13 | HOME

10 2 0
                                    

"Aqil, ni sepupu kau..."

   "Cairo Lutfi."

   "Cairo, Aqil." Aqil mahu berjabat tangan dengan sepupu yang dia jarang nampak itu, tapi tangannya dibiarkan tergantung di udara sahaja.

Aqil tongkatkan wajahnya.

Cairo berkerut memandang huluran Aqil itu sebelum dia lontarkan senyuman segaris kepadanya buat sesaat sahaja.

Kedua belah tangan Cairo terus diangkat, mengemaskan suit dan tie hitam yang disarungnya.

"Iqbal mana, uncle? I haven't seen him yet," tanya Cairo dengan accent Canada. Menjadikan cara percakapannya kedengaran mahal.

   Matanya melirik di setiap penjuru ruang tamu besar rumah agam ini. Aqil langsung dihiraukannya.

Iqbal, sepupunya, dan Cairo juga sepupunya.

   Sepupu yang sering iri dengan ketiadaan apa-apa dalam diri Aqil

Aqil sendiri tidak tahu apa yang Cairo nampak dalam dirinya.

Kali terakhir Aqil bersua muka dengan mereka adalah sewaktu mereka berusia enam tahun.

Mereka arif sangat dengan haluan perjalanan Aqil di mana sekarang ini. Jadi, dia dipandang rendah.

Aqil tersenyum sinis.

Tak pernah sangka yang satu hari dia akan diperlakukan sekeji ini hanya kerana dia bantah untuk berjinak dalam bidang bisnes seperti keluarga ini.

Tangannya digenggam lalu diletakkan ke sisi.

   Isi di dalam pipinya ditolak dengan lidah.

   Aqil tenung lama sisi wajah mix yang tampan milik Cairo.

Tak silap Aqil, papa pernah beritahunya yang auntie Zeera berkahwin dengan lelaki berdarah Egypt. Membesar di Brunei.

Ironinya, dia pun tak pernah bersua muka dengan pakciknya itu.

Auntie Zeera pun jarang dia nampak.

Mereka menetap di Australia dan Cairo jalankan bisnesnya di Canada sejak umurnya menginjak 20 tahun.

Papa yang berdiri di sebelah Cairo dikerling.

Cairo sudah terlebih dahulu mengajak papa beredar tanpa mendengar suara sapaan Aqil sekejap pun.

Tiada siapa mahu buang masa dengan Aqil.

Malam ini dia ada perjumpaan besar-besaran dengan keluarga belah papa.

Katanya elok datang berjumpa. Rapatkan hubungan.

Semua keluarga papa yang tak pernah berpeluang untuk pulang ke tanah air kerana sibuk dengan kekayaan masing-masing, tiba-tiba bercadang untuk balik Malaysia.

Aqil pun tidak sempat pantau Hero di hospital kerana dipaksa untuk balik.

Bantu papa buat persediaan.

Sudahlah Dr. Reyzar, ayah Hero pun tidak boleh datang ke UK untuk lawat dan lihat keadaan anaknya.

Bukan tidak boleh, tapi dia tak mahu.

"Itu salah dia. Tindakan dia sendiri yang bawa dirinya terjerumus dalam kemalangan."

"I won't be there..."

"So let him reflect his own action."

Itu apa yang diungkapkannya.

Bil hospital Hero pun dia yang bayarkan diam-diam dan beritahu Hero yang Dr. Reyzar yang bayarkan.

BLIND DATE [OG]Where stories live. Discover now