Part 9

119 4 0
                                    

      "Sweetness masak apa tu? " ada tangan besar datang merangkul pinggang Darin dari belakang .Sah, tahu dah siapa.

     "Sambal lobster? " soal Darin sambil menunjukkan lobster yang sedang disiang. Dia masih belum punya idea ingin memasak apa , lagipun dia rasa penat sikit hari ini. Sakit badannya, semalam kemas rumah. Dia sendiri tak tahu kenapa dia cepat letih semenjak ini. Mungkin kerana kerja rumahnya dilakukan oleh Tuanie? Lelaki itu pula yang selalu kemas rumah, bila dia ingin melakukan pekerjaan itu Tuanie melarang dan mengatakan Darin hanya perlu melayannya dengan baik sahaja.

      Sudah 3 bulan mereka bergelar suami isteri. Papa dan mama mentuanya ingin datang ke rumah, jadi dia ingin memasak lobster dan pelbagai lauk - pauk yang lain .

      "Mari abang tolong, sayur kangkung sambal belacan macam sedap juga. Dah lama tak makan, dalam peti ais ada kangkung kan? Sayang tolong ajar abang masak masakkan tu boleh? " kaki dibawa ke peti ais lalu dibelek sayur - sayur yang telah di beli tadi.

      "Kangkung memang ada, tapi... cili  Darin dah kisar habis untuk buat sambal. Hehe. " Ditayang senyuman kerang kepada Tuanie, lelaki itu tidak memaklumkan awal - awal. Kalau tidak dia beli lebih sikit cili tadi.

      "Tak pa lah, abang pergi beli kejap. " Dicium sekilas pipi mulus itu.

     Dibuat jari simbul 'okey' kepada suaminya.

___________________________________

      Cili sudah dibeli, di hidupkan enjin kereta.

      Tok... tok!

      Cermin bahagian penumpang diketuk oleh seseorang .

      Pintu kereta itu dibuka oleh lelaki itu .

      "Kau kenal perempuan ni? "

       Ditunjuk gambar seseorang di telefon milik lelaki itu.

      "Fiya. " Muka Tuanie berubah dingin.

       Sah, memang gambar wanita itu. Gambar bekas kekasihnya dan merupakan kakak kandung Darin yang telah curang bersama Rofdop. Apabila dikantoi curang, diberi alasan Tuanie lambat meminangnya. Sebenarnya Tuanie tidak lah bersungguh - sungguh dalam hubungan itu.  Dia hanya ingin merampas kembali file syarikat yang telah dicuri oleh Fiya.  Buat apa lah dia nak beristerikan seorang pencuri? Hubungan palsu itu hanya berlangsung selama 4 hari .

      "Yes, tuan tengok tu. "Dijuih bibir di satu tiang.

       Fiya sedang memerhatinya . Fathvin disebelah Tuanie menayang senyuman sinis. Kalut wanita itu melarikan diri.

       Apa perempuan itu nak daripada dia?

      "Kau nak apa dari aku ni, perempuan ?" gumam Tuanie perlahan, namun dapat didengari Fathvin.

      "Dia nak tuan. " Tenang Fathvin membalas semula .

     "Aku tak nak dia. Bukan dah bahagia dengan Rofdop ? Lagipun hubungan kami dulu hanyalah palsu semata - mata.  "

      "Ya,  saya tahu.  Dia mungkin mahu dekat tuan kembali kerana Rofdop curang dengan perempuan lain. And dia dapat tahu tuan khawin dengan Puan Darin .So, jaga Puan Darin baik - baik ." Kata Fathvin serius sambil menoleh lelaki disebelahnya.

      "Jom Fathvin , Darin ada masak banyak lauk - pauk , dah alang - alang kau masuk kereta aku. Kita terus je lah ke rumah aku. "

      "Kereta saya macam mana? "

      "Alah tinggal aje. Nanti aku suruh Romaszie ambil, " dikeluarkan telefon miliknya.

     "Hello. "

CINTA MAFIA : THE KING OF LIONSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang