanan yang dipesan oleh Harraz.
Harraz membelek-belek buku menu itu. Banyak menu yang nampak menyelerakan tetapi semuanya tidak kena dengan tekak Harraz.
Harraz akhirnya memesan menu utama di restoran itu, iaitu nasi ayam berempah.
"Bagi nasi ayam berempah satu set." kata Harraz. Pelayan lelaki itu mengganguk seraya menulis pesanan yang diminta.
"Air?"
"Teh hijau panas." kata Harraz tanpa memandang pelayan itu. Pelayan itu mengganguk lagi lalu dia menulis pesanan itu. Harraz menghulurkan kembali buku menu itu kepada pelayan lelaki tersebut.
Pelayan lelaki itu mengambil kembali buku menu itu lalu ia melangkah pergi.
Melihat pelayan lelaki itu melangkah pergi, Harraz menghela nafas berat. Jujur dirinya merasa sangat kesepian. Ibarat kacang lupa kulit yang bermaksud seseorang yang lupa atau menafikan asal-usulnya. Seperti kawan-kawannya.
Harraz bermain dengan telefon bimbitnya sementara menunggu pesanannya sampai. Tiba-tiba dia mendengar suara perempuan yang menegurnya. "Hey, can I sit here?" soal gadis yang tampak seusia dengannya.
Meja di restoran itu bersambung-sambung. Jadi jika pelanggan lain datang, mereka akan duduk dimeja yang sama dengan pelanggan lain.
Harraz mengganguk tanpa menoleh arah gadis itu. Dengan perlahan gadis itu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Harraz. Harraz hanya mendiamkan diri saja. Tiada rasa untuk bercakap atau memaling wajah ke arah gadis itu.
Harraz melihat ada dua orang pelayan yang datang menghampiri meja mereka. Satu pelayan menghantar pesanan Harraz manakala satu lagi pelayan mengambil pesan gadis disebelahnya.
"Saya nak pesan, nasi ayam berempah dengan air kosong sahaja," kata gadis itu dengan lemah lembut kepada pelayan itu.
Harraz merasa suara gadis itu seperti amat dikenali olehnya. Tetapi dia tidak mampu ingat siapa.
Harraz menoleh sedikit oleh melihat siapakah gerangan gadis tersebut. Selepas dia menoleh dia langsung tersedak apabila melihat wajah gadis disebelahnya. Gadis yang amat dia kenali.
Gadis itu pun menoleh kearah Harraz. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat lelaki disebelahnya. Lelaki yang amat dikenali.
"HARRAZ?!"
"ABEL?!"
Shahra Abella. Gadis itu merupakan gadis yang paling disukai oleh Harraz. Namun sayangnya, cinta Harraz tidak berbalas. Abella menolak cinta Harraz dengan alasan ingin fokus belajar.
"Apa kau buat dekat sini?" soal Abella. Rasa canggung tiba-tiba.
Harraz hanya mendiamkan diri sahaja. Malas ia mahu bicara dengan gadis yang memilih rupa. Entah kenapa dia merasa dirinya bodoh kerana mencintai gadis yang tidak pernah menghargai usahanya.
Tiba-tiba dia teringat satu memori yang menyakitkan. Disaat Harraz sanggup menghabiskan uang jajannya demi membeli sejambak bunga untuknya, tetapi Abella membuan bunga itu dengan sebab alergi.
Saat itu Harraz masih menerima tindakannya, dia faham mungkin kerana alergi yang membuatkan Abella membuang bunga itu. Tetapi, dia mentah-mentah ditipu oleh Abella. Abella tiada alergi sama sekali. Malah, dia sengaja membuang bunga itu sebab takut teman lelakinya marah.
Harraz mula sedar bahawa Abella hanya melayannya hanya kerana terpaksa.
Now he realizes that he used to be very stupid.
"Kau masih marah dekat aku ke?" soal Abella dengan berhati-hati. Takut pula kalau Harraz tiba-tiba naik angin nanti.
"Tak." jawab Harraz sepatah. Harraz mahu menghabiskan makanannya dengan cepat dan beredar dari tempat itu.
Abella tahu, sejak kejadian itu Harraz mula membencinya. Dan sejak kejadian itu juga, Harraz tidak lagi munculkan diri dihapan Abella sehinggalah sekarang.
"Aku nak minta maaf," perlahan Abella bersuara.
"Untuk?" soal Harraz. Sudu dan garfu ditaruh ketepi. Kini dia bersemuka dengan Abella. Dia merenung tajam mata gadis itu. Harraz tidak boleh nak menafikan, Abella memang sangat cantik. Boleh dikatakan, Abella adalah gadis pertama yang membuatkan Harraz jatuh cinta terhadapnya.
"Sebab aku tak pernah hargai usaha kau selamani. Ye, aku tahu aku salah. Aku tak sepatutnya layan aku macam sampah. Aku tak sepatutnya layan kau sebab terpaksa. Aku... Aku menyesal. Can we start again from the beginning we met?" kata Abella dengan penuh harapan. Berharap Harraz dapat menerimanya kembali.
"Hm, benda lama tak payah lah nak ungkit. Boleh, tapi aku takkan layan kau macam dulu lah," kata Harraz. Kita mahu berkata bahawa dia telah tawar hati dengan gadis itu, tapi dia takut kata-katanya aku menggores hati gadis itu.
Abella hanya diam sambil menyesali perbuatannya. Tak lama itu, pesanan Abella pun sampai. Harraz menghabiskan makanannya dengan cepat. Dia mahu pulang. Dia mahu mengadu semua ini kepada Aurel. Hanya kakak iparnya sahaja yang selalu memberi kata semangat untuknya terus bangkit.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Harraz menoleh kearah Abella.
"Kau datang sini dengan siapa?" soal Harraz. Risau juga nak beri si Abella ni pulang seorang diri. Sudahlah dia perempuan.
"sendiri," kata Abella.
"Naik apa?" tanya Harraz lagi. Kali ini lebih posesif.
"Taxi."
Harraz mengelus nafas. "Kau tahu tak bahaya? Dah lah kau tu perempuan. Kalau apa-apa jadi macam mana? Kenapa kau tak suruh abang kau hantar? Selamat lagi sikit. Setidaknya ada yang pantau," bebel Harraz. Tajam renungannya merenung mata Abella.
"Kau...pedulikan aku?" soal Abella. Tak percaya yang Harraz berkata begitu kepadanya.
Harraz berdehem. Dia memang pedulikan Abella. Lagi-lagi Abella itu perempuan. Cuma, dia tak cakap yang dia peduli, tetapi dia lakukan perkara yang dia peduli.
"Tak ada masa aku nak peduli pasal kau. Aku takut kalau kau tiba-tiba mengandung nanti anak kau tak ada bapa. Tu aje." tipu Harraz. Jelas dari riak wajahnya dia peduli.
"Elele, cakap aje lah kau pedulikan aku, hehe!" usik Abella apanila menyedari telinga Harraz memerah.
"Baik kau diam sebelum aku sumbat tulang dalam mulut kau." marah Harraz. Marah sambil tahan malu ke tu?
Abella tersenyum. Lalu dia melanjut makan sehingga selesai. Tanpa dia sedari, Harraz melirik kearahnya berkali-kali sambil tersenyum. Adakah perasaan suka mula timbul kembali?
"Makan cepat. Lepas tu biar aku hantar kau balik rumah." kata Harraz dengan nada yang dingin namun terselit rasa risau jika dibiarkan Abella pulang sendiri.
YOU ARE READING
His Angel (HIATUS)
RomanceKisah cinta yang berulang dua kali. Will they go back to the way they were before? Will Aurel remember her love story? Seorang gadis yang bernama Aurel Naura menjadi mangsa kemalangan pada dua tahun yang lepas sebelum majlis pernikahannya bersama Te...