"Awak culik saya sebab awak nak balas dendam awak pada Carlo..?" Aku cukup pasti lelaki ini cuba membalas dendamnya dengan menggunakan aku sebagai umpan dan titik lemah Carlo.
Ekspresinya berubah. Sekarang dia bukan sahaja serius, kemarahannya juga sudah membuak buak. Sudah jelas bahawa aku telah pun sahaja mencapai sasaran kesabarannya.
“kau tau? Jantan tu aku nak dia menderita dengan satu cara ataupun yang lain, and KAU adalah salah satu alat umpan untuknya. Aku dah lama merancang benda ni untuk masa yang lama. Kau akan memainkan peranan kau macam apa yang aku suruh dan ape yang aku rancangkan untuk kau, dan lepastu? dia akan menderita seperti ape yang dia membuat aku menderita…” lelaki itu tergelak.
"Apa yang dia buat pada awak..?" Atau sebenarnya.. Selama ini Carlo yang jahat bukan lelaki ni..?
Aku perasan ekspresinya berubah dari marah kepada sakit. Wajah lelaki itu kini kelihatan sedih dan bukannya marah, tetapi suaranya masih dalam dan kasar.
“kau ni dah lah, jangan tanya soalan lagi. Tugas kau sekarang ni adalah memainkan peranan kau dalam rancangan tu je tak payah nak menyibuk hal lain lagi.”
Lelaki itu mengalihkan pandangannya padaku, kami berdua melelapkan mata. Matanya yang tajam menusuk seperti senjata apabila wajahnya kembali menunjukkan kesungguhan, tetapi kini bercampur dengan kesedihan.
"Tolong? Okey ni saya nak cakap tanya lah ye.. Beritahu saya, jawab dengan jujur, kalau awak tak, saya tidak akan membantu awak" aku jawab dengan nada serius.
Lelaki itu hanya menjeling ke arah aku dalam diam, tetapi aku tahu dia mahu aku membantunya. Pandangan seriusku membuatkan dia berfikir dua kali untuk memberitahu aku apa-apa. Dia tidak sanggup pada mulanya tetapi apabila difikirkan balik.. dia berubah fikiran. Dia semakin dekat dengan aku dan bercakap tentang sesuatu padaku.
"So kau berjanji ke yang kau akan membantu aku selepas aku memberitahu kau segala-galanya?"
Aku anggukkan sahaja lah kan?
Dia berfikir sendiri sama ada mahu mempercayainya atau tidak, tetapi nampaknya aku cukup pasti dengan jawapan aku. Dia memutuskan untuk mempercayai apa yang dikatakan oleh aku.
“Baiklah. Macam ni.. Aku dah lama kenal dengan Carlo, boleh kata sejak kami kecil lah. Kami pernah berkawan sehinggalah dia merampas segala-galanya dariku, dia merampas segala-galanya dariku dan merosakkan harapan dan cita cita aku. Dia adalah segala-galanya yang aku boleh meletakkan harapan dalam menolong aku mengapai cita cita aku, dan rasanya dialah yang membuat aku hancur, cita cita aku lenyap macam tu sahaja. Jadi sekarang apa lagi? Mestilah aku nak membalas dendam, dan sumpah aku kata aku akan membuatnya menderita…”
"Macam mana awak nak buat dia menderita?" Aku tahu lah dia akan menggunakan aku sebagai umpan pada Carlo tapi, dengan cara bagaimana macam mana?
Dia hanya diam seketika. Dia memikirkan apa yang harus dijawab dan bagaimana untuk menjawab. Dia kemudian bercakap dengan aku dengan suara yang kuat dan mengancam.
“Dia sayangkan engkau. Dia sayang kau sangat sangat sebab kau tu isteri dia dan dia memuja kau. Ah senang kata dia setia teruk dekat kau, and disebabkan itu dengan kau lah aku akan membuatnya melihat perkara yang paling penting dalam hidupnya dimusnahkan, so? Aku akan membuat orang yang paling dia sayangi diambil daripadanya. Aku akan buat dia menyesal semua yang dia buat kat aku masa kecil dahulu, aku akan buat dia menderita seribu kali ganda daripada dia buat aku menderita." Begitulah balas dendamnya yang dia akan dilakukan pada Carlo...
"Maaf.. saya tidak boleh mengkhianati suami saya" aku minta maaf, tetapi yup itulah kebenarannya, seorang isteri mana boleh derhaka pada suaminya.
Dia diam semula. Dia faham bahawa aku benar-benar setia kepada Carlo. Dia juga tahu bahawa aku terlalu mencintainya sehinggakan aku sendiri tidak sanggup untuk mengkhianatinya. Dia kecewa kerana dia tidak dapat meyakinkan aku dalam menolongnya.
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 : 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧
RomanceWhat's mine will forever be mine 𝐇𝐞𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐄𝐧𝐞𝐦𝐲 𝐬𝟏 : 𝐨𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐯𝐞 IN EDITING SEBAB PEMBAHASAAN TERUK.