Ni-ki mengemas segala barangnya masuk ke dalam beg sebelum disandang ke belakang.
Pintu keluar practice room itu ditujui sebelum kakinya berhentu dari melangkah apabila Jay tiba-tuba bertanya sesuatu kepada dirinya.
"Nak pergi mana,Ni-ki?"
Ni-ki memandang ke arah Jay.
"Nak pergi jumpa Ha-Seul dekat cafe depan ni."
Tidak sempat Jay ingin membalas,Ni-ki laju sahaja memecut keluar dari practice room tersebut.
Jay menggeleng kepala melihat perangai ahli termuda mereka itu.
°°°
Ni-ki sampai di sebuah cafe yang terdapat ramai manusia mengunjungi di situ. Cafe tersebut boleh dikatakan cafe yang agak terkenal lah di Seoul ni.
Ni-ki meliarkan matanya di sekeliling cafe tersebut untuk mencari orang yang ingin dijumpainya.
Matanya tertumpu tempat ke arah seorang gadis yang sedang fokus melihat komputer ribanya di hujung cafe. Orang ramai disekelilingnya dihiraukan seperti sudah biasa dengan keadaan seperti itu.
Bibir Ni-ki terukir senyuman manis sebelum hoodienya dibetulkan sedikit supaya orang tidak dapat mengecamnya.
Nikita berjalan ke arah gadis itu sebelum pinggang gadis itu dicucuk sedikit. Terus tegak badan gadis itu kerana terkejut.
"Fokus sangat buat kerja." kata Ni-ki sebelum melabuhkan duduknya di hadapan gadis itu.
"Kau memang takde spot lain ek nak cucuk? Suka sangat cucuk tempat sensitif macam tu." kata gadis itu sambil memberi jelingan maut kepada Ni-ki.
Ni-ki senyum tak bersalah.
"Ni,asal dah sampai tak bagitahu? Kalau kau bagitahu,boleh aku ubah tempat aku kat dalam. Tak ada lah kita jumpa kat tempat ramai orang macan ni. Kalau orang cam kau macam mana?"kata gadis itu.
"Tak payah lah wey. Aku okay je. Tak ada siapa pun yang cam aku so don't worry okahyy."kata Ni-ki.
Ha seul menggeleng.
"Haihhh,ikut kau lah."
"Ni kenapa nak jumpa aku ni? Tiba-tiba je. Yelah orang tu kan dah ada boyfriend,mana nak dah jumpa kita. Sibuk dengan boyfriend dia je."kata Ni-ki. Pura-pura berjauh hati.
Ha seul tersengih sebelum mencebik sedikit.
"Sorry weyh. Aku bukan tak nak jumpa kau tapi boyfriend aku tulah. Setiap kali aku kata aku nak jumpa kau mesti dia ajak aku pergi jalan-jalan lah,pergi makanlah. Aku pun tak tahulah kenapa dia macam tu."kata Ha seul.
"Dia jealous kot?"teka Ni-ki.
"For what? Dia tahu kot yang kau kawan aku. Nak jealous buat apa."kata Ha seul tak puas hati.
Ni-ki menggeleng perlahan.
"Ha seul,kau kena tahu tau. Lelaki ni kadang-kadang perasaan jealous dia tu lagi teruk tau dari perempuan. Lagi-lagi kalau girlfriend dia secantik kau ni. Gila apa member tak jealous kalau girlfriend dia keluar dengan lelaki lain."kata Ni-ki.
YOU ARE READING
Friend? (Ni-ki Enhypen) (Malay)
FanfictionNishimura Riki atau lebih dikenali dengan nama stage nya iaitu Ni-Ki. Debut di dalam salah satu kpop group yang berada di bawah Hybe iaitu Enhypen. Berumur 18 tahun sekaligus itu menjadikan dirinya sebagai ahli termuda dalam group tersebut. Menjadi...