HAURA berdiri mengadap permandangan di balkoni bilik. Perutnya yang sudah besar diusap perlahan. Sekarang dia hanya menunggu masa sahaja untuk bersalin. Sudah dua hari dia berada di rumah. Carl telah mengeluarkan arahan untuk dia berehat di rumah memandangkan dia sudah sarat. Suaminya juga turut bercuti untuk menemani dia jika dia sudah mahu bersalin. Carl tiada di rumah waktu ini kerana dia ke pejabat untuk menguruskan sesuatu. Surat khabar yang dijumpainya tadi dipegang erat. Selepas membaca tajuk utama dan isi kandungan tajuk itu, hatinya kecewa, sudah beberapa bulan hal ini berlaku tetapi tidak ada sesiapa pun yang memaklumkan kepadanya. Dia berhak untuk tahu akan hal itu.
Pagi tadi, dia telah mengemas bilik tidur mereka kerana sedikit berselerak. Dia mahu semuanya sempurna sebelum kelahiran anak kedua mereka. Dia yang sememangnya sudah bosan itu, duduk di lantai mengemas buku-buku milik Carl yang berada di rak kecil. Sedang asyik mengemas, matanya terlihat akan senaskah surat khabar yang agak tersorok dari pandangan mata. Saat dia melihat tajuk utama surat khabar itu, air matanya menitis laju.
Seorang Doktor pakar maut terjatuh ke dalam gaung ketika mahu berjumpa anaknya yang dikhuatiri telah membunuh diri....
Membaca tajuk utama pun sudah membuatkan dia sesak nafas itu belum lagi dia membaca isi kandungan di dalam. Lalu dibaca kesemua yang tertulis di dalam itu. Tidak ada satu pun yang tertinggal. Allah.... tegar nya hati orang yang telah mencurahkan asid kepada adiknya. Tetapi dia tidak salahkan orang itu kerana dia tahu akan setiap perbuatan Hayfa. Dan dia juga tahu akan hubungan sulit wanita itu dengan seorang lelaki jutawan. Apa yang membuatkan dia terkilan, dia tidak diberi peluang untuk melihat Datuk Hamid dan Hayfa buat kali terakhir.
Patutlah selama ini panggilan telefon tidak dijawab dan mesej tidak dibaca oleh Datuk Hamid. Rupanya Datuk Hamid telah pergi untuk selamanya. Walaupun Datuk Hamid tidak mengalukan kedatangan dia di dalam hidup mereka, namun dia kerap menghantar mesej bertanya khabar pada papanya itu. Meskipun tidak dibalas, kesudian Datuk Hamid membaca mesejnya itu pun sudah cukup baik. Itupun sudah cukup buat dia rasa bahagia.
Carl menapak naik ke atas dan menuju ke bilik. Selepas dia menghantar Ayden ke taska, dia terus ke pejabat kerana ada dokumen yang perlukan tandatangannya. Rumah mewah itu sunyi tanpa kehadiran semua orang. Caira sudah ke pejabat manakala kedua ibu bapanya keluar ke pasar. Kata Datin Rozi dia mahu masakkan hidangan istimewa buat mereka sekeluarga. Bibik pula mesti sedang berada di dapur ataupun di biliknya. Pintu bilik dibuka dan tubuh Haura yang sedang berdiri itu cuba dihampirinya namun saat matanya melihat surat khabar di tangan Haura, dia yakin kini dia berada di dalam masalah yang sangat besar!
"Sayang..." panggil Carl. Bahu Haura dikucupnya. Haura memandang ke arah suaminya.
"Apa makna semua ni Carl? Kenapa you tak maklumkan pada I?" Soal Haura sambil menangis. Dia sangat kecewa. Hilang semua panggilan manja Haura kepada suaminya.
"Abang minta maaf. Abang tunggu sayang bersalin dulu baru abang akan berterus terang dengan sayang. Please..." Tangan Haura cuba dicapai tetapi ditepis oleh Haura.
"You tahu kan I dah lama I tunggu untuk bersama papa dan adik I. I menunggu masa untuk cuba rapat dengan papa dan adik kandung I. You should tell me what happen!"
"Abang tak nak sayang sedih. Waktu tu sayang sangat lemah dan doktor nasihatkan sayang kena banyak rehat demi untuk keselamatan anak kita. I'm so sorry sayang...."
"At least you should tell me!!! Sekurang-kurangnya I dapat tatap wajah mereka buat kali terakhir. Susah sangat ke you nak faham I. I tidak diberi peluang langsung untuk melihat jasad orang yang I sayang buat kali terakhir! I kecewa dengan you Carl. You dah buat hati I hancur." Marah Haura. Surat khabar itu sudah dilemparkan ke lantai. Dia terkilan dan marah.
"Please sayang. Abang minta maaf. Abang janji lepas ni abang bawak sayang ziarah papa, mama dan Hayfa."
Haura memusingkan badannya cuba untuk pergi dari sisi Carl. Dia sudah tidak mahu menatap wajah Carl. Dia sudah lelah. Dia mahu pergi dari sini.
"Where are you going Haura?" Lengan Haura dicapai oleh Carl. Dia tidak mahu isterinya pergi saat hatinya terluka. Dia bimbangkan keselamatan Haura.
"I dah tak ada apa lagi untuk dibincangkan dengan you. Tolong lepaskan tangan I!" Ucap Haura. Dia perlu keluar dari bilik ini.
"No!! Abang tak izinkan Haura keluar dari bilik ni. Now I want you to lie down and try to rest and sleep!"
"I takkan dengar arahan you, Carl. You dah tipu I. You dah kecewakan I dan you juga dah musnahkan kepercayaan I dekat you!!!" Jerit Haura. Akibat kecewa dengan perbuatan Carl, dia sudah hilang rasa hormat.
Datin Rozi dan Datuk Mahmud yang baru sahaja pulang dari pasar terus berlari naik ke atas dan menuju ke bilik Carl. Mereka ingin tahu yang telah berlaku.
"Kenapa ni Carl, Haura?" Soal Datuk Mahmud. Dari bawah dia mendengar suara kuat Haura. Apa yang sudah berlaku?
"She' know papa." Ujar Carl sayu. Dia tidak sepatutnya menyimpan surat khabar itu. Jika dia tahu ini yang akan berlaku pada saat Haura begini sudah lama dia buang surat khabar itu.
Jadi mereka semua tahu akan perkara ini. Mengapa perlu dirahsiakan darinya? Dia berhak tahu akan perkara itu. Dia anak kandung Datuk Hamid. Tiba-tiba Haura rasa perutnya sakit dan tidak selesa. Dia cuba menahan tidak mahu menunjukkan yang dia kini berada di dalam kesakitan. Tidak mahu mereka lihat dia dalam keadaan lemah. Namun semakin lama semakin kuat rasa sakit itu.
"Aduh...." Haura memegang perutnya. Carl yang mendengar terus berlari ke arah isterinya. Datuk Hamid dan Datin Rozi juga turut rapat dengan Haura.
"Sayang kenapa ni? Please jangan takutkan abang."
"Sakit..." baju kemeja Carl dicengkam kuat. Dia cuba untuk bertahan. Hilang sudah amarah dia terhadap suaminya.
"Mama rasa Haura dah nak bersalin ni. Cepat Carl bawak Haura ke hospital. Abang telefon driver suruh dia get ready now!' Mereka sudah kelam kabut.
"Tak payah biar abang saja yang drive."
Tubuh Haura diangkat lalu mereka segera ke hospital. Sepanjang perjalanan tangisan Haura kedengaran. Dia sudah tidak malu lagi. Kali ini sakitnya sangat berbeza semasa dia bersalinkan Ayden dulu. Adakah kerana dosanya terhadap Carl? Datin Rozi turut berada di sisi Haura. Dia cuba untuk menenangkan menantunya.
"Abang, I'm sorry...." ucap Haura sayup kedengaran.
"Jangan takutkan abang sayang." Suara lemah Haura buat dia takut. Dia tidak sanggup kehilangan Haura.
"I'm sorry..... " serentak tangan Haura terkulai layu di sisi Carl. Datin Rozi dan Carl saling berpandangan. Keadaan Haura buat mereka takut. Datuk Hamid yang memandu juga berubah cuak.
"Haura!!!!! Jangan tinggalkan abang.!!!"
Carl menjerit sekuat hati.
YOU ARE READING
Takdir TERCIPTA
Romance( 2nd story ) Mereka dipertemukan dalam keadaan yang mengaibkan. Dan diatas kesilapan itu, dia dihukum tanpa sempat dirinya adili. 'Perempuan macam kau hanya sesuai digantung tak bertali. Kau tak layak hidup bahagia setelah apa yang kau buat dekat a...