BAB 8

927 128 10
                                    

[WRITTEN ON 11th FEBRUARY 2023]
[UNEDITED]

DATO ADI MELANGKAH turun dari tangga, di meja makan sudah ada Datin Fatimah sedang sarapan. Dato Adi mengambil tempat duduknya di kepala meja. Dia memandang Datin Fatimah yang sudah cantik bersiap itu.

"Ke mana pula kamu hari ni?" Soal Dato Adi, sejak akhir-akhir ini dia perasan Datin Fatimah kerap keluar rumah. Kalau sebelum ini, Datin Fatimah lebih selesa di rumah membuat yoganya. Umur sudah lanjut tetapi masih aktif beryoga.

Usia Datin Fatimah sudah mencecah 50-an tetapi masih kelihatan awet muda. Berkat selalu menjaga muka dan kesihatan, Datin Fatimah kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

"Pergi mana lagi? Keluar dengan kawan datin yang lainlah. Hari ini kami nak pergi restoran Datin Rania yang baru buka minggu lepas tu. Kenapa? Abang nak ikut sekali ke?" Datin Fatimah membalas bersahaja, Dato Adi mengeluh kecil.

"Awak ada call Talita?" Mendengar nama puteri tunggalnya itu, wajah Datin Fatimah berubah berkerut tidak suka. Dia mengabaikan soalan suaminya itu dan sambung makan sarapannya.

"She's your daughter, Fatimah. Awak sepatutnya tanya khabar dia, luangkan masa dengan dia, bukan buat tak tahu macam ni." Dato Adi sudah tidak tahu mahu buat apa, dia sendiri tidak faham kenapa isterinya begitu tidak suka dengan puteri kandung mereka itu.

"Luang masa dengan dia? Buat apa? Dia dah besar, pandai-pandailah dia hidup. Kalau keluar dengan saya, nanti ada saja cara dia cari untuk malukan saya. Lebih baik dia tak ada macam ni." Balas Datin Fatimah tanpa rasa bersalah, Dato Adi memandang isterinya dengan riak terkejut.

"Astaghfirullahaladzim, Fatimah! Awak sedar tak apa awak cakap ni? Dia tu anak kita! Anak kandung kita! Satu-satunya zuriat yang kita ada!" Naik seoktaf nada suara Dato Adi, sungguh dia tidak sangka isterinya kejam berkata sebegitu.

"Sebab inilah saya tak suka abang sebut pasal dia. Kalau sebut nama dia, kita akan bergaduh! Sudahlah, saya keluar dulu." Datin Fatimah bangun dari kerusi itu, dia berlalu pergi dari situ.

Dato Adi mengeluh kecil, dia mengusap dahinya dengan riak tertekan. Sungguh dia sudah mati akal mahu buat apa. Kenapa dua beranak itu tidak pernah berbaik.

Dato Adi rasa sedih dengan nasib menimpa anaknya, Talita. Bukannya dia tidak tahu, sejak kecil anaknya itu kurang kasih sayang ibu. Mungkin kerana itu Talita agak degil berbanding anak gadis lain.

"Ya Allah, kau lembutkanlah hati isteriku untuk terima anak kami seadannya."

AKU mengurut belakang leher dengan lembut, leherku terasa lenguh setelah menghabiskan masa berjam-jam menghadap komputer dan iPad. Selepas makan tengah hari tadi, aku kembali menyiapkan sedikit kerja yang Qaiser arahkan untuk aku betulkan sebelum dia meeting dengan Mr. Pedro nanti.

Aku membuat dua kali pemeriksaan sebelum print semua kerja itu. Usai itu, aku simpan kerja itu dalam fail yang Qaiser berikan tadi. Baru mahu bangun ke pantry, aku melihat Qaiser melangkah keluar dari pejabatnya sambil membutangkan vest di tubuhnya itu.

Dia mengangkat wajah memandang aku, kakinya berhenti di depan meja aku.

"Kerja yang aku suruh buat tadi dah siap?" Soalnya dan aku mengangguk kecil.

"Good. Jom ikut aku meeting," Tanpa menunggu aku menjawab soalannya, dia berlalu ke depan lif. Aku terkebil-kebil memandangnya yang sudah menekan butang lif itu. Dia memandang aku semula, riaknya kosong.

JEJAKA NERD [ONHOLD]Where stories live. Discover now