3 : Rise of The Overpowered Devils

33 3 48
                                    

THE CHARMANTERS - 03

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

THE CHARMANTERS - 03

Levia
Ryoulle~
Leonnieee~
Mana kamu?

Ryoulle
otw.

Levia
Cepat tauuu saya haus!
Cepattt yaaaa

Ryoulle
kau sabar.

Message sent.
Read


Tealive's Shop

Ryoulle menyedut air Tealive berperisa Lotus Biscoff yang baru saja dia beli sambil sebelah tangannya laju membalas mesej daripada Levia yang mencari.

Beg kertas yang berisi air di dalamnya itu Ryoulle genggam dan tanpa membazir masa, dia berjalan ke arah kereta BMW hitamnya yang elok terparkir di depan kedai Tealive. Dah macam ni kedai bapak dia main parking depan kedai.

Pintu pemandu kereta dibuka dan beg kertas itu dia letak di seat sebelah. Dengan bergaya, jejaka berambut hitam keunguan itu mula memandu pulang ke sekolahnya.

Alahai baiknya sang Ryoulle, rajin dia belikan air untuk kawan-kawannya.

Tapi alamak. Pemanduan yang dilakukan adalah secara berbahaya, jadi jangan tiru aksi ini di rumah.

PINNNN

"WOI BUDAK! KAU NAK BUNUH ORANG KE BAWA KERETA MACAM TU?!"

Haa kan. Pakcik kereta sebelah sudah marah apabila dia turut berhenti di sebelah kereta yang dipandu Ryoulle. Lampu isyarat pula tengah merah. Memang sesuai lah untuk pakcik tua itu menyempat nak sound lelaki gila memandu.

Blah blah blah. Banyak juga bebelan pakcik sebelah ni. Masih tak puas hati tengok kereta si Ryoulle potong kereta dia secara berbahaya tadi. Dah lah dia bawa bukan main laju. Kalau accident macam mana?

Lelaki yang dibebel pakcik itu hanya memandang sekilas wajah si tua itu. Dia tak berminat, dan dia tak kisah.

Apabila lampu isyarat sudah hijau, Ryoulle menukar gear ke D dan kuat dia menekan pedal minyak. Memang tertinggal jauh siak pakcik tadi, ternganga mulut.

.

.

.

.

Ryoulle
mana korang lepak?
aku tak jumpa.

Message sent.
Unread




Verince's Private High School

Sambil berjalan, ralit sahaja jari jemari Ryoulle menaip mesej kepada sahabatnya. Sudah dia pergi ke port lepak biasa mereka berenam, tapi tiada pula kelibat kawan-kawannya itu. Dah balik masuk dorm ke apa?

The Charmanters. [REVAMPED]Where stories live. Discover now