" arahan pesakit keluar daripada hospital hanya daripada doktor sendiri. Doktor kan yang bagi arahan suruh mereka ambil adik saya?" kata Riana dengan geram
" saya tak memberi arahan apa-apa langsung tentang check out cik Diana" kata doktor itu. Riana masih tidak melepaskan genggamannya di kolar baju doktor Rahman
" saya nak tunjuk kat cik Riana sesuatu.." kata doktor itu dengan perlahan. Riana terus melepaskan doktor itu. Doktor Rahman menghembuskan nafas lega lalu duduk di kerusinya
" sila duduk Cik Riana" pelawa doktor Rahman. Riana duduk sambil merenung tajam pada doktor Rahman
Riana melihat 1 buku rekod dan 1 plastik air insulin yang Riana selalu nampak tergantung di sebelah katil Diana
" saya periksa kandungan air di dalam bekas air insulin yang ada di dalam bilik Cik Riana" kata doktor itu sambil membelek beberapa kertas dalam buku rekod itu
" saya dapati ada ubat bius haiwan di dalam bekas air ini sebab tu Cik Diana jadi macam sawan 2 hari lepas" kata doktor itu. Riana terkejut
siapa yang letak ubat bius haiwan dalam ni?
Diana ada musuh ke?
" Cik Riana ada syak siapa-siapa ke yang akan buat benda ni?" soal doktor itu. Riana menggeleng kepala. Dia tidak tahu siapa yang akan buat perkara sebegini kerana setahu dia mereka berdua tak ada musuh
xxx
" Terima kasih Aqiel bawa kan Diana balik" kata mak Riana dan Diana dengan senyuman manis
" tak ada apa la makcik, lagipun kesian Diana tak ada siapa-siapa datang bawa dia balik" kata Aqiel sambil menolak kerusi roda yang Diana duduk
" sayang? I balik dulu tau. You jaga diri elok-elok okay? jangan lupa makan" nasihat Aqiel membuatkan Diana tersenyum lebar dan mengangguk kepalanya
selepas Aqiel jejak langkah keluar dari pintu rumah Diana
Pang!
bunyi lempangan bergema satu rumah itu. Diana memegang pipi kirinya
" kau memang suka menyusahkan aku kan? kira bagus ada orang nak jemput kau tahu tak?!" kata mak Diana sambil menolak kepala Diana dengan jari telunjuknnya banyak kali
" Diana tak mintak pun la sesiapa jemput Diana balik" melawan Diana membuatkan Maliana ibu Diana lagi bengang
" kau nii !!!! memang tak reti bersyukur kan!" kata Puan Maliana sambil memulas telinga Diana. Diana menjerit
"sakit mak ! jangan mak !" merayu Diana kesakitan
" lain kali jangan melawan apa aku cakap! Faham!" ugut Puan Maliana
xxx
Harraz termenung di balkoni sambil menghirup secawan kopi. Dia merenung kawasan bandar yang padat dan penuh dengan bangunan tinggi
kepalanya buntu dan tidak tahu nak buat apa. Terlampau banyak dia fikirkan sampai dia tidak sedar ada orang masuk biliknya
" Harraz?" tegur seseorang membuatkan Harraz kembali ke realiti lalu menoleh ke arah suara tersebut
" ayah..." kata Harraz dengan perlahan
" kenapa anak ayah termenung ni?" kata ayah Harraz sambil melangkah ke sebelah Harraz
" tak ada apa ayah. Saja ambil angin " kata Harraz dengan senyuman kecil. Ayah Harraz ketawa kecil. Dia tahu anak tunggalnya itu sorok sesuatu tetapi dia diam sahaja
" dulu masa papa dengan arwah mak kamu kan... kami berdua tak bercinta antara satu sama lain pun" kata ayah Harraz sambil merenung bandar-bandar indah di depan matanya
YOU ARE READING
Hanya Dia✔️
Romance"kenapa kau buat aku rasa macam ni..." "mungkin hanya aku je yang boleh bahagiakan kau"